Isnin, 24 April 2017

Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway

16:23 38
Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway | Dah lama rasanya tak buat giveaway untuk korang semua. Last giveaway bulan january. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua dah dapat hadiah masing masing. Untuk giveaway pada kali ini aku nak bagi korang semua Eau De Toilette dan Deo Body Spray Edisi Arena dari Adidas sempena Liga Juara Juara UEFA.

Ada dua pilihan, korang boleh  join giveaway ini di blog ATAU instagram. Pilihlah yang mana lagi mudah untuk korang.  Ingat yer, pilih satu jer. Syarat syarat untuk menyertai giveaway ini adalah sperti berikut.

Giveaway banner
Syarat Syarat Penyertaan (Blogpost)
  • Buat entry berkenaan dengan Giveaway ini dan tajuk entry adalah seperti berikut
    "Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway"
  • Letakkan banner Giveaway ini di entry korang dan linkkan balik ke entry ini.
  • Follow blog www.arepnakbebel.com dan facebook fanpage arepnakbebel
  • Pastikan korang komen dan letakkan link entry giveaway yang korang buat di mana mana entry blog arepnakbebel untuk maklum balas dari pihak admin. 
Syarat Syarat Penyertaan (Instagram)
  • Follow instagram lqmnzkria dan post banner giveaway ini di instagram korang dengan hashtag #Giveawaybyluqmanzakaria #EUFAChampionsLeague #adidasbodycaremy
Hadiah giveaway :-
(5x Eau De Toilette (EDT) & 5x Deo Body Spray)
2x Pemenang akan dipilih untuk penyertaan di Instagram
3x pemenang akan dipilih untuk penyertaan di blog

Setiap pemenang akan menerima 1x EDT dan 1x Deo Body Spray. Giveaway ini akan berlangsung sehingga 5 mei 2017. Aku harap giveaway ini akan mendapat sambutan dari korang semua. Sesiapa pon boleh join. Kalau tak pakai untuk diri sendiri pon boleh bagi dekat yang tersayang. gituhh!

Nikmati kelazatan Indomie, Indobowl di Tryst Cafe, SS15 Subang Jaya

11:26 12
Mambo Jumbo Indobowl Grilled Platter
Nikmati kelazatan Indomie, Indobowl di Tryst Cafe, SS15 Subang Jaya Indomie digemari oleh masyarakat indonesia dan telah menerima banyak awards termasuklah Indonesia Customer Satisfaction Award (ICSA) pada tahun 2011.  Ada banyak produk keluaran Indomie yang dijual di Malaysia tapi aku tak pernah rasa dan untuk pertama kalinya aku ke Tryst Cafe untuk mencuba sendiri kelazatan indomie.

Sambal istimewa yang dihidangkan bersama indomie menjadi satu tarikan yang korang tak akan dapat ditempat lain. Ada dua pilihan sambal iaitu Red Sambal dan Green Sambal. Kepada mereka yang memang sukakan pedas, aku cadangkan korang pilih Red Sambal dan pada yang tidak suka pedas boleh pilih green sambal.

Red Sambal or Green Sambal?
Hidangannya agak simple tapi to be honest memang mengenyangkan. Selain individual plate, korang boleh order Mumbo Jumbo Indobowl platter yang sangat besar dan korang boleh berkongsi platter tuh dengan kawan kawan lain. 

Mambo Jumbo Indobowl Grilled Platter
Sekiranya korang berada di area yang berdekatan dengan SS15, Subang Jaya, bolehlah ke sana untuk mencuba sendiri indo mie yang dihidangkan dengan sambal istimewa ini. Kepada korang yang tinggal jauh dari SS15 atau tak ada transport untuk ke sana, jangan risau sebab Tryst Cafe terletak berdekatan dengan LRT SS15. 

Lokasi
74, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi
Dibuka dari Jam 1000pg - 0100pg setiap hari kecuali hari Jumaat dan sabtu.
Jumaat : 0400ptg - 0200pg
Sabtu : 1000pg - 0200pg

Ahad, 23 April 2017

Wangian Adidas UEFA Champions League Arena Edition

11:29 6
Wangian Adidas UEFA Champions League Arena Edition | Untuk pengetahuan korang semua, Adidas adalah penaja utama/rakan kongsi pembekal rasmi kepada kejohanan bola sepak utama dunia termasuklah Liga Juara-Juara UEFA (UEFA Champions League). Sempena Liga Juara-Juara UEFA, Adidas melancarkan produk penjagaan badan baharu iaitu Adidas UEFA Champions League Arena Edition.

