Khamis, 21 Mac 2013

Forever Alone bersama Java Chip dan Bluberry Bliss.

21:36 20
Langit yang awalnya cerah kini mula kelabu dengan tiba tiba menandakan  hujan akan mula membasahi bumi. Perasaan ini mula berdetik dan tanpa ragu ragu aku mulakan langkahku meneruskan perjalanan pulang..*errr..kakulah nak tulis entry ala ala Novel nih..kroh..kroh..

Hujan dah turun tapi aku sempat sampai di monorail.Tapi kalau aku balik terus pon bukannya boleh sampai rumah sebab hujan lebat. so, aku pon pergilah ke Times Square, boleh singgah kat Starbuck and usha usha apa yang ada untuk ditapau. Walaupon dalam dompet nih cuma ade 20 hengget. tapi aku tak perlu risau. dengan adenya kad starbucks yang baru aku dapat arituh bersama dengan RM50 isinya.aku mampu untuk minum kat Starbucks yg kurlass tuh.eh! Thank you Daun keladi kepada yang bagi. ehem..


You see. Starbuck punyer card yang aku dapat nih macam kecik sikit dari yang biasa..masa buka envelop arituh aku pelik, kenapa kosong jer envelop..tapi bila godek2..eh! apsal kosong nih..nak main mainkan aku ke hape..tapi rupanya ade isi..kecik pulak tuh..kad die macam kiut kiut. and boleh gantung2 sebab ade lubang..hehe.


Java Chip. Dah tahu hujan still nak minum yang sejuk sejuk. 

Benda alah nih boleh buat perut aku kenyang. tapi kenyangnya bukan untuk satu hari tapi satu jam..so, aku decide nak try Blueberry Bliss. Quite nice lah rasa die..tapi kalau aku makan kat sana lagi best kot sebab bila take away nih..die dah mula cair and bentuk die dah Huru hara.sedih betul..tapi rasa die tetap sedap.


Packaging jer yang mampu aku tunjuk sebab isi die kurang menyenangkan untuk tatapan umum.haha.


Isi yang ade RM50 tuh dah tinggal separuh. Cepatnye. baru beli 2 benda.hehe..benda free biasalah kan..nak banyak isi..kenelah reload sendiri. aku ingatkan lepas habes guna RM50 tuh terus buang jer.noob giler kan.tapi sebenarnya aku boleh reload and gunakan lagi..bagus bagus. tapi kalau nak ke starbucks nih kadang kadang oklah..kalau selalu kopaklah aku.tamat.

Selasa, 19 Mac 2013

wuhuuu! I'm Coming Home.

22:48 46
Terasa  hepi giler sebab on this weekend, iolls nak balik ke kampung halaman yang cantek dan lagi permai nun jauh disana itu.ohoks. *fefeeling macam bertahun tak balik mesia.gituh. walhal kampungnye secoet jer pon dah boleh sampai..

On 25 March nanti akan berlangsung satu majlis yang sangat sangat penting untuk kakak aku.That's why aku balik kampung and aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. I will definitely update korang pasal event tuh nanti. One more thing, aku excited nak tgk anak sedara.Rindu.


aip! sombongnye.orang nak amek gambar.pandang tempat lain pulak.

Sabtu, 9 Mac 2013

Tanpamu ku kaku.

23:53 31
"Aku perlukan kau disisiku kerana setiap langkahku sentiasa diiringi olehmu selalu. Tanpamu ku merasakan kehilangan yang menusuk kolbu. oh! Tanpamu ku kaku."

romantik tak aku..mengarang kata kata yang bisa melembutkan hati yang sekeras batu.gituh.kann.koser iolls nak jiwang jiwang nih. kata kata yang dikarang tuh serious tade kena mengena dengan kisah cinta iolls dengan neelofa yer..hubungan kitorang masih lagi stabil. *melodi sgt.


kamera hape kau guna nih rep? kualiti pasarmalam tauh.

