Isnin, 31 Disember 2012

Seketul Kamera, Berketul Ketul Gambar

Pantang nampak kamera! jari jemari nih mulalah rasa mencucuk cucuk nak pegang. pastuh segala benda yang ade  depan mata aku nak snap. nasib baik kamera zaman sekarang nih banyak versi digital.. kalau yang pesen dulu dulu..jenuhlah nak beli filem kodak. kayalah pok cik pok cik kodak sekalian.


gigih betul aku time snap gambar nih..sampai yang tanya "kenapa dengan kau nih, siap baring baring lagi kat lantai marmar yang cantek nih?" lantai marmar? itu aku tipu.lantai besa besa jer.kat luor rumah kan. eh! apasal citer pasal lantai pulak nih? jauh benor terpesong. bercakap pasal gambar dan kegigihan..tapi hasilnya.."gambar ape kau snap nih arep?".. #sentap sungguh bila soalan camtuh menusuk ke hati. yang penting kau hado?



makanan dan minuman. dua benda nih yang paling aku suka snap. kalau korang perasanlah. kat blog aku nih banyak gambar makanan jer. semua tuh adalah explaination kepada lemak lemak tepu yang ade pada badan aku nih. lemak tepu. i lab you. oh yer. kapucino tuh ade smiley, gigih depa noh buat smiley bagai.

\

gambar keychain nih memang kiut giler. tengok key chain nih terasa macam nak pergi penang lagi. banyak syok wooh..last pergi hujung 2011. itu pon pergi dengan tourists. tak dapat nak buat sesuka hati. bile lah aku dapat pergi sana lagi. Dulu duk utaqha hang tak mau p..lani ang dok kalut pasaipa tatau! tudia..loghat utaqha baq ang. okbai.

Ahad, 30 Disember 2012

Zyraoxx's Blogbuster

Actually aku nampak segmen nih right away after owner of a blog, Zyraroxx, published  segmen ini dekat belog beliau. tapi sayangnya aku mengantuk giler and blur blur sajor semalam..so, aku tangguhkan and join harini.


Segmen macam ini memang seghonok kalau join sebab syarat giler kentang senang tak perlu kau nak buat itu buat ini dengan melampaunye...nak join? jom usha usha dulu Syarat syarat yang giler kentang tuh dekat SINI

tengok Banner pun dah kaw kaw Hensem giler. belum usha belog die lagi memang Awesome. Jadi, aku nak paksa korang semua join segmen nih..kalau tak aku siku dahi laju laju. eh! boleh tak paksa paksa orang macam tuh? kalau tak nak join pon terpulang korang. tap nanti jangan ade yang menangis keluar mata berlian sebab menyesal tak join segmen nih.

Khamis, 27 Disember 2012

Tutorial masak Maggie yang FAILED tapi SEDAP.

Jug Kettle? adeee...
Telur Omega 3? adeee..
Sosej? ade..
Meggi  Perencah kari? adee...

*konpius kenape ejaan MAGGI tapi pronounce MEGGI?

OK done! semua dah ade.boleh ler kite masak. Harini aku nak masak "meggi bersama telur omega 3 bertatahkan sosej yang dipotong halusssss tak halus sangat dengan garpu" *pisau xde..so aku gunalah garpu. kreatif tak aku?


Gambar instegaram katenye! LOL

Cara cara memasak "meggi bersama telur omega 3 bertatahkan sosej yg dipotong halussss tak halus sangat dengan garpu" :
  • Panaskan Air mengunakan Jug Kettle. Kalau boleh yang branded cikit. *mempengaruhi rasa makanan.! Puii..Fakta Mak Bedah.
  • Pastu Korang masukkan meggi ke dalam Jug Kettle. tapi kalau tak nak pon xpe..korang just panaskan air dulu..and meggi tuh korang letak kat dalam mangkuk. pastuh bile air dah mendidih jiruskan air tersebut  ke dalam mangkuk bersama meggi tadi.magik akan berlaku apabila beberapa minit kemudian meggi yang keras terus menjadi lembut.wowww!
  • Lupe pulak pasal telur omega 3, korang panaskan air dan rebus telur tuh bersama dengan sosej.pastikan telur omega 3 jer ok..kalau x korang terpaksa tukar nama masakan..sama jugak dengan sosej..pastikan potong dengan garpu..
  • last sekali bile telur dan sosej dah masak.. korang mix kan sajer lah dengan meggi tadi..jangan lupe letak perencah pulak...gaul gaul gaul..SIAP! taraaaaa...


nampak jer macam failed! tapi sedap nih..muahaha..kesah pulak kan.nak masuk tekak sendiri.masak jer la macam mana pon.tade orang nak judge macam dalam rancangan Masterchef tuh..hehe. 

