Rabu, 26 Oktober 2016

Dapatkan Kulit yang lebih lembut dan cerah dengan hanya menggunakan Coffee Scrub

Entry kali aku nak share sikit pasal Coffee Scrub. Sebelum ini aku pernah nampak orang share dekat facebook dan instagram pasal coffee scrub tapi perasaan untuk mencuba itu tak ada pon sebab tak tahu apa kebaikan dan kelebihan dia.


Untuk pengetahuan korang, Coffee Scrub ini bukan hanya melembut dan mencerahkan kulit wajah sahaja tapi ianya juga dipercayai mampu menghilangkan selulit di badan kita. Selain itu, Coffee Scrub dapat membantu :-

  • Menghilangkan parut baru dan lama
  • Melembapkan Kulit
  • Bertindak sebagai anti Stress

Cara nak guna Scrub ini semudah ABC jer, Korang just basahkan muka lepas tuh scrublah coffee tuh dekat muka dengan rata kemudian bilas dengan air. Kalau nak buat Mask pon boleh. Tempek tempek jer dekat muka.

Kalau tak silap aku, baru dua minggu kot aku guna coffee scrub ini. Aku suka sangat guna scrub ini sebab bila dah bilas dengan air tuh memang kulit rasa lembut dan yang paling penting rasa lebih bersih. Normally, lepas aku bilas tuh aku akan gunakan pencuci muka pulak untuk hilangkan bau coffee. Ya ampun! masa tuh rasa macam bontot baby jer muka aku. haha.

Isnin, 17 Oktober 2016

Batik Fun Walk 2016 di Lanai, Malaysia Tourism Center (MaTiC)

Dua tiga kali jugaklah aku fikir nak join ke tak Batik Fun Walk sebab sebelum ini mana pernah nak join event yang memerlukan stamina. Keluar jogging kat luar rumah pon kadang kadang jer. Last last join sebab "fun walk" kan so tak payahlah beria nak berlari sangat. hehe



Registration dibuat seawal jam 630 pagi sehingga 800 pagi. Kebetulan waktu event ini dijalankan aku kerja night shift dan tempatnya pulak berdekatan dengan tempat kerja aku jadi tak ada masalah untuk sampai awal. 


Registration fee cuma RM20 je. Korang akan dapat sehelai batik untuk digunakan sepanjang aktiviti berlangsung. Ada lima kategori yang dipertandingkan dan salah satunya "Individual Most Creatively Dressed in Batik". 


Event macam ini sesuai untuk seisi keluarga. Tiada had umur dikenakan. Baby dalam stroller pon boleh join. Batik Fun Walk bermula dari Lanai melalui Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee. Total jarak adalah 2.3KM sahaja. Jadi kalau bawa budak budak pon tak ada masalah.



Semua tengah makan sambil tunggu lucky draw. Banyak hadiah yang best best jugak. Antaranya penginapan di Seri Pacific hotel, basikal dan macam macam lagi. Seperti biasa aku cuma duduk dan tengok jer nombor orang lain dipanggil. Tak pernah nak bertuah kalau bab lucky draw ini.


Kitorang bawa balik kain batik jer weh. lucky draw orang lain sapu habes. haha. Apa apa pon thank you Masnur! Ecah! sebab join batik fun walk ini dengan aku. Kalau korang tak ikut sekali memang aku tidur jer kat rumah time time macam ini. Untuk Batik Fun Walk pulak kita Jumpa lagi tahun depan. InshaAllah.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Jana pendapatan sampingan dengan Paid Surveys - GlobalTestMarket

Dalam entry "Dapatkan duit dengan menjawab survey di Ipanel Malaysia" hari tuh aku pernah janji dengan korang semua nak share tentang satu lagi laman web yang aku guna untuk tambah pendapatan yang sedia ada. Walau pon tak banyak sekurang kurangnya lepaslah jugak untuk topup kredit phone or beli makan untuk dua tiga hari. hehe.


