Rabu, 25 Mac 2015

11 iklan yang masih menapak di blog Luqman Zakaria

Assalamualaikum.

Berabad dah rasanya tak update pasal iklan nuffnang. Alhamdulillah walau pon dah lama tak update entry masih ada lagi iklan yang running dekat blog. Tak sangka pulak yang blog ini masih lagi releven untuk diletakkan iklan. Thanks to advertiser yang tak putus putus bagi support dekat blogger yang joined nuffnang. 


Kalau nak diikutkan bulan march nih aku baru jer start update entry dua tiga hari lepas, tapi iklan tetap jugak masuk. terbaiklah nuffnang. oklah semua. aku dah tak tahu nak cakap apa dah. mata pon dah layu nih. almaklumlah tengah tengah malam baru nak update entry kan. bai bai.



Sabtu, 21 Mac 2015

Drama bersiri Mat Salleh yang menjerat hati gua.

Pfft..Takleh blah tajuk entry tapi hakikatnya memang macam gituh. Entry nih sebenarnya nak share dengan korang semua tentang drama bersiri omputeh yang aku tengah layan sekarang. Kalau nak diikutkan memang berdozen dozen tapi aku share sikit sikitlah mana tahu drama drama yang aku share nih boleh menjerat hati korang pulak kan. boleh jadi geng nanti.haha

Pretty Little Liars. Citer nih dulu ditayangkan kat 8TV. Time tuh memang tak ada citer lain yang best kat tv. So, aku layankan jer citer nih. First episode season one. Hmmm..Sekali tengok dah rasa membuak buak pulak hati nih nak tengok lagi tapi masalahnya aku bukannya selalu ada kat rumah nak tengok. kalau kat kolej or rumah sewa time belajar dulu tak ada tv. terpaksa batalkan niat aku.

Selasa, 10 Mac 2015

Pencarian bilik sewa baru. Mission accomplished!

Assalamualaikum.

Hidup di bandaraya kuala lumpur yang serba serbi memerlukan duit nih memang susah nak cari bilik sewa yang murah apatah lagi rumah sewa kan. Paling paling cinonet pon dalam seribu lebih satu rumah, kalau dapat yang lagi murah dari tuh memang rezeki koranglah. Lepas tuh, kalaulah..dapat rumah sewa yang korang mampu nak bayar bulanan, macam mana pulak dengan deposit. Ribu riban plak diperlukan. pergh. duit macam air. menyusur pergi tanpa arus. haha.

Nak dijadikan cerita, dulu..lepas dapat kerja dekat KL nih, aku mengelupur cari bilik sewa. Bila dah dapat kerja tuh mestilah nak kena ada tempat berteduh kan. Cari punya cari jumpa satu tempat nih dekat Pandan Jaya. Kalau dikutkan lokasi tempat tuh dah memenuhi syarat yang diperlukan tapi yang malangnya kena share pulak satu bilik tuh dengan kaum adam yang lain. 

At first memang aku tak nak share bilik. Giler kau nak stay dengan stranger and tidur pulak dalam satu bilik yang sama. kalau share rumah jer takpa. ini bilik ok. nak tinggalkan bilik pergi kerja tiap tiap hari pon risau kalau kalau barang berharga kena rompak dengan roommate sendiri. Kalau aku utarakan statement nih dekat siapa siapa mesti ada yang cakap "apa susah,,kau janganlah tinggalkan barang berharga dalam bilik..bawak sekali dengan kau pergi tempat kerja". Hello..barang berharga yang aku ade nih bukan cuma seketul cincin diamond yang sekangkang kera tuh jer ok tapi banyak lagi benda benda lain. Takkanlah nak angkut satu beg besar pergi office. larat ke kau.

Tapi disebabkan dah kesuntukan masa aku tetap redha dan pasrah dengan keputusan yang aku buat. Aku stay kat rumah sewa tuh. Walaupon dugaan yang aku terima lagi teruk dari drama tv yang kita dok tengok petang petang tuh, Aku tetap bertahan selama lebih kurang setahun. Bertahan selama tuh pon sebab orang yang share bilik dengan aku tuh yang keluar dulu. 

Bila roommate dah keluar dulu, aku stay sorang jer lah kan. Seriously memang selesa gila, aku siap offer nak bayar lebih dekat owner rumah tuh sebab tak nak share bilik dengan orang lain tapi biasalah kan kalau dah jenis yang mata duitan memang tak boleh nak kata apa dah, Dia tak nak. Tak nak tuh dah satu hal, boleh pulak time tuh jugak die bagitau aku yang dia nak cari lagi  tiga orang penyewa lain untuk disardinkan dalam bilik tuh. Tak ke gila satu bilik nak bagi empat orang duduk. kau ingat ini asrama sekolah? Nak tak nak, aku tetap juga kena mengalah sebab dah sah sah tuh rumah dia kan. lantaklah dia nak buat apa. Terpaksalah aku cari bilik sewa baru.

Fuh!..to make it short, after beberapa minggu cari bilik sewa. Finally, aku jumpa one the house yang nearby melati LRT Station, dekat tuh tak adalah dekat sangat but convenience jugaklah untuk aku gerak pergi kerja. well that's it fo now. Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca entry ini.hasta la vista everybadeh!