Best Ke Drama Korea Mouse Sampai Ramai Sangat Suka?

Review Drama Korea Mouse Tanpa Spoiler, drama korea Mouse best ke, Sinopsis drama korea Mouse, Drama korea best, Drama Korea Thriller,
Best Ke Drama Korea Mouse Sampai Ramai Sangat Suka? | Korang dah tengok ke belum drama korea yang berjudul Mouse nih? Drama ini keluar tahun 2021 lagi tau tapi aku baru jer habis tengok semalam. Aku ambil masa dalam 3 ke 4 hari jugalah untuk habiskan 20 episod! 

Mesti ada yang cakap eh cepatnya tapi bagi aku 3 hari atau 4 hari tuh sebenarnya agak lama. Selalunya bila tengok drama korea, aku akan habiskan dalam satu hari jer tapi kali nih lama sangat. Kenapalah agaknya kan?

Sebelum aku membebel lebih panjang kenapa aku ambil masa lama untuk habiskan tengok drama Mouse, jom aku story drama ini tentang apa. 

Poster drama korea Mouse

Drama Mouse bermula apabila seorang seriel killer/psychopath killer yang dikenali dengan nama Head Hunter ditangkap selepas membunuh ramai orang termasuklah ibu bapa kepada salah satu watak utama dalam drama ini. 

Head Hunter ini kehidupan dia macam orang biasa jer. Kalau kita tengok dia punya kehidupan sangatlah sempurna! Ada kerja yang noble dan berkahwin dengan seorang wanita yang baik  tetapi yang menjadikan drama nih lebih menarik adalah apabila orang ramai tahu bayi yang dikandung oleh isteri kepada Head Hunter  ini mempunyai gen psychopath yang memungkinkan bayi tersebut menjadi pembunuh apabila dia besar.

Bila baby tuh ada gen Psychopath memang kecoh la satu korea sebab ada yang mencadangkan kandungan tersebut digugurkan tapi hujung hujung tak jadi. Pada masa yang sama bukan bayi yang dikandungkan oleh isteri Head Hunter jer yang ada gen Psychopath tuh tapi ada lagi sorang! 

Selepas tuh bermulalah drama yang memeningkan kepala otak kita memikirkan pasal psychopath killer nih. Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan dengan korang. Kalau aku share semua benda baik korang takyah tengok drama haha. 

Menjawab kepada persoalan kenapa aku lambat habiskan drama nih adalah kerana aku kena tengok tanpa boleh skip sebab kalau aku skip nanti aku akan pening sorang2. Aku kalau tengok drama apa apa bila ada part yang aku rasa tak penting aku akan skip tapi Mouse nih tak boleh sebab nanti aku tak akan paham.

Bagi aku kan, drama Mouse nih dorang boleh dihabiskan dalam 6 episod jer tapi nope! dorang bagi lagi plot twist yang tak tercapai akalmu yang menjadikan dia lebih panjang sampai 20 episod hehe. Walau pun dorang drag sampai 20 episod ianya still best untuk ditonton sebab lakonan yang mantap dan jalan cerita yang menarik. 
LihatTutupKomentar