Sabtu, 28 September 2013

Rezeki Nuffnang bulan September dan Isu rumah sewa

01:24 68

Assalamualaikum.
Rezeki masing masing dan alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab bulan september nih aku dapat CPUV banyak sikit berbanding bulan bulan yang lepas. Walau pun pada orang lain ianya agak poyo untuk dikongsikan, aku rasa perlu jugak kita share benda benda macam nih dengan orang lain. bukannya untuk menunjuk nunjuk atau riak tetapi  sebagai pembangkin semangat supaya kita lebih berusaha di masa hadapan. Aku tengok ramai yang down bila CPUV dorang sikit lepas tuh terus berhenti blogging.


Aku pun pernah rasa down sebab berbulan bulan tak dapat CPUV tapi aku takdelah sampai berhenti blogging. Blogging nih Fun. boleh dapat ramai kawan dan aku excited bila ada yang singgah baca entry dan bagi komen. Aku mengaku yang blog aku nih pon bukannya best, entry pon banyak yang syok sendiri sebab tuhlah aku tak kisah walau pun side income kat nuffnang tak berapa nak masyuk. kalau ada alhamdulilah rezeki.



Yang ada dalam kotak biru tuh semuanya CPUV untuk bulan september. Alhamdulillah bulan nih banyak pulak dapat. CPUV untuk bulan may, Jun dan Ogos pun masih ada lagi  yang tengah running. Aku pernah cash out dulu, tak banyak tapi lepaslah jugak untuk buat belanja makan aku dua tiga hari. Kalau boleh yang second nih nak kumpul banyak sikit baru cash out.

Sekian sahaja untuk Nuffnang. Sekarang nak buat sesi luahan hati pulak. Beberapa hari yang lepas aku pergi interview dan berita baiknya aku dapat kerja tuh. bersyukur sangat walau pun kerja biasa biasa tapi oklah dari tak keja kan. Masalahnya sekarang aku masih belum jumpa rumah sewa.


Mula keja hari selasa tapi rumah sewa tak ada. Kalau boleh nak yang dekat dengan tempat kerja, area kampung baru ke. Aku dah contact member aku tapi rumah dah full. Besok kena call balik sebab dia cakap nak tanya housemate dia yang lain. kalau tak dapat terpaksalah cari lain. Sekarang duduk rumah abang aku, kalau nak ulang alik sini ke tempat keja susah sebab takde transport. kalau nak naik teksi memang tidaklah. sekali naik dah RM1O. sebulan pulak berapa? haishh..tak mampu.tak mampu. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. doa doakan sama yer korang. Tak nak tolak offer kerja tuh sebab susah nak dapat kerja dan gaji yang boleh tahan sekarang nih. 

Rabu, 25 September 2013

Dunia Vlog : Shazreen Fazlynda

14:43 67
Assalamualaikum.
Sebelum nih dah banyak entry berkenaan dengan travelog dan juga projek makan makan. Jadi, hari ini aku nak berkongsi berkenaan dengan Vlog. Melibatkan diri dalam dunia Vlog sebenarnya agak susah dan mencabar sebab memerlukan idea yang boleh menarik minat orang ramai untuk menonton dan terhibur dengan yang yang dilakukan. kalau kita nak buat vlog, dengan topik yang biasa pon akan jadi menarik kalau kita pandai olah dan selitkan unsur unsur kelakar contohnyalah.


Selain dari idea, keyakinan diri juga amat penting. Kita perlu bercakap dalam video dengan penuh confident barulah penonton rasa best kan. kalau buat video cakap pun malu malu meow. memang taklah aku nak tengok.Lagi satu, bila kita Upload video, gambar ke laman media secara tak langsung orang lain boleh nampak. betul tak? jadi apa apa yang berlaku in future kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.cehhh! sebab apa? Sudah menjadi lumrah. apa sahaja yang kita buat akan ada yang suka dan sebaliknya. Kutukan, pujian, cadangan serta pendapat orang lain kita kena terimalah. Mungkin susah untuk terima lebih lebih lagi kutukan tapi at least kita kena tahu macam mana nak handle.sekian.

