Fazura Kembali Ke Kaca Televisyen Dengan Drama Baru 2024

Fazura kembali berlakon drama TV3, Tajuk drama baru Fazura 2024, Fazura berlakon drama Akasia TV3, Drama Lakonan Fazura bulan ramadhan 2024
Fazura Kembali Ke Kaca Televisyen Dengan Drama Baru 2024 | Bila agaknya kali terakhir kita tengok seorang selebriti popular Fazura keluar di Kaca Televisyen menerusi drama? Aku rasa drama yang paling terkini dilakonkan oleh Fazura sebagai watak utama adalah Hero Seorang Cinderella yang pernah ditayangkan di Astro RIA pada tahun 2017. Betul tak korang?

Nur Medina! Itulah nama watak Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella. Nama jer Cinderella tapi orangnya tak macam tuh. Sebab tuhlah aku rasa ramai orang suka tengok drama ini. Watak heroin bukan tipikal Cinderella yang selalu kita tengok. Dia bukan seorang yang lembik dan teraniaya . Heronya pula semestinya Fattah Amin. Kelakar jugalah awal awal episod tengok Fattah berambut panjang.

Terpanjang pulak aku throwback, Kena kembali ke pangkal jalan sekarang! 

Kalau tak nanti habis satu drama aku cerita dekat sini haha. Untuk artikel kali ini sebenarnya aku nak kongsikan tentang drama baru yang bakal dilakonkan oleh Fazura. Yes! Korang tak salah dengar, Fazura akan kembali berlakon selepas sekian lama tidak muncul di kaca TV menerusi drama.


Sebelum ini kalau peminat rindu nak tengok Fazura, boleh tonton iklan Tudung Fazura di saluran youtube beliau sendiri, @myfazuraofficial. Sekarang ini pun Fazura masih lagi aktif dengan business dan akan ada video baru dikeluarkan berkenaan Tudung Fazura.


Drama baru yang dilakonkan olah Fazura bertajuk Lelaki itu. Drama ini dijangkakan tayangannya pada bulan Ramadhan tahun 2024. Dah tak lama tuh korang sebab sekarang ini pun kita sudah menghampiri bulan disember 2023. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang drama ini, InsyaAllah aku akan kongsikannya menerusi segmen Drama. Dalam segmen tersebut aku akan kongsikan senarai pelakon, pengarah, penerbit dan juga sinopsis berkaitan drama Lelaki itu. Jadi, Stay Tuned! 
LihatTutupKomentar