Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan April 2024

Filem melayu di pawagam 2024, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam April 2024, filem melayu baru 2024, filem best 2024

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan April 2024 | Untuk artikel kali ini, Aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April 2024.

TRENDING : Senarai Penuh Filem Melayu Baru Akan Datang Tahun 2024

Pada bulan Mac 2024, tiada filem melayu yang ditayangkan di pawagam memandangkan kita sedang menyambut bulan ramadhan tetapi macam mana pula dengan bulan April 2024? 

Filem melayu best 2024 di pawagam April

Antara filem yang korang boleh tonton pada bulan April 2024 adalah Leha, Geng Kubur dan juga Sheriff. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu yang akan disiarkan tetapi sekiranya ada sebarang penambahan, aku akan masukkan ke dalam senarai untuk rujukan semua pembaca arepnakbebel.com.

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Malaysia Pada Bulan April 2024

  • Filem Leha

Leha merupakan sebuah filem arahan Arazomi Mohd Ghozali dan diterbitkan oleh Alfanazra Production. Filem Leha ini dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Ali Puteh, Silfeny Osman dan Kodi Rasheed. 

Poster Filem Leha di pawagam 2024

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 11 April 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem ini di Youtube. LANJUTAN : Info lengkap tentang Filem Leha

  • Filem Sheriff

Filem arahan Syafiq Yusof ini diterajui oleh pelakon lelaki Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Sheriff dan turut dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Syafiq Kyle dan Dato Aaron Aziz.


Filem yang berjudul Sheriff ini akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 18 April 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem ini boleh ke Youtube Astro ShawLANJUTAN : Info lengkap filem Sheriff

  • Filem Geng Kubur

Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan April 2024 adalah Geng Kubur. Filem arahan Gavin Yap ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Mia Sara Shauki, Nadia Aqilah, Sasidaran, Bella Rahim dan ramai lagi.

Poster filem Geng Kubur

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 25 April 2024 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Geng Kubur boleh ke youtube channel Empirefilm Solutions. LANJUTAN : Info lengkap Filem Geng Kubur
No.Tajuk FilemGenreBahasaTayangan
1
Leha

Melayu 11 April 2024
2SheriffAction/CrimeMelayu18 April 2024
3Geng Kubur
Melayu25 April 2024
4
-
---
5
-
---

*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan April 2024. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 

LihatTutupKomentar