Pengalaman kerja selepas SPM - Lifestyle, Event, Review, Travel, Info | Blog Arepnakbebel

Monday, 15 July 2019

Pengalaman kerja selepas SPM

Habis jer exam SPM korang buat apa? gunakan masa tuh untuk rehat  sepuasnya atau cari kerja part time untuk dapatkan duit sendiri? Dulu time lepas SPM aku cari kerja sebab nak duit untuk beli handphone.  Kononnya nak tukar Nokia 3310 aku dengan phone yang lebih canggih. Aku aim nak beli Nokia 5300 Slider sebab time tuh ramai orang guna. Aku rasa generasi sekarang yang baca aku punya entry ini mesti tak tahu apa yang aku merepek sebab tak pernah dengar jenis phone yang aku cakap.


Takpe guys aku selitkan gambar phone yang aku nak tuh dekat bawah ini. Harga phone tuh tak silap aku dalam RM400 lebih. Ya RM400 jer tapi aku nih bukannya dari keluarga yang bila kau cakap jer nak apa besok tuh kau dapat sebagai hadiah dari parents.  Aku kena berusaha untuk dapatkan sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.  Jadi, disebabkan aku ada banyak masa terluang, aku pun ambil keputusan untuk pergi KL duduk dengan abang aku sambil cari kerja dekat sana. Tujuan bekerja memang nak dapatkan duit tapi pada masa yang sama aku nak pengalaman bekerja luar dari kampung. At least aku dapat exposure. gituhh! haha.


Pada awalnya aku ingat senang nak dapatkan kerja tapi it was so damn hard sebab aku baru habis SPM, belum ada qualification untuk any position. Jadi, apa yang aku buat? Aku masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain tanya  pasal kerja kosong tapi none of them nak hire aku bekerja dengan dorang. I was sad and gave up sampai terduduk dekat kaki lima termenung sorang sorang sebelum balik rumah tapi ada this one kakak datang tegur aku tanya apa aku buat dekat kaki lima depan kedai bakery dia. Aku cakap jer terus terang aku baru habis spm tengah cari kerja part time. 

Masa tuh jugak dia offer aku kerja dengan dia. Aku tanpa ragu ragu setuju jer dan pada hari tuh jugak aku mula bekerja dengan dia. Daripada sedih tadi terus excited. Kerja aku senang jer untuk hari pertama. Aku just follow dia bukak gerai jual roti dan cookies dekat area KL tapi yang tak seronoknya bila ada DBKL buat rondaan kitorang kena kemas semua barang lepas tuh cabut. Baru je siap siap susun makanan yang nak dijual atas meja dah kena kemas balik takut nanti kena rampas. Seriously masa tuh aku gelabah ya. Tak pandang kiri kanan dah masa mengemas. Kesian pulak aku dengan sorang Sis nih nak beli roti sambil hulur duit tanya "berapa nih?" 44 kali tapi aku tak layan. Sis pon time DBKL datang jugak nak beli roti, saya dah la tengah kecut perut. Kalau sis baca nih Saya mintak maaf ya.

Dipendekkan cerita, hari kedua tuh aku masih datang kerja macam biasa tapi unfortunately hari kedua tuh adalah hari terakhir aku kerja dengan dia. Aku jumpa dia lepas tuh bagitahu  aku nak berhenti sebab aku tak suka kerja macam tuh. Tak boleh nak bekerja dengan aman. Setiap kali nak meniaga kena alert pasal DBKL ada datang ke tak? pastuh kena rushing2. Stress aku dibuatnya.  Aku rasa baik aku berhenti jer.

Lepas berhenti, aku teruskan mencari kerja baru tapi kali ini di pasaraya pulak dan alhamdulillah aku dapat kerja dekat salah satu kedai makan dalam pasaraya tuh. Aku apply as a waiter tapi pada hari aku mulakan kerja aku kena handle bahagian dapur. Kerja dia agak senang tapi complicated jugak la. Antara task aku adalah potong barang masakan macam timun dan lain lain. Nak potong timun pun kena ikut cara yang ditetapkan tau pastuh bukannya sikit ya, satu plastik besar aku kena buat. Memang sado la jari jari aku time tuh. Walau pun baru hari pertama, aku tetap bengang jugaklah sebab apply jawatan lain dapat jawatan lain. So aku pun berhenti lagi selepas 2 hari kerja. Nampak macam teruk kan tapi biasalah zaman remaja feeling feeling tak boleh buat kerja susah sikit terus nak berhenti. Rasa nak hempuk kepala sendiri dengan senduk bila ingat balik.