Adidas UEFA Champions League Arena Edition EDT & Deo Body Spray
EDT dan Deodaran body spray yang yang dilancarkan pada kali ini memang menepati citarasa aku. Bau dia memang best. Produk ini mula dipasarkan pada 27 Februari yang lepas, sekiranya korang peminat tegar Adidas atau ingin mencuba EDT dan Deo body spray keluaran Adidas, korang boleh dapatkan di pasaraya dan farmasi yang terkemuka sekarang. Tak rugi pon kalau cuba sebab harga untuk setiap produk sangat sangat berpatutan.

  • adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90 
  • adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
  • didas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

Terima kasih kepada Coty inc kerana memberi peluang kepada aku untuk mencuba produk baharu keluaran Adidas.  Untuk pengetahuan korang, Coty inc merupakan:-

"salah satu daripada syarikat pengeluar barangan kecantikan terbesar dunia. Ia merupakan peneraju global dalam bidang wangian, kukuh di tempat kedua dalam pewarnaan dan penggayaan rambut salun profesional dan kedudukan ketiga dalam kosmetik warna. Coty beroperasi dalam tiga bahagian - Coty Consumer Beauty yang memberi fokus kepada kosmetik warna, produk runcit perwarnaan dan penggayaan rambut, penjagaan badan dan wangian yang dijual terutamanya dalam saluran runcit besar-besaran dengan pelbagai jenama seperti COVERGIRL, Max Factor dan Rimmel; Coty Luxury pula yang memberi fokus kepada wangian berprestij dan penjagaan kulit dengan berbagai-bagai jenama seperti Calvin Klein, Marc Jacobs, Hugo Boss, Gucci dan philosophy; dan Coty Professional Beauty yang memberi fokus dalam memberi servis kepada pemilik-pemilik salun dan golongan profesional dalam kedua-dua bidang rambut dan kuku, dengan jenama-jenama seperti Wella Professionals, Sebastian Professional dan OPI. Coty mempunyai kira-kira 20,000 rakan niaga global dan produknya dijual di lebih 130 negara. Coty dan jenamanya memberi komitmen kepada beberapa matlamat sosial dan juga bertujuan untuk meminimakan impaknya kepada alam sekitar."- Coty Inc

Adidas UEFA Champions League Arena Edition
Coty Inc bukan bagi aku sorang jer tau, untuk korang semua pon ada. Dorang bagi  aku 5x Eau De Toilette dan 5x Deo Body Spray. Jadi aku akan adakan giveaway yang sangat simple untuk korang semua dan setiap pemenang akan dapat 1x EDT dan 1x Deo Body Spray. Untuk giveaway, aku akan update dalam next entry. Join tau! 

Ahad, 16 April 2017

RAWAT KULIT WAJAH DAN KURANGKAN MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN HIMALAYA HERBALS

20:40 10
Sebelum ini aku pernah update pasal dilemma seorang luqman tentang masalah rambut. Jadi untuk entry kali ini aku nak recap balik kisah rambut aku. Maklumlah entry tuh dah berzaman kan. Aku nak throwback dan update korang tentang perkembangan masalah rambut aku yang nazak nih.

Bila bercerita pasal rambut, aku akan rasa sebak bertubi tubi sebab dulu rambut aku macam iklan shampoo choulls! libas sini libas sana ala ala model tapi tak lama lepas tuh aku bertukar dari seorang model iklan shampoo ke model iklan Yun Nam yang sebelum buat rawatan tuh. Masa tuh aku rasa macam nak menangis dalam hujan sambil hentak tangan atas jalan raya. 


Rambut aku nih jenis yang susah nak di style kan. Dulu masa time time sekolah rambut belah tengah choulls..bila tengok balik memang lawak dia tahap gelak sakit perutlah. Jadi rasanya tak perlu nak upload kat sini dan malukan diri sendiri dengan sengaja.haha. Bila dah start kerja, stress dia lain macam. Rambut aku mula hilang sedikit demi sedikit, bila mandi aku selalu buat kerja matematik kira berapa helai rambut aku gugur. Lepas tuh mulalah aku stress dan rambut makin banyak lagi gugur. Macam macam shampoo aku guna untuk kurangkan masalah rambut gugur tapi satu pon tak menjadi sampailah aku gunakan produk keluaran Himalaya


Untuk mengurangkan masalah rambut gugur, aku gunakan Anti Hair Fall Shampoo dari Himalaya. Alhamdulillah selepas aku gunakan Shampoo dari Himalaya ini, masalah keguguran rambut dan pon berkurangan. 

Rambut masih lagi gugur tapi tak senazak sebelum ini dan kadang kadang tuh bila shampoo, tak ada langsung rambut yang melekat dekat tangan. Sekiranya korang ada masalah yang sama macam aku, korang boleh dapatkan shampoo ini. Belilah yang 200ml dulu, kalau rasa sesuai dan rambut pon makin kurang gugur baru beli yang 400ml.


