Khamis, 29 Mac 2012

Kuala Lumpur Tower [ Animal Zone ]

21:30 8
Sesi Berkenalan dengan Haiwan Zoo.


ini gambar ape tatau..nak kata rabbit confirm bukan. tikus?? errr..tak kot.. nak suruh korang teka pon susah gak sebab gambar tak clear.


ini aku tau.monkey! monyet paling kiut kat dalam Animal Zone nih. kih kih kih.


ini penyu. eh? salah plak.. ini kekura lah..sekor tuh jantan and sekor lagi betina.. tak taulah betul ke tak..teka je..nak check jantina tak reti..wink wink..


besar kan..hari hari makan Mcd lah nih...sebab tuh debab T__T


comel tapi geli. memang tak la aku nak pegang benda comel yang pelik nih.

Rabu, 28 Mac 2012

CNY [Saloma Bistro And Theatre Restaurant]

21:03 5
1.CNY? Chinese New Year?????

yup! exactly. it is about chinese new year. korang tahu kan yang Chinese new year dah lame giler berlalu.kalau tak tau...pergi tengok kalendar.. tapi kenape aku still nak update pasal nih???jawapannya senang je..INI BLOG AKU..SUKA HATI AKU LA. hahahha.(saja gurau! jangan marah plak)..sebenarnye ini adalah entry "imbas kembali kenangan lalu" ..ade paham??

2.Saloma Bistro and Theatre Reastaurant?????mane satu kau nak citer nih??CNY ke saloma??hah??

isshh!! susah betul la korang nih..satu satu nak kene citer. macam nih!! on that day, kitorang ( staff opis & aku ) dijemput untuk join event CNY kat Saloma Bistro tuh..ececeh..bunyi macam orag penting kan. korang mesti dapat imaging macam mane environment majlis tuh kan..biaselah CNY..mesti banyak red colour..angpau..tarian naga and bla bla bla..banyak sangat nak citer tapi aku malas nak taip..so silalah lip lap lip lap kan mata korang sebab aku ade upload gambar kat entry nih untuk tontonan umum.


Saloma Bistro And Theatre Reastaurant


Tarian naga. aku lah yang kat dalam custome tuh. caye tak? ( sape caye confirm aku T__T ).


yi san. ( campuran sayur sayuran katenya ) mampu tengok je sebab aku takkan makan.


ini gambar penutup untuk entry nih. ramai kan orang.time nih kat dalam hall. banyak OMG (giler) booth makanan. so, aku lupekan camera dan dengan sepantas kilatnya aku.....

p/s : tiada sambungan untuk entry ini..ending die memang camtuh. peace :P

Ahad, 25 Mac 2012

BBQ Buffet dinner di Benteng Coffee House | Quality Hotel Kuala Lumpur

20:55 17

BBQ Buffet dinner di Benteng Coffee House | Quality Hotel Kuala Lumpur | Ehemm ehemm. amaran untuk readers, enrty nih banyak memaparkan gambar gambar yang boleh mengugat nafsu makan korang. 


Ini adalah antara kueh mueh yang ada time Buffet Dinner tuh. tengok lah quantity makanan yang aku amek. sikit kan. Almaklumlah banyak sangat makanan yang ada tak boleh la gejoloh sangat.Kalau amek banyak banyak nanti perut aku tak dapat nak rasa semua.


Puding nih heaven sangat. kalau boleh take away.confirm aku bawak tupperware dari rumah.hehe. sekarang pon aku masih terliur kat puding nih.


Dah name pon BBQ buffet kan. ini wajib ada.hehe. macam macam lah dorang sediakan. sausage, sotong, ketam, ikan, udang, steak, lamb semua ada la. Sauce pon macam macam jenis.


Dengan confidentnya aku nak bagitau, aku tak tau pon apa nama makanan yag kat dalam gambar nih. aku langsung tak sentuh. member aku je makan semua tuh. 

Aku nih kalau nampak benda yg ada sayuran memang takkan makan kecuali kalau rase dia macam ayam. haha


kebanyakan makanan makanan kat atas tuh semuanya memboyotkan tapi yang nih lain sikit. aku kan pengamalkan pemakanan yang sihat. haha. Satu lagi pembohongan dilemparkan. lol


Last but not least,  aiskrim nih last last kitorang makan.kalau makan awal awal rasa muak plak kan. kenyang giler. balik balik mata putih je..haha. tapikan tak lengkap plak entry nih kalau tak semakkan gambar sendiri..hehee.