Done Intro jer. Sekarang Isi pulak.haha. 

Anwar Hadi, Matlutfi, Maria Elena merupakan vlogger yang dikenali ramai dan rasanya tidak perlu diceritakan dengan lebih terperinci tentang kehebatan mereka semua dalam dunia vlog. betul tak?  Selain daripada mereka, aku tertarik dengan vlog yang dihasilkan oleh Shazreen Fazlynda. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Shazreen Fazlynda, apa kata kita tengok dulu vlog terbaru yang dihasilkannya.


Ragam Muka Buku


Shazreen Fazlynda hang memang terbaik! Aku dah dua kali ulang tayang video nih. Belum video video lain lagi. Tapi problem dia, Shazreen fazlynda jarang update video tapi kalau sekali update video mesti kaw kaw punyer kelakaq.Sekarang nak share video lain pulak berkenaan dengan Break Up. macam mana caranya nak atasi masalah putus cinta. 

Women of steel: Lets Handle Break Up with care


Gwiyomi AMEKAU


Video gwiyomi AMEKAU memang kreatif sebab dalam video nih bukan sahaja pasal gwiyomi tetapi tentang cara cara untuk jadi lebih cute, sihat dan mempunyai fizikal yang menarik dengan mudah.hehe. Menariknya kebanyakan video yang dihasilkan melibatkan ramai pelakon tambahan. Sudah pasti ianya lebih wow kan sebab semua yang terlibat memang sporting habes.

Jatuh


"Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan hikmah, kita cuma perlu kuat untuk hadapinya" itulah yang cuba disampaikan dalam video "Jatuh" dan yang pasti unsur kelakar mesti ada. Aku harap Shazreen Fazlynda akan terus buat video video macam nih untuk masa akan datang. Aku ada baca komen peminat vlog Shazreen Fazlynda yang mahukan beliau teruskan ber-vlogging. "Insyaallah" katanya sebab sekarang nih beliau sedang sibuk dengan exam. Semoga sentiasa success untuk Shazreen Fazlynda.

Untuk menonton semua video yang dihasilkan oleh Shazreen Fazlynda sila klik SINI.
Korang juga boleh like fanpage Shazreen Fazlynda (Pinkmarbless) di SINI.

Sabtu, 21 September 2013

Percutian di Pulau Kapas, Terengganu

20:37 74
Assalamualaikum.
Untuk Edisi Travelog pada kali ini, aku ingin membawa korang semua menjelajah Pulau Kapas yang terletak kira kira 6 kilometer dari persisiran pantai Marang, Terengganu. Mengambil jurusan pengurusan pelancongan ketika belajar dahulu memberi peluang kepada aku dan kawan kawan menjejakkan kaki di Pulau Kapas untuk merasai sendiri pengalaman menyelam dan meneroka hidupan laut yang sangat awesome.


A beautiful Kapas Island


AIr yang jernih dan bersih menjadikan pulau kapas salah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti snorkelling. walaupon aku tidak tahu berenang, Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 


Nawi, Zaki & Hafiz


Rasanya tak perlu describe kegembiraan dorang.tengok muka semua pon dah tahu.


Semua orang menikmati aktiviti snorkelling termasuk aku tapi kesian juga pada diri sendiri sebab terpaksa berpaut pada tali bila nak snorkelling dengan reaksi muka yang tidak boleh digambarkan. Aku pernah buat buat pandai berenang tapi ibu jari kaki terkena duri landak laut pulak. Alhamdulillah tak ada apa apa. 


Masih mampu feeling feeling titanic seorang diri walaupon kaki mengalami sedikit kecederaan. Sebenarnya tengah kecewa masa nih, jeles tengok kawan kawan berenang bebas di lautan biru. Aku pulak terpaksa duduk atas bot sambil tengok mereka mereka semua kuak kupu kupu dalam laut mencari ikan duyung yang cantik macam Neelofa. eh! dan akhirnya kitorang jumpa ikan duyung itu. tapi tak sama pun macam Neelofa.


Comel jer kan.