Selasa, 25 Disember 2012

Tade iPhone LIMA, iSony Ericsson pon Jadilah.

Sentap jer bile semua orang keluarkan jari telunjuk, pastuh tenyeh tenyeh kat Smart Phone depa tuh.. iphone lah, Samsung S3 lah dan pelbagai lagi smartphone yang boleh di tonyoh tonyoh di tenyeh tenyeh di tonyeh tonyeh dengan hanya menggunakan jari sahaja..kejadian yang sebegini banyak terjadi ketika aku berada dalam monorail.nak keluarkan phone pun rase nyilu jer gigi (malu).

*tahukah anda, jari telunjuk akan menjadi kontot sekiranya anda selalu menonyoh nonyoh jari tersebut setiap hari? *fakta mak bedah.

see! sebab tuh lah aku tak guna smartphone seperti iphone. aku guna iSony Ericsson.pui. walhal jari telunjuk ini dah berdenyut denyut nak menenyeh Smartphone yang mesra dengan belaian itu. berbalik kepada tujuan penulisan blog ini. aku nak share gambar yang aku hedit dengan menggunakan aplikasi yang tak berapa nak canggih tapi kuul giler. PHOTOSCAPE. manakala gambar pula di abadikan menggunakan iSony Ericson aku sahaja.


taklah cantek sangat. tak sharp pon. tapi boleh lah.Feghegho Ggocher*bak kata Lisa Surihani.muehehe..jangan maghah yer Puan Lisa.. Cekelat nih memang sodap. melekat dicelah gigi aku yang rata dan cantek ini..


Key Chain dari Sabah bah! boleh bah kalau kau. Semalam member aku bagi..ingat jugak yer kat aku  nih.ingatkan lupa. Hensem kan key chain nih. bertambah lagi koleksi. Thank you daun keladi, kalau pergi bercuti, belilah lagi.saat ketika aku menaip entry nih ade ade dua tiga ekor semut keluar dari celah celah skrin laptop?? ape ke hey? laptop aku ternak semut ke.


Kualiti tak baguslah.tengok tuh ada garis garis halus yang hadir pada gambar ini. mungkinkah iSony   aku sudah menunjukkan tanda tanda penuaian ( atau dalam erti kata lain, handphone dah nazak.boleh tukar ke iPhone LIMA ) mampu ke? tapi cupcake ini sangat manis seperti aku. muak muak muak. tapi telan jugak. ini sajer untuk petang ini yer. selamat bercuti.

berhati mulia? nak tolong aku tambah nilai RM aku kat churp churp yang dari empat Tahun lepas x sampai 10 Hengget pon.. Boleh klik SINI , SINI dan di MANA MANA sahaja yang ada iklan churp churp. T__T.meraih simpati kejap.terima kasih.hehe.

Isnin, 24 Disember 2012

Samsung GALAXY camera kau panah jantungku

Nampak awek seksi bibir cam angelina jolie melenggang kat entrance pavillion. 
Comment : meleleh air liur pastuh hidung berdarah.pengsan.

Nampak Samsung Galaxy camera bertenggek dalam cermin lutsinar.
Comment : T___T. sudikah kau menjadi teman hidupku?


mengguirkan bukan. sejujur dan seikhlas hati yang nurani lagi suci tanpa debu nih.aku belum pernah tengok gadget nih secara realiti..aku tengok secara maya sajor..macam korang tengok sekarang nih la..tengok kat internet pon dah berdarah hidung.kalau tengok real????




bagi aku everything is perfect dengan Samsung GALAXY camera. Korang boleh.

Snap Thousands of pictures.
Editing
video.
Play games.
Networking (facebook..etc)
Chat
Video call

bla ...blaa...blaa...dan lagi dan lagi...banyak sangat nak mention.jom tengok video kat bawah nih.


apa lagi yang kau nak? This is not a gadget! This is a wife. Wink.


Sabtu, 22 Disember 2012

Save The Date [Video] Khairul Fahmi (Apek ) & Leuniey

Khairul Fahmi ( Apek ) dan Leuniey bakal berkahwin pada 28 Disember 2012 akan datang. Selamat mendirikan rumah tangga kepada mereka. semoga pernikahan mereka berlangsung dengan lancar.



Sumber dari Beautifulnara.com




Jumaat, 21 Disember 2012

Kenangan Manis Kau dan Aku

entry pernah dikongsi. tapi ini versi baru. *boleh tak macam itu?

Pertama sekali..aku nak cakap yeah! sebab besok aku cuti..minggu lepas kerja hari sabtu dan sekarang ini giliran aku pulak yang cuti. tak perlu nak iron baju la..itu la..ini la..

