Watak Watak Dalam Filem Keluang Man Diperkenalkan! Siapakah Yang Memegang Watak Keluang Man?

Senarai watak dalam Filem Keluang Man, Watak Keluang Man dalam Filem, Real Life Action Keluang Man Characters, senarai pelakon filem Keluang Man
Empat Watak Filem Keluang Man Diperkenalkan! Siapakah Yang Memegang Watak Keluang Man? | Untuk pengetahuan semua, Keluang Man adalah Siri Animasi Adiwira yang telah disiarkan menerusi kaca televisyen bermula tahun 1998! Agaknya waktu itu umur korang berapa tahun? Ke masih lagi belum ada dekat muka bumi ini? haha!

Siri animasi Keluang Man sangat popular sewaktu ianya ditayangkan dan masih lagi diingati sehinggalah hari ini. Selepas mendengar berita tentang siri animasi Keluang Man akan dikeluarkan dalam versi filem ramai diantara kita tak sabar nak tengok lebih lebih lagi apabila ianya adalah filem real life action  yang akan dilakonkan oleh pelakon tanah air kita, Malaysia. 


Kredit gambar : Instagram Astro Shaw

Sebelum ini pencarian watak utama Keluang Man yang telah diwar warkan secara atas talian. Jadi, sesiapa sahaja yang berminat boleh mencubanya. Sejak dari itu, ramai orang diluar sana terutama sekali peminat siri animasi Keluang Man sendiri berteka teki tentang pelakon yang bakal memegang watak penting ini. 

Pada 28 November 2023, telah berlangsungnya sidang media untuk mengumumkan pelakon Filem Keluang Man. Jadi, untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang beberapa watak yang telah di "releaved" sewaktu sidang media berlangsung.

Hanya empat watak sahaja yang telah dikongsikan buat masa sekarang. Korang boleh tengok jadual dibawah untuk rujukan. Sekiranya ada penambahan aku akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Watak Dalam Filem Keluang Man

No. Watak Pelakon
1
Borhan/Keluang Man
Nas Muammar Zar
2 Ahmad Dato Rosyam Noor
3
Shamsir
Remy Ishak
4 Inspektor ShahabAnwaar Beg Moghal

LihatTutupKomentar