Aktiviti snokerlling dilakukan sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tanning session pulak sepanjang hari. hehs. Apa yang boleh aku conclude, aktiviti ini sangat memenatkan tapi pada masa yang sama ianya menyeronokkan. Sebelum meninggalkan Pulau kapas, Kitorang bergambar secara berirama (Ramai ramai) untuk kenang kenangan.



kitorang stay di pulau kapas selama satu hari sahaja dan selepas itu meneruskan jelajah ke Masjid Kristal, pekena nasik kukus dan shopping keropok losong di terengganu. Aku harap entry ini cukup untuk meyakinkan korang bahasawanya Pulau kapas juga merupakan salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Khamis, 19 September 2013

Review Produk: L'oreal Men Expert White Activ Anti Spot plus Oil Control Charcoal Foam

14:22 52

Assalamualaikum.
Adek adek, kakak kakak dan abang abang sekalian. Ini adalah entry mereview produk hokeh. Aku pon mampu buat review produk untuk kulit muka walau pun kulit aku tak segebu kulit Aaron Aziz. As mentioned above, produk yang aku guna untuk penjagaan kulit muka adalah Loreal Men Expert White Activ Anti Spot plus Oil Control Charcoal Foam. 


Tak boleh panjang lagi ke? haha. Jangan marah aku. Sudah ditakdirkan nama dia macam tuh apa aku boleh buat kan. Sejujur dan sesuci embun pagi, Kulit muka aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Dulu kalau tengok cermin mesti pejam mata. macam mana tuh?. Sekarang tak ada cermin pun boleh terbayang muka sendiri sebab tak sangka produk ini berkesan untuk kulit muka aku.


White Activ Anti Spot + Oil Control mempunyai tindakan magnetic untuk menangkap kotoran dan juga minyak dimuka. Itu adalah salah satu kebaikan produk ini. Apakah manfaat lain yang boleh kita dapat? mai nak habaq sikit.
  • Memastikan kulit dibersihkan dan kotoran yang dibasuh keluar.
  • Menjadikan ianya bebas dari sel sel mati dan sebum yang berlebihan.
  • Anti Shine : Menjaga kulit supaya segar sepanjang hari.
  • Anti Dullness : Menjadikan kulit lebih sihat.
  • Anti Spot : Melawan jerawat, mengurankan bintik hitam dan liang diluaskan.

No Filter. Sebelah Kiri Before dan sebelah kanan selepas.

Sebenarnya dah lama jugak guna loreal nih tapi bukan tenyeh kat muka hari hari sebab malas.haha. Benda nih kene rajin dan selalu pakai kalau malas macam aku. lambatlah kesan dia. Macam gambar SELEPAS tuh. bukan OK sepenuhnya lagi tapi alhamdulillah kulit dah semakin baik. 

Rabu, 18 September 2013

Pre Graduation Dinner di Royal Kedah Golf Club

00:13 51
Entry berantai : Kenangan Manis kau dan Aku

Assalamualaikum.
Aku ingat lagi awal awal semester dulu. Semuanya feeling "Aku paling HOT kat kolej nih" lebih lebih lagi pelajar perempuan. Ramai jugak yang vogue. Siap ada yang pakai bulu mata palsu dan sepatu lady gaga  pergi kolej. Sungguh bergaya dan berkeyakinan. Bulu mata bersepah kat lantai pon tak perasan. Betul aku cakap. Aku dengan kawan kawan pernah jumpa bulu mata ala ala rozita che wan kat dalam library. Itu belum citer pasal contact lens lagi. fuh. gasak betul. takpe. PTPTN kan adooo.

Itu semua cerita awal semester. Bila dah masuk semester kedua dan seterusnya mereka semua mulai insaf dan hidup dengan cara yang sederhana. Make up dah kurang. penggunaan heels dah kurang.mereka cuma pakai flat shoes jer. tudung pon ada yang senget. Pelajar lelaki pon sama. kalau awal awal dulu skema tapi bila dah lama lama tuh . main taram jer.kadang kadang baju kedut pon pakai jer pergi kolej. Stress agaknya. tak ada masa nak fikir pasal penampilan. 

