Isnin, 26 September 2016

Diskaun sebanyak 50% untuk pengguna LRT, Monorel dan BRT

16:27 10
Diskaun 50% ini sebenarnya bermula dari 16 September lagi tapi masih belum terlambat untuk aku share berita ini dengan korang semua. Sebagai seorang pengguna LRT haruslah aku happy sebab dengan diskaun 50% ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan aku. 

Credit to www.myrapid.com.my
Diskaun ini hanya valid untuk perjalanan bermula dari 6 pagi hingga 7 pagi sahaja (Weekdays) dan ianya adalah untuk "Cashless" users only. Kalau korang guna "Coin" tuh memang tak dapatlah. Kalau korang adalah salah satu pengguna Kad dibawah ini, korang layak untuk dapatkan diskaun 5067 ini.

  • MyRapid Card and Touch n' Go
  • MyRapid Smart 7
  • MyRapid Smart 30
  • MyRapid Concession Card - Senior Citizen, Student dan OKU
Diskaun 5067 ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang selalunya berlaku di waktu kemuncak antara jam 7 pagi hingga 9 pagi. Tawaran ini melibatkan laluan LRT Kelana Jaya, LRT Sri Petaling, LRT Ampang, Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway.

Credit to paultan.org
Walaupon aku kerja shift dan mungkin dalam masa satu bulan tuh aku hanya dapat  guna diskaun ini selama 6 hari sahaja, aku masih lagi dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk transportation. Mungkin sikit tapi berbaloi kot. haha. 

Siapa antara korang dekat sini gunakan LRT, Monorel atau BRT untuk ke tempat kerja? Apa pendapat korang tentang Diskaun 5067 ini? Sanggup bangun awal pagi untuk dapatkan 50% diskaun? Komen dekat bawah ok.

Sabtu, 24 September 2016

Dapatkan duit dengan menjawab survey di Ipanel Malaysia

00:49 6
Assalamualaikum.

Betul ke boleh buat duit dengan hanya menjawab survey secara online? Mesti ramai yang akan ajukan soalan macam tuh. Kalau nak diikutkan memang banyak sangat website yang offer bayaran yang lumayan untuk netizen sekalian alam dengan hanya menjawab beberapa survey di internet. Sebelum aku share dengan korang semua, semestinya aku akan cuba dulu samada ianya betul atau pon tak dan Alhamdulillah aku dah pon dapat bayaran dari website my.ipanelonline.com ini.


Aku dapat tahu pasal survey ini dari kawan pejabat. Mula mula tuh memang rasa macam "betul ke?" tapi bila dah cuba sendiri dan dah dapat pon duit rasa excited pulak nak buat lagi dan lagi. Yang paling best Zero Cost. Korang tak perlu pon nak keluarkan modal untuk jawab soalan yang diberikan.


Korang perlu kumpul mata untuk tebus duit ini. Paling sikit 1000 mata. Rasa malas sangat kan bila nak kena kumpul seribu mata dulu baru dapat tebus. Jangan risau! Ipanel Malaysia ini memang banyak sangat survey. Setiap hari ada jer survey yang akan masuk, korang kena rajin bukak website ini atau selalu selalulah check email. 


Sekarang ini, jumlah mata terkumpul aku ada 1718. Awal bulan september aritu aku dah tebus 1000 mata untuk dapat RM10. Haruslah try dulu kan mana tahu duit tak masuk atau ada masalah lain kan tapi alhamdulillah 2 atau 3 hari lepas tuh duit survey dimasukkan ke dalam akaun paypal aku.


Ada beberapa website lain yang aku tengah try sekarang ini. Insyaallah kalau yang lain tuh pon boleh dipercayai, aku akan share dengan korang semua. Sekarang ini kena rajin cari duit sampingan kalau nak harapkan gaji bulan bulan memang selalu tak cukup. 

Jumaat, 23 September 2016

Andainya Takdir by Anuar Zain - Video Muzik dan Lirik

19:00 3
Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Ahad, 11 September 2016

Mykad hilang! Peringatan untuk semua

08:50 10
Assalamualaikum.

Ingat lagi tak entry Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (MyKad) yang hilang? Entry itu aku share dengan korang semua bulan dua tahun ini which is masih baru lagi kan. Guess what? Kali ini MyKad aku hilang for real. Hilang pulak time akaun bank tengah berhabuk. Satu malam cari tapi hasil dia nan hado.

Yang parahnya bukan MyKad jer hilang tapi dompet, duit, kad bank dan lain lain pon tak ada. First thing aku buat, aku rushed ke balai polis untuk lodge a report tapi malangnya malam tuh balai polis tutup. Malas nak fikir negatif aku terus balik rumah lepas itu aku call bank untuk block semua kad bank yang ada *satu jer pon ada actually.haha.

Masa itu dah nak dekat midnight, besoknya plak aku kerja shift pagi. Jadi aku decide untuk buat report polis lepas balik kerja. Walau pon MyKad korang hilang bukan sebab kena rompak, you guys still kena buat report sebab kalau apa apa jadi nanti korang ada prove yang MyKad korang hilang.


Nasib baik ada UTC dekat area aku ini, ,kalau tak mereput jugaklah nak ulang alik jauh jauh untuk selesaikan isu Mykad hilang nih.Sekali lagi aku nak ingatkan semua termasuklah aku sendiri. Jagalah Mykad sebaik yang mungkin kalau tak nak duit melayang. Dompet hilang duit hilang lepas tuh nak buat Mykad baru pon nak guna duit. Tak pasal pasal duit melayang berganda ganda.huhu.