Tanpamu ku kaku, sebenarnya ditujukan pada kasut dan juga selipar. Tanpa dua benda nih tak kuar rumah ler jawabnya..takkan nak guna tempurung kelapa sebagai alas kaki kan. Berbalik kepada gambar. gedabak sungguh saiz selipar aku..Dulu kaki kecik jer...kasut cinderella muat muat jer pakai tapi sekarang..nan hado.. bile tade saiz besar..nexttt ..cari kedai lain..


Dan ini adalah kasut paling latest aku beli.hopefully boleh tahan lama..Kasut yang aku beli sebelum dah rosak.kaw kaw punyer rosak. entah kenapa cepat sangat rosak..nak cakap lasak, ofis aku bukannya dok kat atas broga hill sampai nak kene panjat gunung bagai..pergi keja pon naik monorail.perjalanan pon tak jauh tapi rosak jugak..sodih. -TamaT



Jumaat, 8 Mac 2013

Roti Canai dan Sambalnya memukau hatiku yang nurani. *overnyaaa

00:45 42
Ini kisah benar. bukan fiction yang merapu rapu sampai bersilat pon boleh kuar kuasa Naruto. giler annoying. tercengang tengok trailer citer silat ade super power. takpelah.ada jugak effort dorang untuk maju satu langkah ke hadapan.katenya.


**** tamat pendahuluan..sekarang masuk ke isi kandungan.*ini semua poyo.


Ok. Citer pasal roti canai nih kelakar die tahap MaharajalawakMegameletopterbaboombaboom. On one fine day *speaking uolls, iolls nak pergi makan roti canai kat satu kedai area Starhill..Normally kan kalau makan roti canai, dorang akan letak sambal jugak kan sekali dengan kuah kacang tuh. Tapi kat kedai tuh tak letak..then mintaklah kan..tapi yang aku tak pahamnya kenapa die bagi sambal nih??


see.sambal belacan die bagi aku. Nak makan roti canai dengan sambal belacan? kau biar betik..ini bukan Fear Factor hokeh. anne..anne..suka buat lawak di siang hari. 


One more thing. menu minuman aku dah bertukar..started from monday arituh kalau tak silap aku. aku dah mula minum air lain selain air orang kawen lari (air sirap) bila lepak kedai makan.auww..perubahan ketara uolls. dah bertahun minum air orang kawen tapi tak kawen kawen jugak. - Tamat -

Ahad, 3 Mac 2013

Menu baru di Nandos? - "Butterfly Chicken Breast Meal"

20:46 47
Dada Ayam Rama Rama. eh. Comel pulak kalau pronounce dalam bahasa melayu. Tapi apa apa pun aku nak bagitau awal awal kat korang bahawasanya tiada rama rama yang dimasak bersama ayam itu ok.zz.


Siang tadi ke Time Square.memang aim Nandos tapi tak jumpa..aku ni kalau tengok directory memang failed. Dulu belajar geografi pon failed jugak..dapat "C" masa PMR..teruk kan.okbai. tapi aku tetap berusaha carik dan akhirnya aku jumpa jugak. *mencik shopping mall besaq! sweating iolls.


Sungguh nikmat pekena Butterfly Chicken Breast nih..Awal awal tuh nak makan peri peri chicken..sebab memang itulah menu aku kalau ke Nandos..time duk usha usha menu.ternampak Rama rama nih terus order..mana tau nanti makan terus cantek macam butterfly.eh!.


Apa fav flavour korang?Lemon & Herb? Mild? Hot? atau Extra Hot?.. kite tak hot so kite mintak Mild jer.ahaks. bukan hape..tak tahan aku nak makan flavour yang lain..sauce yang dok atas table pon aku bedal sos tomato. Then, 2 sides yang aku pilih adalah Chips dan Coleslaw..auww! coleslaw uolls. ngigau ke hape aku pilih veggie? malangnya aku tak ngigau.aku makan ok coleslaw tuh.


saja nak show off limited edition Key Chain Nandos kat kome kome semua. Camne aku boleh dapat?actually tadi aku beli Nando's Card. Bukan mahal pon 10 henget sajor. Why aku beli? well of course ade benefitnya.. Klik HERE, korang bacalah sendiri, if korang berminat untuk beli then go on sebab bagi aku langsung tak rugi apa..happy nando's semua.