Drama Umar

Tonton Drama Umar, Pelakon Drama Umar, Sinopsis Drama Umar, Drama baru Astro 2025,
Umar adalah sebuah drama melayu terbaru yang akan menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan di Astro menerusi saluran Astro Oasis pada setiap hari Ahad jam 7:00 petang bermula 02 Mac 2025. Untuk pengetahuan korang, drama ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Fariesya Fauzy.

BERITA TERKINI : Fasha Sandha Kembali Dengan Drama Baru Di Astro bertajuk Dzikir Bersama Fikry Ibrahim, Keith Foo Dan Ramai lagi!

Jangan bimbang sekiranya tidak sempat menonton di kaca TV. Korang boleh strim drama ini di laman sesawang atau aplikasi ASTRO GO bila bila masa dan di mana sahaja korang berada! Jadi korang tidak akan terlepas mana mana episod yang best.

Info Lengkap Drama Umar Di Astro 

Drama Umar dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Izzue Islam, Uqasha Senrose, Mikael Noah dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang, Drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Suhan Movies and Trading Sdn Bhd.

Info dan Sinopsis Drama Umar

Untuk senarai penuh pelakon dan nama nama watak yang dibawakan mereka menerusi drama 10 episod ini, korang boleh rujuk jadual yang admin kongsikan dibawah ini.
No. Pelakon Watak
1
Izzue Islam
Firaz dan Arman
2 Uqasha Senrose Damia
3
Mikael Noah
Umar
4
Faye Kusairi
Noryz
5
Nik Rifaie
Kay
6
Haidar Hasanudin
-
7
Azhar Amir
-
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa

Info Ringkas Tentang Drama Umar

Tajuk Drama : Umar
Saluran : Astro
Tarikh Tayangan : Bermula 02 Mac 2025
Waktu Tayangan : Setiap hari Ahad, jam 7:00 malam
Pengarah : Hadith Omar
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Sinopsis Drama Umar

Drama ini mengisahkan tentang tentang seorang anak yatim bernama umar yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Damia. Pada suatu hari muncul seorang lelaki bernama Firaz yang merupakan kembar kepada arwah ayah umar menuntut hak penjagaan umar. Walau pun Damia terpaksa melepaskan umar tetapi Firaz sebenarnya tiada niat pun untuk membesarkan Umar. 
LihatTutupKomentar