Bila semuanya dah berakhir. Exam pon dah tamat. Kitorang semua meraikannya dengan mengadakan Pre Graduation Dinner khas untuk Tourism Management Student. Temanya Red and Black. Dinner pada kali ini diadakan di Royal Kedah Golf Club. Semuanya bergaya sakan. Mari kita propaganza gambar gambar dulu.


Beberapa pelajar perempuan bersama lecturer kami. Macam inilah jadinya kalau Kamera banyak sangat. Tak tahu nak tengok yang mana satu.haish.


.Sheda.Gee.Cheq.Ana.Saffa.Tila.


Gambar Budak budak kelas bersama lecturers. Satu jer nak cakap.Huru Hara.

Pada entry yang lepas aku ada kongsikan gambar peserta best dress. So untuk entry kali ini aku nak reveal pemenangnya. hehe :) Yang menariknya peserta best dress dikehendaki untuk pose and catwalk dengan gaya yang tersendiri dan dua perkara tersebut mempengaruhi keputusannya. tahniah buat kedua duanya. King and Queen of Best dress.


Untunglah uolls kan. menang. tak sia sia misi mencari baju paling vogue kan.

Bila dah namanya dinner semestinya akan ada makanan tapi sayangnya tak sempat snap snap gambar makanan sebab dok kalut buat benda benda lain. Sambil makan tuh ada diselitkan beberapa buah persembahan yang sangat best.



Junior kitorang pun ada buat persembahan dan mereka juga ada buat suprise. Dorang buatkan montage gambar gambar kitorang and nyanyi nyanyi bagai dalam gelap sambil pasang lilin. Sweet sangat. Nasib baik tade kebakaran yang berlaku.haha. Sebelum mengakhiri entry pada kali ini..terimalah setempek gambar lagi. 


gambar last nih bertujuan untuk promote Instagram.muahaha. senang senang followlah yer.

Ahad, 15 September 2013

Header dan outfit baru behind the scene.

21:45 57
Assalamualaikum.
Belum sampai seminggu dah nak tukar header blog baru ke? haha. Itulah masalahnya kalau terlampau rajin. Walau apa pun Jutaan Terima kasih aku ucapkan kepada blogger blogger yang memberi maklum balas positif berkenaan perubahan layout blog aku di entry AREPNAKBEBEL SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN KECIL. 


Header diatas ini pada aku yes! ianya smooth dan penggunaan warna pulak tidak terlalu bright. Gabungan warna pastel di abjad "LZ" menyerlahkan header. *tak malu betul kan puji header blog sendiri kan. Obses pada warna Kelabu, hitam dan putih membuatkan aku terlebih rajin untuk create another header for future use tapi tangan nih dah gatal sangat nak try tukar. terus melekat.tak nak ganti yang lama balik dah.huhah.


Before.


After.

Yeah! Header baru. Seperti biasa Editing dibuat menggunakan Photoscape. Gambar yang aku gunakan untuk header pula adalah gambar yang aku snap dekat Bayu Marina Resort. Oklah. Sekian untuk Header baru.

Sekarang nak cerita pasal Outfit baru. Pada 21 September 2013 akan datang aku akan menghadiri satu temuduga. Sejak dah bambam overdose nih. takde baju pulak nak pakai pergi interview. Nasib baik ayah aku jahitkan. kalau tak mesti nak kena keluar duit beli baju baru.



Disebabkan oleh entry ini adalah entry BTS, jadi official baju belum dapat ditunjukkan lagi. Hopefully it will fit me good bile dah siap nanti. Aku harap interview nanti akan berjalan dengan lancar sebab for sure akan ada ramai orang kat sana.fuh. 


Wish me luck guys.hehe.

Sabtu, 14 September 2013

arepnakbebel.com selamat menjalani pembedahan kecil

07:06 52

Assalamualaikum.
Untuk kali ke berapa entah, aku melakukan perubahan pada blog arepnakbebel.com. Pada awalnya aku nak buat perubahan drastik tetapi disebabkan kejakunan terhadap aktiviti coding, aku tak mampu nak buat apa apa. Lagipun sejak bila entah, template "HTML" tuh berubah rupa. Aku lupakan hasrat suci dan murni aku tuh dan ubah sahajalah apa apa yang boleh asalkan tak sama macam dulu.


