Lirik Lagu Tak Sanggup Terima - Sean Lee

Lirik lagu Tak Sanggup Terima Sean Lee, lagu baru Sean Lee, Lagu baru best 2023, lagu best, lagu baru 2023, Lagu melayu baru Disember 2023
Lirik Lagu Tak Sanggup Terima - Sean Lee | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu baru dari Sean Lee yang bertajuk Tak Sanggup Terima

Tak sangka pulak sekarang ini Sean Lee sudah melebarkan sayap dia dari seorang pelakon ke seorang penyanyi. Tadi masa tengok dekat Spotify macam tak percaya pun ada haha. Apa pun tahniah sebab dah keluarkan single baru bertajuk Tak Sanggup Terima. 

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Tak Sanggup Terima nyanyian Sean Lee adalah Mas Dewangga dan Jova Devito. Setakat hari ini belum ada lagi informasi tentang muzik video tetapi korang boleh tonton audio official untuk lagu ini di youtube channel Warner Music Malaysia.

Untuk pengguna Spotify, korang juga boleh dengar lagu Tak Sanggup Terima dekat sana. Dalam artikel ini aku kongsikan lirik lagu Tak Sanggup Terima untuk korang nyanyi sama sama.


Lirik Lagu Tak Sanggup Terima - Sean Lee

Telah Terputus Semua Yang Dijanjikan
Kisah Bercinta Hilang Dari Mata
Kau Berubah Tertukar Arah
Tak Tercapai Akal Kita Kan Berpisah

Tanpaku Sedar
Ku Telah Diguna
Dipermainkanmu
Kiniku Telah Sedari
Cinta Menyakiti
Biarku Sendiri

Sudahlah Sudah
Mudahnya Kau Gantikan Semua
Hentikan Segala Penyiksaan Dalam Cinta
Ku Tak Sanggup Tuk Terima

Ku Tak Sanggup Tuk Terima
Ku Tak Sanggup Tuk Terima
Ku Tak Sanggup Tuk Terima Kamu Lagi

Tak Ku Sangka Masa Yang Kau Minta Tuk Tenang
Senang Senangnya Hilang Dari Mata
Kau Berubah Bertukar Arah
Dalam Diam Ketiga

Tanpaku Sedar
Ku Telah Diguna
Dipermainkanmu
Kiniku Telah Sedari
Cinta Menyakiti
Biarku Sendiri

Sudahlah Sudah
Mudahnya Kau Gantikan Semua
Hentikan Segala Penyiksaan Dalam Cinta
Ku Tak Sanggup Tuk Terima

Jangan Hubungi Aku
Jika Dia Tak Disisimu
Ku Lebih Bahagia
Tanpa Cinta Kamu

Sudahlah Sudah
Mudahnya Kau Gantikan Semua
Hentikan Segala Penyiksaan Dalam Cinta
Ku Tak Sanggup Tuk Terima

Sudahlah Sudah
Mudahnya Kau Gantikan Semua
Hentikan Segala Penyiksaan Dalam Cinta
Ku Tak Sanggup Tuk Terima

Ku Tak Sanggup Tuk Terima
Ku Tak Sanggup Tuk Terima
Ku Tak Sanggup Tuk Terima Kamu Lagi
Kalau tengok lirik kan macam lagu sedih tapi syok pulak aku dengar nak joget joget dengan muzik dia macam tuh. Aku boleh dapat feel zaman disco dulu dulu gituh haha. Lagu ini walau pun lirik dia sedih tapi korang boleh dengar sambil santai santai jer. Apa pendapat korang tentang lagu Sean Lee ini?
LihatTutupKomentar