Next, aku bekerja di kedai makan juga tapi kali ini bukan area damansara tapi area bangi. Walau pun jauh dari tempat abang aku, aku tak kisah sangat sebab dorang bagi tempat tinggal. Aku duduk situ dengan beberapa orang staff lain. It was a disaster guys sebab keadaan rumah agak teruk bagi aku tapi aku gagahkan diri untuk stay jugak sebab aku tak nak berhenti sebelum sempat kerja. 

Hari pertama Kerja dekat situ memang satu cabaran buat aku sebab disuruh ambil order banyak sekaligus. Masa tuh satu table ade lebih kurang 10 orang. Aku cuak jugaklah nak amek order takut nanti salah ke apa kan tapi i did well. Semua order betul, tak ada orang complain. I was so proud of myself sampai terlalu yakin dengan diri sendiri. Korang tahu apa aku buat? Let me explain! Kejadian ini berlaku selepas berjaya ambil order banyak tuh la. Customer datang order Kuew Teow Kungfu, dengan yakinnya aku cakap "dekat sini tak ada jual". Sekali customer tuh cakap dengan aku "Saya setiap hari makan dekat sini order kuew teow kungfu kenapa hari ini tiba tiba takde jual?". Aku pun apa lagi, pura pura pergi dapur untuk check pastuh datang balik dekat dia cakap ada. Serious malu gila waktu tuh rasa nak masukkan kepala dalam tanah jer. hahaha.

It was a great experience tapi at the end of the day, aku cuma mampu bertahan selama seminggu. Sesungguhnya kerja dekat kedai makan bukan senang especially bila kau bekerja dekat hot area whereby orang sentiasa ramai tak kiralah lunch hour ke dinner  ke tak putus putus orang. Kadang kadang tuh rasa nak cabut tangan dengan kaki letak tepi jap sebab penat dia tak boleh bawa bincang. Those yang kerja dekat kedai makan you guys are awesome! 

Berbalik kepada cerita kegagalan aku untuk bertahan lama, Aku decided untuk balik kampung tapi pada masa yang sama aku masih lagi tak puas hati sebab goals aku untuk beli phone dengan duit sendiri belum tercapai lagi. Nak dijadikan cerita, waktu aku balik kampung, kawan kepada kawan ayah aku ada buka kedai makan di Terengganu. Jadi ayah aku dapatkan kerja untuk aku dekat situ. Aku dengan yakinnya terima dan terus pindah ke terengganu untuk bekerja dekat kedai makan disana pulak. Kali ini adalah peluang terakhir aku untuk dapatkan duit sebab result SPM akan keluar tak lama lagi.

Alhamdulillah aku dapat bekerja dekat sana dalam jangka masa yang agak panjang. Kalau tak silap aku sebulan lebih, itu pun sebab aku dah dapat tahu tarikh keluar result SPM. It was fun working with them, semua orang baik termasuklah pelanggan yang datang sampai aku jadi kawan dengan dorang. Pengalaman teruk pun ada jugak tapi aku still boleh hadap dengan jayanya. 

Inilah pengalaman aku bekerja sebelum keluar result SPM. Waktu semua kejadian ini berlaku aku rasa agak stress sebab tak boleh nak handle benda benda simple macam ini tapi selepas tuh aku bersyukur sebab dengan pengalaman yang aku pernah alami ini sedikit sebanyak aku dapat belajar tentang kehidupan dan aku rasa seronok dapat kongsikan pengalaman ini dengan korang semua and Yes! Aku berjaya dapatkan phone yang aku nak tuh dengan hasil titik peluh aku sendiri. Happy Ending.

2 comments:

  1. perasaan beli barang guna duit hasil titik peluh sendiri tu lain macam en hahaha

    ReplyDelete
  2. Mrs. A time tunggu result SPM dahulu kala kerja kat parkson Mahkota Parade Melaka time tu parkson tu belum open bebetul lagi ada sesetengah tempat under construction/finishing apply chashier tapi semua yang parkson rekrut tu jadi tukang lap-lap habuk kat display cabinet sebelum grand opening hahahaa...

    ReplyDelete