Throwback

#Headerblog
  • Seperti biasalah kalau header blog semua nak letak gambar sendiri. Normally orang letak satu keping gambar sahaja tapi aku kalau boleh nak letak sebanyak keping yang boleh. Blog URL dan Nama sememangnya akan ada tak kiralah aku ubah header empat puluh kali sekali pun. 

#TabMenu

  • Tab menu tuh masih dalam keadaan normal. Cuma ada "Home" dan juga "Contact". Kebiasaannya tab menu orang akan letak kat situ kan. aku tak reti nak edit bagi grand grand, so aku guna sahaja apa yang disediakan oleh blogger.com. header blog tak guna banyak warna. oleh sebab itu, aku pilih warna biru untuk dikacupkan dengan grey. kalau dibiarkan putih tak cantek sebab nanti ruang yang ada kaler biru tuh akan nampak kosong.

#Background

  • Pada asalnya aku nak gunakan warna putih, tapi kalau guna putih pada aku tak berapa nak cantik sangat sebab bila putih kau kacup putih akan jadi putih *apa aku cakap nih dan blog tuh akan nampak macam terlalu banyak ruang ruang kosong. Aku pulak memang tak reti nak main warna. Jadi, aku letak hitam sahaja sebabnya nak matching kan dengan tajuk widget. main matching matching pulak kan.

#PostTitle

  • Post title ini biasalah. Tajuk haruslah besar sikit tulisan dia berbanding dengan tulisan isi. so aku pilih Font yang tebal. Warna pulak hitam. #semuanakHITAM.
Siap ada penerangan lagi. Itu adalah sedikit ulasan kenapa blog aku rupa dia macam gituh. tapi itu yang lama punya. Sekarang ini aku nak propaganza layout baru blog arepnakbebel.com pulak.


#Headerblog
  • Untuk header yang baru ini, aku masih lagi gunakan tema yang sama macam dulu. black and white dan sidikit warna pastel digunakan untuk menaikkan seri. bukan wajah sahaja yang perlukan seri hokeh. yang paling tak boleh blah, gambar sendiri nak jugak diselitkan. tapi kali ini tak overlah macam dulu.letak sekeping sahaja itupon rendah diri sikit .aku blur blurkan. *guna photoscape jer.tak reti nak guna photoshop. sigh.

#Tab Menu

  • Untuk yang latest ini, tab menu aku dah upgrade. Edit sikit sikit dan gunakan coding hadek hadek lepas tuh tempek kat blog tapi aku tak letak kat bawah header sebab terlalu mainstream letak situ. *padahal sebab tak banyak..awkward lau letak bawah header.kesian pulak dia duduk situ sekor sekor.

#Background

  • tak mau guna warna hitam dah. Guna warna pastel pulak. #pastelkegituh? warna warna smooth nih kalau guna tak sakit mata bila tengok lama lama.

#PostTitle

  •  Blog Title untuk perubahan pada kali ini, aku gunakan Font yang berbeza dari yang sebelumnya iaitu "Josefin Slab". Font  ini yang lebih halus tetapi Size dibesarkan kepada 28px. Pada pendapat aku, walaupun font ini tidak tebal tapi masih lagi sesuai dijadikan tajuk untuk sesebuah entry. Nampak lebih Smooth dan lebih cantek.
Haaa.tudia. kau mampu buat review untuk blog sendiri? haha. walau apa pun aku masih perlukan pendapat daripada orang lain especially dari followers dan pembaca arepnakbebel.com yang selalu singgah dan komen semua entry entry di blog ini. Kadang kadang tuh kita tidak pernah nampak kesilapan kita. jadi, kongsikanlah pendapat korang mengenai layout blog yang baru ini. tapi ingat! pendapat itu seharusnya pendapat  yang membina bukannya pendapat yang kosong dan mengaibkan.