Selain Ipanel Malaysia, GlobalTestMarket adalah salah satu website yang memberikan bayaran lumayan kepada semua yang menggunakan perkhidmatannya. Cara untuk mendapatkan bayaran dari GlobalTestMarket adalah sama seperti Ipanel Malaysia. Korang perlu kumpul point dan tebus duit dengan cara yang sangat mudah. Aku akan terangkan caranya.

Korang hanya perlu mendaftar, isi maklumat diri selengkapnya dan jawab survey yang disediakan oleh laman web ini. Untuk pengetahuan korang GlobalTestMarket membuat bayaran dalam USD.
Korang perlu kumpul 1044 point untuk dapatkan USD10. Buat masa ini, USD1 bersamaan dengan RM4. Fuh! Dengan hanya menjawab survey secara online korang boleh dapat RM40. Lagi banyak point korang kumpul lagi banyak korang akan dapat. Kalau tak nak duit, korang boleh tebus point untuk dapatkan voucher tapi bagi aku tak berbaloi sangat tebus voucher. hehe

Mungkin korang ragu ragu. betul ke dia nih. Tipulah! mana ada orang nak bagi duit senang senang macam tuh jer. Aku pon sama macam korang tapi itu dulu la. Bila duit dah masuk terus fikiran dan pandangan aku tentang GlobalTestMarket ini berubah. Untuk menyakinkan korang. meh aku share bukti pembayaran dari laman web ini. 

Bukti Pembayaran paid surveys - GlobalTestMarket
Seperti yang aku terangkan bayaran akan dilakukan dalam USD , jadi korang wajib ada akaun paypal sebab bila nak redeem nanti sistem akan minta email address yang korang gunakan untuk akaun paypal. Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat survey dan jana pendapatan sampingan ini sebab ianya mudah dan bayaran yang diberikan pula sangat lumayan. Selamat mencuba.

Khamis, 13 Oktober 2016

Kelebihan dan Kekurangan Wifi assist di Iphone anda

Wifi assist adalah ciri baru yang diperkenalkan oleh Iphone untuk mereka yang menggunakan IOS 9 dan ke atas. Wifi assist ini berfungsi untuk memastikan korang mendapat sambungan internet yang terbaik dengan mengaktifkan cellular data secara automatik sekiranya sambungan dari wifi korang mengalami masalah atau lemah. 

Mempunyai sambungan internet yang terbaik semasa melayari laman web adalah kelebihan kepada ciri baru yang diperkenalkan oleh IOS 9. Namun, setiap kelebihan pasti ada kekurangan yang perlu kita titikberatkan.

Apakah kekurangan Wifi assist?

Seperti yang aku explain di awal entry tadi, cellular data akan diaktifkan secara automatik sekiranya sambungan wifi korang lemah dan kita sebagai pengguna mungkin tidak akan tahu yang cellular data digunakan semasa melayari laman web di internet dan akibatnya data kita akan berkurangan. Tapi korang jangan risau sebab ada cara untuk mengatasi masalah ini.

Cara untuk unactivate/off Wifi assist


Selepas unactivate/off Wifi asist ini, korang tak perlu risau lagi sekiranya wifi korang slow/lemah, Data iphone tidak akan digunakan. Ramai pengguna Iphone yang masih belum tahu tentang wujudnya Wifi assist di iphone mereka termasuklah aku. *Noob gila kan. tau guna jer. Itulah yang orang akan cakap tapi biarlah orang nak cakap noob ke apa ke yang penting sekarang bila kita dah tahu sebaiknya kita share dengan semua orang supaya mereka dekat luar sana tahu apa kelebihan dah kekurangan wifi assist ini.