Kedua, seriously aku cakap.. idea untuk update blog sudah luntur..jadi aku pon selongkar gambar gambar zaman muda muda (lama) untuk di tempekkan ke dalam blog ini. gambar gambar nih actually diabadikan semasa Pre Graduation dinner masa aku belajar Diploma Tourism Management kat Aloq Setaq dulu *a'ah! diploma sajor..  jadi korang tengok je la..


kami dan muka pelik.*gigih letak watermark walaupon bukan aku yg snap! maaf tukangamekgambarterrr..


peace. merah mak ngah!


ehem..ehem..banyak sangat kot camera yang snap dorang nih sampai ade yang pandang tempat lain.


calon calon best dress! yang laki lagi dua orang kot tade kat stage nih..lupe.


Lecturers of Tourism Management (HM111)


entah apalah yang digossipnye tuh..yang si jejaka pulak..dengar je la..


semua orang happy giler time nih..yang penting Budak budak HM111 sangat sangatlah sporting. junior pon sweet giler ..everything went smooth jer..i missed this moment. jumpe masa graduation hari itu pon tak puas. lepas nih kalau nak jumpe and kumpul ramai ramai macam dulu sure susah sebab masing masing dah menuju destinasi mereka sendiri. :)


Isnin, 17 Disember 2012

Gambar Dan Kisahnya

Kebanyakan gambar yang aku masukkan nih aku snap time majlis pertunangan kakak aku pada 23 August yang lepas. just nak share gambar gambar nih dengan korang semua .


walaupon gambar kat atas nih tak wape nak lawa sangat tapi aku berbangga dengan diri aku..cehceh! nak amek gambar nih sampai gatal gatal badan aku terpaksa baring kat jalan tepi rumah aku. oh yes! tepi rumah aku ade tumbuhan hijau ok.normallah tuh kan kat kampung..kat bandar nih asyik snap gambar konkrit jer..lol.


gambar mesin jahit nih macam tade motif tapi ade maksudnya..inilah mesin jahit yang ayah aku gunakan dari dulu sampai sekarang untuk menyara kehidupan kitorang satu family..ayah aku sangat hebak (hebat) dalam kerjaya jahit menjahit nih..Dulu dulu baju raya aku dan baju sekolah aku..ayah aku yang jahitkan..takyah nak kecoh2 beli kat kedai.


sekarang nih macam macam jenis kek yang ada kat pasaran.malas nak sebut nama kan..tapi kalau letakkan kek secret recipe yang bagai bagai tuh depan mata aku, aku tetap akan pilih kek buatan sendiri oleh kakak aku..kitorang panggil kek yang akak aku buat nih dengan name kek kosong najwa latif..



dua gambar kat atas nih aku snap time masak masak untuk majlis tunang kakak aku...First gambar tuh kalau tak silap orang panggil Solok Lada..memang bukan jenis makanan yang aku suka makan..hoho..kalau ayam goreng macam dalam second picture tuh aku sukelah..hehe

Ahad, 16 Disember 2012

Semakan Keputusan PMR secara online @ SMS pada 19 Disember 2012

Keputusan Penilaian Menengah Rendah @ PMR bakal diumumkan pada 19 Disember 2012 akan datang. kepada semua calon calon PMR, anda boleh melakukan semakan keputusan PMR secara online dan SMS.

Semakan Keputusan PMR secara online




  • pergi ke laman web saps.moe.gov.my
  • Klik butang semakan Ibu Bapa berwarna Hijau
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah ( pastikan Tahun yg dipilih adalah tahun 2012 ) 
  • seterusnya tekan butang Semakan Laporan

Semakan Keputusan PMR secara SMS


Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan calon dan Ibu Bapa untuk melakukan semakan dengan lebih mudah dan pantas. Kepada semua calon PMR, semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah @ PMR.amin.

Sabtu, 15 Disember 2012

Steamboat Di Kuala Lumpur? Suggest please!

Seingat aku, last aku ber steamboat time aku balik kedah dulu kat D'saji Restaurant Menara Alor Setar. manyak syok oh..walaupon aku nih bukan peminat tegar steamboat ..tapi bila dah aku makan..terasa macam nak lagi dan lagi..*terbayang bayang





tapi itu kat alor setar bukan KL..aku tak tahu area mana paling best kalau nak makan steamboat kat KL nih...korang tahu tak? kalau tahu bolehlah share dengan aku..dah lame mengidam steamboat nih tapi tak tahu tempat pulak nak pergi.