Rabu, 11 September 2013

Antara yang menarik dan TERBARU di LEGOLAND Malaysia - Kemunculan Lego Star Wars -

14:48 63
Pada awal tahun 2013, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di LEGOLAND Malaysia untuk meneroka sendiri dunia imaginasi kanak kanak yang semestinya memberikan kepuasan maximum kepada Keluarga dan kanak kanak yang berumur 2 - 12 tahun. Mungkin pada mereka yang lebih Remaja merasakan LEGOLAND adalah lokasi yang tidak sesuai untuk mereka tetapi bagi kanak kanak, LEGOLAND adalah dunia kedua mereka yang sangat menyeronokkan.


LEGOLAND Malaysia, 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250

Contact : 07-9578888
Email : info@legoland.my


Antara yang menarik perhatian aku, kanak kanak yang berkunjung di Family Theme Park ini, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti yang kebanyakannya dilakukan oleh orang dewasa seperti mengambil Ujian memandu, bermain jetski, bersaing dalam jousting tournament, mereka bentuk robot LEGO dan lain lain lagi. 



Ramai kanak kanak yang memandu. Mereka memandu dengan cermat. kalau korang sendiri tengok situasi ini sendiri. korang boleh nampak betapa seronoknya dorang. 




Cube tengok reaksi kanak kanak yang duduk dalam kenderaan police tuh. Kemain seronok. itu adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga bersama anak anak. Pandu kenderaan dan lepas tuh padamkan api di bangunan yang terbakar. *bukan api betullah. LEGOLAND Malaysia dibuka pada 15 September 2012, masih lagi baru tapi mendapat sambutan yang menggalakkan. Di LEGOLAND pun ada Airport. jangan main main. Bila dah penat main mestilah lapar kan. jangan risau sebab dalam LEGOLAND ini juga disediakan restaurant. salah satunya adalah Market Restaurant.



Aku tak dapat nak berkongsi pasal harga makanan dalam LEGOLAND ini sebab kebetulan aku keluar dari LEGOLAND waktu lunch. jadi, aku lunch di luar Taman Tema. Terdapat satu Mall berhampiran dengan Legoland iaitu Mall of Medini. Aku ke Restoren Briyanis untuk makan nasi beriyani dengan staff ofis. aku pernah update pasal restoren ini pada entry yang lepas. korang boleh Klik BRIYANIS untuk baca entry tuh. Sekarang aku nak sambung penerokaan dunia Imaginasi kanak kanak ini.

Tempat yang paling menarik minat aku adalah MINILAND. Teruja dengan hasil kerja yang sangat teliti oleh mereka. Dalam Edisi TRAVELOG yang sebelum ini aku pernah muat naik gambar gambar Miniland yang menarik untuk tatapan pembaca. Korang boleh klik MINILAND DI LEGOLAND, NUSAJAYA. Untuk entry kali ini aku masih lagi ingin berkongsi gambar gambar yang terdapat di MINILAND dan yang pasti ianya adalah gambar yang berbeza dari entry yang lepas.


Bangunan Sultan Abdul Samad


Masjid Jamek


Monorail

Ini sahajalah gambar yang sempat aku ambil melambangkan negara kita, Malaysia . Banyak lagi yang mereka hasilkan dengan hanya menggunakan LEGO. Gambar gambar selebihnya adalah mercu tanda untuk negara negara lain.




Menarik kan. Untuk pengetahuan semua, LEGOLAND Malaysia mempunyai tarikan yang terbaru yang mungkin akan menarik minat anda untuk berkunjung ke sana lebih lebih lagi peminat tegar Filem Star Wars.

Untuk maklumat lanjut korang boleh Klik poster atau klik STAR WARS

"Miniland is all geared up for its new role as gateway to a parallel universe! From tomorrow, feast your eyes on this first-of-its-kind LEGO Death Star model display, measuring 6 metres in height and made from than 750,000 LEGO bricks! With 10,000 special glow-in-the dark tiles used on the LEGO model as well, fans are ensured of a fantastic night view!" - facebook LEGOLAND Malaysia.

Sebelum aku tamatkan entry ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan LEGOLAND Malaysia kerana bakal menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 15 September akan datang. Sedar tak sedar, rupa rupanya sudah cukup satu tahun LEGOLAND beroperasi di Nusajaya. Terima kasih kerana sudi membaca dan kita berjumpa lagi untuk Edisi Travelog akan datang. Insyaallah.