Ahad, 11 Mac 2012

Mama Chops Papa Grill

08:06 28

Mama Chops Papa Grill | We went there last night. Actually nak pegi makan Western food kat kedai lain tapi tutup pulak. Western restaurant yang paling dekat dengan bas station MamaChops PapaGrill je. There is nothing much to say about it, i just wanna share some pictures with you guys. 


Chicken Burger. Quite good and harga pon reasonable jugak la sebab actually this chicken burger is for "Kiddies Meal". Portion die like a normal one. So, oklah! kenyang. 


Chicken Maryland. It is almost like a #Disneyland. There are many types of "things" in it, fries, vegetables, sausage, banana fritter and of course the chicken itself. #seriouskenyang


Mushroom Soup! this one is considered #sedapforme because normally aku tak suka sangat Mushroom Soup.


Grill Barbecue Chicken. The taste is sooooooooooo goood. that's all from me.bubye!

Ahad, 4 Mac 2012

Ayamazz Roti Impit

01:58 26

Ayamazz Roti Impit  | OMG! baru tahu lah weyh~ ingatkan Ayamazz Roti Impit nih sekadar business kecil kecilan je but it is actually wholly owned subsidiary company of its ultimate holding company KFC Holdings (Malaysia) Bhd, which is a company listed in Bursa Malaysia. wah! bukan calang calang nih! persoalannya sekarang nih. korang pernah try tak makan Ayamazz Roti impit? mesti pernah kan! aku je yang noob sebab baru figure out pasal makanan yang sedap nih. kesian kan.

So anyway, Ayamazz Roti Impit nih ada  4 jenis, ade original, cheese, black pepper dan juga mushroom. Aku dapat tahu pasal roti impit nih pon sebab member kolej aku.  Dorang buat part time kat tesco jual roti impit yang walawehh sedap nih. tak cayer tengok lah sendiri. kalau nak rasa Roti impit nih kenelah beli kan. Aku mampu bagi korang tengok gambar je. hehehe.


Time nih aku order cheese punya. Banyak giler cheese! memang sedap. kalau korang ada ternampak gerai yang terpampang besar tulis AYAMAZZ ROTI IMPIT cepat cepat la serbu. Memang tak rugi!hehe.


sekiranya korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal Ayamazz Roti Impit nih bolehlah ringan ringan kan jari anda tuh untuk melayari laman sesawang dorang. klik link kat bawah kalau nak terjah!

"The best frank buns or nothing"

Jumaat, 2 Mac 2012

Steamboat di D'saji Restaurant Menara Alor Setar

08:38 17

Steamboat di D'saji Restaurant Menara Alor Setar | Seminggu bertenggek kat alor setar. kinda boreddddd! Nampak tak tahap kebosanan yang aku alami sepanjang berada kat kedah but somehow, ada jugak la aktiviti aktiviti yang boleh dibuat terutama sekali kalau bab bab makanan! Berbaloi oi oi oi sebab makanan kat kedah nih murah murah.

Walaupon tujuan aku sedikit menyimpang dari tujuan sebenar tapi kira oklah aku dapat habiskan masa dengan kawan2 yang dah lama sangat tak jumpa sambil menikmati Steamboat kat Menara Alor Setar. Tujuan sebenar balik semula ke Alor setar sebab kitorang perlu settle kan report and presentation and Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. cakap pasal Steamboat nih, seriously tak rugi kalau korang pergi try steamboat kat Menara Alor setar.


Steamboat - RM29
Continental Buffet - RM38
Buffet Hi-Tea - RM12
-HARGA PROMOSI -

Manyak mulah weh! tak rugi kalau pegi. Haritu time kitorang pergi, dorang just ade Steamboat je. tapi cun lah memang kenyang macam apa ntah makan tak ingat dunia


Ini baru cikit, ada banyak lagi tapi takde masa nak ambik semua. Masa yang ada digunakan untuk melantak!


Tengok reaksi mamat nih bila dapat makan banyak..ntah cukup ke tidak! tengok badan la kan! T__T. mata pon dah juling cikit! no komen.ape ape pon kalau korang rasa berminat nak torai! boleh la ajak kawan2 atau makwe ke pakwe ke..sape sape je la yang korang rase nak ajak.kalau tade teman ajak aku pon tape.hehehehe.

-SELAMAT MENCUBA-