Selasa, 11 Oktober 2016

The Kabin, Pantai Remis, Kuala Selangor

The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Kuala selangor ini sememangnya menarik dan unik kerana bilik bilik disini dibina menggunakan recycled shipping container. Sekiranya korang nak buat private function, family day atau gathering, The Kabin adalah tempat yang sesuai kerana mereka menyediakan banyak kemudahan contohnya macam BBQ Alfresco, Swimming pool, bilik karaoke, multi function room, basikal, kayak dan Stand up paddling board, games room dan wifi
*Alfresco - outdoor/open air


The Kabin 
Cafe cum Reception
Perjalanan kitorang dari Kuala Lumpur ke The Kabin mengambil masa lebih kurang satu jam. Sementara nak tunggu kunci bilik aku sempat amek gambar facilities yang ada dekat sini. 

Parking lots
The Kabin menyediakan parking lots juga untuk in house guests, jadi tak perlu risau pasal parking sebab parking lots yang disediakan agak luas. 

Swimming pool 1.0
Swimming pool 2.0
Swimming pool. Masa sampai tuh memang ramai dalam pool ini tapi gambar yang aku amek ini keesokan harinya masa nak check out sebab tuh kosong jer.

BBQ Alfresco
inilah BBQ Alfresco tuh. Masa ini tengah getting ready nak bakar ayam, ikan dan kerang.Malam tuh makan memang kenyang sebab banyak gila. Thank you pada korang yang tolong bakarkan sebab aku turun dari bilik terus ngap jer. haha. oklah jom kita tengok bilik pulak.

Bilik 1.0
Bilik 2.0
Bilik 3.0
Bilik ini lengkap dengan mini fridge, TV, Astro, Coffee, Kettle, towels dan bathroom amenities. Bilik dekat sini ada beberapa kategori. Untuk maklumat berkaitan dengan jenis bilik dan harga korang boleh ke official website The Kabin. Dah tengok bilik kan. Sekarang kita pergi pantai pulak. Dekat jer dari the kabin korang boleh jalan kaki. Tak sampai 5 minit pon dah boleh sampai.

Pantai Remis 1.0
Pantai Remis 2.0
Terubat jugaklah rindu ini walau pon feeling dia tak sama dengan Pantai Chenang.hehe. Ingatkan tak ada orang dekat sini tapi rupa rupanya siap ade gerai jual goreng goreng, layang layang. best la jugak.

Basikal Sewa
Untuk pengetahuan korang, The Kabin ada sewakan basikal. Kalau tak silap aku RM10 sejam tapi tak pasti sebab kitorang memang tak tanya pon.


Best kan kalau petang petang lepak dekat sini. Boleh terlena ok dibuai oleh benda alah ini. Tapi sayang sebab aku discover tempat ini masa nak check  out. Tak sempat nak merasa. Kitorang check out awal dalam jam 9 pagi macam tuh sebab ada orang tuh kena kerja shift petang pulak. hehe. 


Nampaknya sampai sini sahajalah entry Edisi Travelog di The Kabin, Pantai Remis, Kuala Selangor. It was a great experience. Aku harap dapat join lagi outing yang macam nih in future. Oh yer! untuk korang yang bercadang untuk datang jangan lupa bawa mosquito repellent spray sebab dekat sini banyak blood suckers. hehe.

Isnin, 10 Oktober 2016

D' Sentosa Guest House, Pulau Langkawi yang sangat cantik dan selasa

Sepanjang aku berada di Pulau Langkawi, D' Sentosa guest house adalah tempat penginapan aku bersama keluarga selama 3 hari 2 malam. Masa yang agak singkat tapi kami sangat berpuas hati dengan tempat penginapan yang kami dapat. Mulanya memang agak curious jugak. "Betul ke rumah dia cantik macam dalam gambar ini?" itulah soalan yang bermain dalam kepala aku tapi alhamdulillah ianya memang cantik dan selesa.


Aku pernah update gambar ini di instagram and suprisingly ramai yang minta contact number. Ada yang aku bagi dan ada jugak yang aku terlepas pandang. Bila tengok balik komen yang dorang tinggalkan tuh dah berminggu minggu rasa macam dah terlambat sangat pulak nak bagi. Maaf ye korang.