Untuk masalah kulit wajah pulak, Aku gunakan Toner dan Peel Off Mask dari Himalaya. Anti Hair Fall Shampoo  memberikan tindak balas yang positif kepada rambut aku, jadi aku tak teragak agak untuk beli toner walaupon aku tak pernah gunakan toner sebelum ini. Aku ada masalah kulit wajah tak sekata, jadi aku harap dengan mengunakan toner dari Himalaya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah aku yang nan hado ini. 

Peel Off Mask pula aku beli sebab hari tuh aku ada tertengok satu video di youtube whereby youtuber tuh suggest viewers dia untuk try Peel Off Mask dari Himalaya sebab result dia cukup memuaskan. InsyaAllah aku akan cuba dan share dengan korang di entry yang lain.

Sabtu, 8 April 2017

SERLAHKAN KEHANDALANMU BERSAMA DUTA NIVEA MEN, ZAQUAN ADHA DI WATSONS SUNWAY PYRAMID

23:37 14
Baru baru ini aku berpeluang untuk beramah mesra dengan penyerang kebangsaan, Zaquan Adha di watsons sunway pyramid. Beliau merupakan duta kepada produk Nivea men. Memilih Zaquan Adha sebagai duta adalah sangat tepat kerana Nivea men merupakan produk yang sesuai digunakan oleh individu yang aktif dalam bersukan.


Sekiranya korang adalah antara pengguna Nivea Men semestinya korang tahu tentang produk produk menarik yang dikeluarkan oleh mereka. 

Kalau korang tak tahu, Jom tengok gambar dibawah untuk lihat antara produk produk Nivea Men yang korang boleh dapatkan di watsons.


Kat atas ini adalah antara produk produk yang korang boleh dapatkan dari Nivea Men di mana mana watsons berdekatan dengan korang. Aku masih belum berpeluang untuk cuba semua produk yang ada tapi buat masa ini aku tengah gunakan Anti Acne (Oil control volcanic mud foam) which is super awesome! Aku suka pakai sebab everytime aku cuci muka dengan facial wash ini, muka aku akan rasa lebih bersih dan sangat sangat fresh.


Korang bukan sahaja akan nampak lebih "helok" bila menggunakan produk Nivea Men tetapi korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM20,000 dengan menyertai contest Beli dan Menang. Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang contest ini adalah Macbook dan juga Jersi bola sepak. Layari www.facebook.com/myniveamen untuk maklumat lanjut berkaitan dengan contest ini.

Khamis, 6 April 2017

MEET & GREET BERSAMA JOE FLIZZOW OLEH UBERMEN DAN WATSONS

22:23 8
Aku mula kenal dengan Ubermen ini masa belajar dekat kolej. Almost everyday, kawan aku akan gunakan Ubermen deodorant body spray and i was so in love dengan bau dia yang super sedap tuh. Jadi, aku pon belilah satu dan aku guna sampailah one day, the one yang aku suka tuh dah tak ada. I was so sad but life must go on right? haha! murung sekejap masa tuh tapi sekarang tak murung lagi sebab aku jatuh hati balik dengan ubermen. 

Terima kasih diucapkan kepada Watsons dan Ubermen kerana bagi peluang kepada aku  untuk berjumpa sendiri dengan Duta kepada produk Ubermen iaitu Joe Flizzow.

Meet & Greet bersama beliau berlangsung di Watsons Sunway Pyramid dan kepada mereka yang membeli produk ubermen pada hari tersebut berpeluang untuk membawa pulang Instant print T-shirt dari Ubermen.

Ubermen telah mengeluarkan beberapa produk yang menarik. Antaranya adalah body spray, EDT, hair gel dan hair wax tapi untuk entry kali ini aku nak share pasal EDT dan body spray yang memang best untuk digunakan setiap hari. Ade tiga jenis body spray dan EDT yang ada dipasaran iaitu Casual, Freedom dan Freedom Extreme

Wangian yang digunakan oleh setiap individu boleh memberi keyakinan kepada diri masing masing. Kalau kita berada dalam keadaan yang tidak bersih atau pon berbau mesti kita rasa macam tak ada keyakinan untuk berada di khalayak ramai kan . Jadi tunggu apa lagi! Jom singgah watsons dan dapatkan wangian Ubermen kegemaran korang sekarang. Tak rugi pon beli ubermen ini, wangi pon wangi dan harga pulak memang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan produk ini, korang boleh layari laman sesawang www.ubermen.com.my dan facebook Ubermen Malaysia. Jangan lupa layari laman sesawang Watsons Malaysia jugak untuk dapatkan maklumat berkaitan produk produk menarik yang korang boleh dapatkan disana.