Ahad, 8 September 2013

Doorgift untuk majlis kahwin.

22:51 61
Assalamualaikum semua.
Entry kali ini inspired by Mister Zarif sebab tadi aku propaganza blog beliau dan tertarik dengan entry Review Doorgift Berkat DN Enterprise. Sebelum zaman aku akil baligh, mak aku pernah bawa pergi majlis kahwin anak anak kawan dia, dari jauh lagi aku nampak hakak hakak feeling penyambut tetamu MAS sibuk edarkan bunga telur. Bunga telur semuanya nak yang meleTOP..colourful pulak tuh tapi aku tak excited sangat sebab yang menarik perhatian aku cumalah hakak itu..eh! maksud aku telur rebus yang tergantung dalam jaring yang jarang kat bunga tuh.



Lebih kurang macam tuhlah bunga telur tersebut. Tapi revolusi telur ayam telah berlaku dan telur ayam sebagai doorgift mula disisihkan dan cakelat (gula gula) pulak yang amek alih. Sejak itu, setiap kali mak atau abah aku balik dari kenduri kahwin, aku cuma akan dapat 4 atau 5 biji cakelat berbeza perisa.aku sungguh kecewa.*siapa nak kahwin nanti sila bagi doorgift telur burung Unta.mesti meriah.

Revolusi demi revolusi berlaku, cakelat juga disisihkan. Makanan menjadi terlalu mainstream bagi mereka untuk dijadikan doorgift. Untuk memberikan kelainan.. Bantal, tuala kecik, cawan kecik dan lain lain pula menjadi pilihan untuk dijadikan doorgift. sebab itulah aku tertarik dengan entry Mister Zarif sebab ada lagi mereka mereka yang menjadikan makanan sebagai doorgift. 

Majlis kahwin kakak aku dulu bagi biskut comel *omnomnomnom* kepada semua tetamu yang datang. Biskut tuh pulak diletakkan dalam tupperware yang sangat gwiyommi. 


Ada tiga jenis biskut. ada biskut ikan. ada biskut kaler kaler. ada biskut panjang. Jenuh nak isi satu satu tupperware. Tapi tak perlu risau kitorang upah agent untuk isi semua biskut biskut gwiyomi nih.hehe..Yang paling syok biskut ikan.saya suka saya suka.


Iklan ini dibawakan oleh Apple Lady. Making Life Better.

Kakak aku decide nak letak biskut dalam tupperware sebab benda macam nih takkan habes. Mungkin biskut biskut itu habes ditelan tapi tupperware orang akan simpan. Kalau bagi cawan kecik or bantal cute dorang boleh simpan jugak tapi terperap dalam almari sebagai perhiasan..kalau tupperware orang akan guna. letak apa apa macam garam ke. gula ke. bagus kan. 

Zaman sekarang nih macam macam orang bagi sebagai doorgift. Ada orang pernah cakap kat aku masa dia pergi majlis kahwin, tuan rumah bagi sudip kayu. lepas dapat sudip tuh terus balik rumah masak ayam kicap tapi kena beli kuali baru. Alah kuali yang femes tuh. Kuali tahan segala macam. tahan karatlah.kalau goreng telur.telur tak melekat kat kuali. haaaa.kuali macam tuhlah..baru sesuai nak guna dengan senduk kayu.macam kuali kat bawah nih.kuali tidak melekat.katenya.


Motif masukkan gambar ayam goreng dalam kuali? Motifnya adalah untuk tunjukkan kepada anda semua contoh Sudip yang boleh dijadikan doorgift.tak perlu susah susah.ikat riben kat hujung sudip cantek cantek.lepas tuh bagilah seorang satu. Bagus bagi Sudip or senduk nih.barulah guest guest yang datang tuh sentap sikit lebih lebih lagi yang tak tahu masak. takkan nak simpan dalam lemari (almari) kot.kan. Kalau ade siapa siapa yang baca entry ini lebih lebih lagi bakal pengantin, mungkin boleh gunakan idea tupperware tuh sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan mereka. nak guna idea sudip or senduk pon boleh.hehe.