Aku sepatutnya dah lama update pasal ini tapi gambar pulak hilang sebab terdelete dari phone nasib baik jumpa back up kalau tidak tinggal kenangan jerlah entry ini.hehe. Btw kalau korang nak follow instagram aku korang boleh klik lqmnzkria. Sempat promo.hehe. Oklah jom kita tengok gambar gambar yang aku dah captured untuk korang.


Inilah Guest House yang kitorang duduk tuh. Rumah dua tingkat, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Dua bilik dekat tingkat bawah dan satu lagi tingkat atas. 


Ini pulak ruang tamu. ada Sofa dan Tv 32', kalau korang takut tertinggal drama petang petang dekat astro tuh jangan gelabah ok. haha. sorry sorry! gurau jer. oh yer. dekat tepi rak pink tuh ada ruang kecil yang disediakan untuk korang korang yang nak guna seterika, Owner rumah ini ada provide Wifi jugak tapi sepanjang kitorang dekat sini Wifi tak boleh guna sebab ada masalah. pheww! Guna jerlah data sendiri lagi pon tengah bercuti kan. Lupakan sekejap wifi tuh. gituh


Dining area ala ala english style ok. Cantik kan. Kalau korang tengok sebelah kiri hujung tuh area dapur. Aku ingat aku dah amek gambar dapur tapi rupa rupanya yillek. Bilik atas pon aku tak sempat nak amek. Sorry yer tapi kalau korang nak tengok macam mana keadaan dapur dan bilik atas, bolehlah ke dsentosalangkawi.blogspot.my. Ok. sekarang ini jom tengok bilik bawah.





Macam yang aku bagitahu tadi, dekat floor bawah ada dua bilik tapi aku amek gambar satu bilik sahaja sebab dua bilik ini lebih kurang jer. Cuma yang satu lagi tak luas macam yang ini. Kalau korang ramai jangan risau  sebab dorang ada sediakan extra tilam dan bantal. Peralatan dapur pon lengkap, nak masak pon boleh. Jimat sikit duit belanja.hehe.

credit to www.dsentosalangkawi.blogpsot.my
Untuk lokasi D' Sentosa Langkawi Guest House, korang boleh tengok map yang aku share dekat atas ini dan sekiranya korang berminat untuk menginap di sini korang boleh contact Encik Rahim di 0194784300. Aku harap entry ini akan boleh membantu korang untuk memilih tempat penginapan yang selesa sepanjang berada di Pulau Langkawi. Selamat bercuti. hehe.

Sabtu, 8 Oktober 2016

A little makan makan with colleagues

Entry pasal makanan adalah antara entry yang paling aku excited nak share dengan semua orang sebab semua orang suka makan right? Ok! Hari ini department kitorang ada buat makan makan sikit. Kitorang kalau buat makan makan temanya mesti "Potluck". Always potluck!


Masa first tengok i was like "aku nak makan semua" tapi bila dah satu satu masuk perut hampeh nak habiskan semua. Kecundang jugaklah last last tuh tapi sempat lagi tapau satu tupperware makanan untuk makan dekat rumah. kahkah.


That bihun goreng dalam bekas biru tuh ya ampun memang sedap. Makan pulak dengan sambal bilis. Boleh pengsan hokeh makan sedap macam ini hari hari. Lepas tuh kari ayam pon tiptop. Nora bagi lima bintang untuk korang yang masak sedap sedap tuh yer. Macam mana nak kurus kalau asyik makan sedap jer. T_T


Makaroni bakar pon ada uolls. Untung dapat colleague yang tahu masak macam macam. Tak payah nak tempah orang luar kalau ada event. hehe. Selain makaroni ini, aku nak share satu lagi special dish yang ada which is cupcakes. Not just cupcakes okeh tapi Green Tea cupcakes. Healthy nau bunyinya kan. 


