Lirik Lagu Pujuk Hati - Erin CTJ

Lirik lagu Pujuk Hati Erin CTJ, lagu baru Erin CTJ, Lagu baru best 2023, lagu best, lagu baru 2023,
Lirik Lagu Pujuk Hati - Erin CTJ | Untuk segmen Lirik Lagu kali ini aku nak kongsikan dengan korang lagu terbaru dari Erin CTJ yang bertajuk Pujuk Hati. Sejujurnya aku jarang dengar lagu dari Erin CTJ sebelum ini tapi aku tahu kewujudan lagu dia contohnya Takdir Cinta Kita yang menjadi OST untuk drama dengan tajuk yang sama dan kali ini Erin CTJ kembali dengan lagu baru bertajuk Pujuk Hati.

Untuk pengetahuan korang semua, Komposer dan penulis lirik untuk lagu Pujuk Hati nyanyian Erin CTJ adalah Razif. Official Music Video sudah pun dimuatnaik menerusi Youtube Channel Rusa Music. Jadi Korang boleh support dan tonton MV di channel tersebut okay.

Lepas tuh as pengguna Spotify, korang pun boleh dengar  lagu Pujuk Hati dekat sana. Dalam artikel ini aku kongsikan lirik lagu Pujuk Hati untuk korang nyanyi sama sama.


Lirik Lagu Pujuk Hati - Erin CTJ

Selalu Saja Aku Disalahkan
Tak Pernah Pun Cuba Kau Mengerti
Sekali Pun Tinggi Egomu
Akan Tetap Ku Bersabar

Sedarilah Cuba Ingat Kembali
Aku ini Yang Selalu Disisih
Menahan Semua Keperitan
Kau Tetap Memilih Dia

Moga Nanti Akan Terbukti
Ku Yang Tulus Mencintaimu
Biar hancur Seluruh Hatiku
Ku Tetap Menantimu

Moga Nanti Akan Terusik
Hati Berfikirkan Fikirkan Aku
Kini Jauh Sungguh Jauh
Ku Pergi Pujuk Hati

Andai Nanti Jika Engkau Kembali
Takut Nanti Hatiku Sudah Mati
Tak Ku Duga Sungguh Ku Tak Rela
Untuk Bersamamu Lagi Kasih

Moga Nanti Akan Terbukti
Ku Yang Tulus Mencintaimu
Biar hancur Seluruh Hatiku
Ku Tetap Menantimu

Moga Nanti Akan Terusik
Hati Berfikirkan Fikirkan Aku
Kini Jauh Sungguh Jauh
Ku Pergi Pujuk Hati
Boleh tahan best juga lagu ini kan korang! Lain betul genre lagu ini dengan lagu pengiring hati yang pernah Erin bawakan dulu tapi vibes lagu ini sama macam OST Takdir Cinta Kita. Kalau lagu ini  dijadikan sebagai OST drama pun sangat sangat sesuai hehe.
LihatTutupKomentar