Sabtu, 18 Februari 2017

JOM NAIK UBER! TAMBANG RM0.99 SAHAJA!

22:41 6
Alhamdulillah. Selepas seminggu bekerja di tempat baru semuanya baik baik sahaja. Terima kasih kepada korang yang memberikan kata kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Selepas tiga tahun struggle kerja shift baru sekarang aku dapat merasa macam mana orang kerja office hour dan cuti di hujung minggu. haha. 

RM 0.99 only

Disebabkan weekend aku cuti, jadi aku decide untuk pergi ke satu event yang diadakan di Hotel Berjaya Time Square dengan menggunakan perkhidmatan Uber. Yang menariknya aku hanya perlu membayar RM0.99 sahaja.

www.arepnakbebel.com

Promosi RM0.99 ini bermula dari 13 Februari 2017 sehingga 26 Februari 2017. Jadi, kalau berkesempatan tuh cubalah guna perkhidmatan Uber. Sepanjang aku gunakan Uber tak ada apa apa masalah lagi tapi sebelum itu, jom kita baca apakah terma dan syarat untuk promosi RM0.99 nih.

Terma & syarat:
  1. Promosi RM0.99 ini hanya sah sehingga 26 Februari 2017, untuk uberX sahaja.
  2. Tambang RM0.99 sah untuk pembayaran secara tunai dan kad kredit. Walau bagaimanapun, untuk pembayaran secara tunai, tambang anda akan digenapkan ke Ringgit yang terdekat (RM1).
  3. Perjalanan RM0.99 hanya sah untuk perjalanan di bawah jarak 4 km di sekitar Lembah Klang sahaja. Tidak sah untuk ‘Scheduled Rides’.
  4. Tidak sah untuk perjalanan di antara KLIA dan KLIA2.
  5. Semasa kesesakan jalan raya, tambang perjalanan akan kembali kepada pengiraan mengikut masa dan jarak. Ketahui lebih lanjut tentang tambang biasa kami di sini.
  6. Tambang RM0.99 sah untuk waktu puncak perjalanan di mana tambang mungkin lebih tinggi dari biasa.
  7. Tambang RM0.99 tidak sah jika anda membuat lebih daripada satu perhentian dalam satu perjalanan, walaupun jumlah jarak perjalanan anda adalah kurang daripada 4 km.
  8. Tambang rata RM0.99 adalah mengikut anggaran jarak perjalanan, dan bukan jarak sebenar.

Tunggu apa lagi? Jom la naik Uber. hehe.

Khamis, 9 Februari 2017

Berhenti kerja dan Dilema bekerja di tempat baru.

23:05 24
Berhenti kerja dan Dilema bekerja di tempat baru.
Azam tahun 2017 aku adalah untuk berhenti kerja

"Apa bendalah azam tahun baru mamat ni? Orang lain sibuk nak cari kerja, dia sibuk nak berhenti kerja. Zaman sekarang ini bukan senang nak cari kerja. Kalau berhenti lepas tuh tak dapat kerja baru macam mana? takkan nak balik tanam anggur dekat kampung kot?"

Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang kan. Berhenti kerja pon boleh dijadikan sebagai azam? Kalau nak berhenti tuh berhenti jerlah! tak perlu effort pon kalau nak berhenti. Hantar resign letter, tunggu 30 hari lepas tuh blah! easy breezy kan.

Memanglah senang untuk berhenti tapi yang tak senang tuh bila part nak move on. Lebih lebih lagi kalau kau dah kerja lama dekat situ. Macam aku sendiri, dah lebih 3 tahun kerja dekat company tuh. Aku suka kerja dekat situ sebab aku ada kawan kawan yang "ngam" dan "satu kepala" dengan aku. Bila aku ada masalah, aku tak perlu risau sebab aku ada kawan kawan untuk release stress! haha. kalau nak cakap pasal kerja pulak tipulah kalau tak ada problem kan tapi as i told you, i have friends that can help me to overcome it.

kalau dah selesa kenapa nak berhenti jugak?

Well! ada beberapa faktor kenapa aku nak berhenti kerja. Kalau ikutkan hati memang nak luahkan semua tapi cukuplah sekadar korang tahu yang aku berazam untuk berhenti kerja sebab aku nak build up hidup aku menjadi lebih baik dan cuba untuk capai goals yang aku setkan untuk diri aku sebelum mencecah umur 30 tahun. amin

Azam untuk berhenti kerja sudah pon tercapai. Yes! Aku dah pon berhenti kerja dan alhamdulillah aku tak perlu menggangur pon untuk dapatkan kerja yang baru. Terima kasih kepada semua yang mendoakan especially parents dan adik beradik aku yang sentiasa bagi sokongan tak kira apa keputusan yang aku buat.

Masalahnya aku nervous, aku tak ada mood, aku tak yakin, aku rasa macam nak give up sebab selepas 3 tahun aku bekerja di tempat lama, sekarang ini aku nak kena mulakan balik apa yang aku buat 3 tahun lepas and its not easy guys. 

Macam mana kalau rakan sekerja tak suka aku?
Macam mana kalau bos baru aku tuh tak suka aku? 
Macam mana kalau bos baru aku tuh sebenarnya jahat? dia adalah pembunuh bersiri upahan!
Macam mana kalau mak cik cleaner dekat situ pon tak suka aku?

hmmm...