Drama Gamers Mangkuk

Tonton Drama Gamers Mangkuk, Pelakon Drama Gamers Mangkuk, Sinopsis Drama Gamers Mangkuk, Drama baru Astro tahun 2023,
Drama Gamers Mangkuk | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Gamers Mangkuk. Untuk pengetahuan semua, Gamers Mangkuk adalah siri Astro Originals berkaitan dengan E-Sukan.

Drama Gamers Mangkuk yang diarahkan oleh Hyrul Anuar ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9:00 Malam di saluran Astro Premiere (410)  menerusi Slot Astro Originals bermula 1 Disember 2023.

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Gamers Mangkuk secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Gamers Mangkuk merupakan drama bersiri Astro Originals terbitan Directors Think Tank dan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Amir Ahnaf, Sathis Varan, Sara Mack Lubis, Qaseh Izwandy, Nadia Brian, Taufiq Izmir, Nick Davis dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Drama Gamers Mangkuk

Tajuk Drama : Gamers Mangkuk
Saluran : Astro Premiere
Tarikh Tayangan : Bermula 1 Disember 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Jumaat, 9:00 Malam
Pengarah : Hyrul Anuar
Terbitan : Directors Think Tank, Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games
Pelakon : Amir Ahnaf, Sathis, Varan, Sara Mack Lubis, Qaseh Izwandy, Nadia Brian, Taufiq Izmir, Nick Davis dan ramai lagi

Sinopsis Drama Gamers Mangkuk

Drama Gamers Mangkuk mengisahkan tentang lima orang pemain e-sukan iaitu Tam, Napi, Maya, Theeban dan Lee yang menyertai pertandingan  Mobile Legends : Bang Bang (MLBB). 
LihatTutupKomentar