Tadaa! Inilah haa Green Tea Cupcakes tuh. Sebenarnya aku tak pernah plak dengar orang buat cupcake perisa green tea sebelum ini. Kalau minum green tea pernahlah. To be honest! i am not a fan, not that i hate it but it is not my cup of tea! Aku lebih rela minum green tea lagi. haha. Cakap pasal green ini aku nak kena panaskan air sebab nak minum Clenx tea sebelum tidur. Tadi dah makan macam kena rasuk sekarang kenalah clear kan balik kan. haha.ok guys. Assalamualaikum dan selamat malam.

Khamis, 6 Oktober 2016

Langkawi Escape - Pantai Chenang, Pulau Langkawi

Salah satu tempat yang wajib pergi kalau korang ke Pulau Langkawi adalah Pantai Chenang sebabnya dekat area ini ada pelbagai tarikan yang menarik. Kalau nak makan, kafe dan restoran memang banyak, nak beli ole ole pon senang sebab kedai berlambak lambak.


Kita tolak tepi dulu cerita lain, meh nak share sikit pengalaman aku dekat Pantai Chenang. Masa ini memang panas gila tapi berbaloilah juga pergi sebab gambar cantik. haha. Tapi kan walau pon panas orang tetap ramai. Sebelum sampai sini aku fefeeling nak mandi laut jugak tapi disebabkan panas yang amat, aku just strolling around the beach jer amek amek gambar sambil tunggu anak buah mandi air laut.



Dalam gambar tak nampak sangat kot panas tuh tapi serious aku cakap kalau korang mandi sekejap jer memang confirm jadi roti bakar. Aku ini dah la hitam, kalau sunburn terus orang cop aku warganegara lain. haha. Kitorang satu family lepak lepak sekejap dekat pantai ini, semua tak mandi laut pon kecuali anak buah. Budak budak kalau jumpa air memang pantang, panas ke tak redah je asalkan dapat main air.


Gambar last sebelum balik homestay. Indahnya ciptaan Allah ini kan. Walau pon aku bersepai jatuh atas pasir lepas amek gambar ini, aku tetap nak datang lagi in future. Insyaallah. hehe. Sesungguhnya maafkanlah aku sebab baru nak update cite pasal langkawi yang dah berzaman ini. Aritu gambar semua hilang. Nasib baik dapat recover balik. Untuk entry full Homestay, aku akan update nanti sebab ramai yang tanya pasal homestay yang aku duduk dekat Instagram. aku pernah update pasal homestay tuh di entry Langkawi Escape - D'sentosa Guest House, Gamat dan Laksa Kaw Ikan Sekoq tapi tak banyak kalau nak baca boleh singgah baca dulu kat situ yer.

Isnin, 3 Oktober 2016

Dengarkan PPAP versi RnB yang menyenangkan telinga korang

Korang mesti pernah dengar lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) ini kan. Viral dia lain macam sikit. Kalau dekat youtube tuh memang ramai yang cover. PPAP versi original ditonton lebih dari 38juta kali. WOW


Video yang dicover oleh orang ramai pon tak kurang hebatnya, maksud aku dari segi viewers la. Tontonannya mencecah lebih dari 1 juta. Aku tak tahulah kenapa boleh viral sampai macam tuh sekali. Ada yang suka dan ada jugak yang annoying bila tengok video PPAP ini tapi pada masa yang sama dalam kepala tuh dok nyanyi nyanyi sekali. haha. Tak nak cakap banyak lagi. Jom kita tengok PPAP Versi RnB ini.


Dah dengar ke belum? macam mana? ok tak? Pada aku versi ini senonohlah sikit kan dari yang original. Takdalah rasa annoying sangat bila dengar versi RnB ini.hehe. Kalau dorang buat full version pon aku masih lagi berminat nak dengar. Kalau korang cari lagu ini dekat youtube korang akan dapat dengar dan tengok macam macam versi lagi.

P/S : Jangan ada yang buat Ringtone sudahlah.kihkih