Rabu, 12 Disember 2012

Watermark arepnakbebel.com ( Captured by me )

Lucky me sebab masa balik keja petang tadi cuaca sangat sangat indah. dalam erti kata lain tak hujan.bukan apa.payung dah hilang. tertinggal kat Watson..sedih wooohh payung Angeery Biiird kut..itulah! sape suruh ghairah sangat beli barang kan.lepas bayar jer terus melenggang pulang. sobss..sobss.

arini otak aku jem kaya strawberry blueberry kacang pineapple betik sikit..so, tade entry yang best best nak share dengan korang semua. aleh aleh tade haidiyerr (idea) tuh, aku pon mulakan misi mengedit gmbor. hedit hedit pastuh terajin pulak nak buat watermark untuk gambar gambar yang aku snap sendiri..kalau gambar orang len yang snap takkan nak letak watermark kut kan..jadi saksikanlah..





itu sajorlah gambar gambar yang aku edit..cukup ler kan..nak edit banyak banyak macam ngantok jer.hujan kan..stim je mate nih..actually aku tak puas hati lagi dengan watermark nih..maklumlah jari tak berseni kan..tapi oklah dari yang lepas lepas punyer watermark.kihkih.

Ahad, 9 Disember 2012

Bertenggek di Madam Kwan's bersama gadis gadis

Blog arepnakbebel nih aku rase boleh dikategorikan sebagai blog makan makan kot..bila aku amati balik, kebanyakan entri aku akan ada pasal makanan. entahlah. bila nak update pasal makanan jer aku akan rasa excited. kaki makan la katakan. *patutlah gajah jer kau luqman.  puii..


actually, nih first time aku makan kat sini, kalau kawan aku tak ajak makan kat sini, maka dengan itu, tidaklah aku ke sini.*bersepah bm aku.maap cikgu bahasa melayu. kami orang ramai tapi order makanan lebih kurang jer. berpinar mata time nak order kan.asyik tanye " kau order ape?"..then orang tuh jawab "aku order mee kari"..pastuh beberapa orang yang lain akan jawab "same je lah".bosan betul. jom layans gambor.


bunga tuh bukan makanan.harap maklum.hohoho. aku suke tengok gambar bunga nih.cantek kan.pandai betul orang snap nih.berbakat sangatttt..*angkat bakul betui..untuk pengetahuan korang..bende kuning/oren yang dalam mangkuk tuh name die Mee Kari.agaknye la.puii.lupe lah.maap.



see.muke mangsa yang kekenyangan. dari pagi sampai lah ke malam..kerja kitorang jalan jalan pastuh makan..jalan jalan pastuh makan lagi..manenye tak lemau. berjalan 5 minit..makan setengah jam.amek kau.aktiviti tambah lemak memang senang giler.nak kurang lemak..perghh bertahun aku rase.


gambar food yang kat atas adalah...Asam Laksa..meleleh air liur aku tengok tapi aku tak order asam laksa sebab orang lain dah order. eh! boleh pulak macam tuh kan.actually time nih tak tahu nak makan apa.last2 aku order nasi Bojari. 


yup.inilah nasi bojari tuh..dan sememang tade ibu jari pon dalam nasi nih..meleset sangkaan aku..OK!tak lawak. but seriously ini memang lazat.dengan ayamnya yang sangat gebu membangkitkan selera makan aku. *aku fanatik ayam.

P/S : lunch arini nak PEKENA ape? Mohon share sikit.mana tahu boleh bagi  inspirasi untuk aku sebab aku tak tahu nak makan apa nanti.hmm.zzz.kroh.kroh.

Sabtu, 8 Disember 2012

Hot Chocolate - The Gardens Hotel & Residences

On 30th November yang lepas aku ke UITM Shah Alam sebab nak pergi amek jubah untuk Konvokesyen UITM ke 77 . Time tuh aku dapat jumpe ramai kawan yang dah lame giler tak jumpe. After amek jubah semua. aku ke De Palma Hotels. kat sana kitorang lunch and then naek bas ke The Gardens Hotel & Residences untuk Buffet Hi Tea tapi malangnya Buffet Hi Tea ada pada hari ahad je. then kitorang decide to just have a drink only kat Coffee House.


First masuk ke coffee House tuh macam terpingga pingga sebab tak tahu yang Buffet Hi Tea tade pada hari yang kitorang pergi tuh..patutlah kurang je orang..yang ade cume mat salleh minum air sambil usha laptop.grr..a few minutes later..ade pekerja kat situ datang entertain kitorang..bagi je menu..terus order Hot Chocolate..nak makan berat berat pon lunch tadi makan kaw kaw punye.hehe.


The Spread All Dining Restaurant. Nice kan.


Seriously mengenyangkan perut aku. 

maybe next time aku boleh pergi lagi untuk try dorang punyer buffet Hi Tea atau pon Buffet Lunch kat sini. by the way, Sekarang nih ada promotion untuk Christmas dan Juga New Year. ade Promotion untuk Christmas Eve Buffet Dinner,Christmas day Bubbly Brunch dan juga New Year eve Buffet Dinner..untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI.