Tempat makan yang sedap dan best di kampung baru - Lifestyle, Event, Review, Travel, Info | Blog Arepnakbebel

Sunday, 7 October 2018

Tempat makan yang sedap dan best di kampung baru

Tempat makan yang sedap dan best di kampung baru | Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai adalah Kampung Baru kerana ia menempatkan beberapa kedai makan yang sedap di KL (Kuala Lumpur). Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua, dua kedai makan yang menjadi pilihan  apabila berkunjung ke Kampung Baru.


Chunburi Seafood kampung Baru

Kedai makan pertama adalah Chunburi Seafood yang menyediakan pelbagai makanan yang sangat pelbagai untuk pengunjung yang datang. Mereka menyediakan beberapa jenis lauk pauk berasaskan ayam, ikan, daging dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba nasi kerabu, nasi dagang dan bihun sup. Dari apa yang saya tahu, bihun sup dan nasi air disini menjadi pilihan pengunjung. Insyaallah kalau ada masa terluang saya akan kesana untuk cuba dan kongsikan dengan anda semua.


Selain hidangan nasi campur yang menyelerakan, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis kuih muih. Memang banyak sampai rambang mata sampai tak tahu nak makan yang mana. Makanan di Chunburi Seafood digemari ramai orang dan kebiasaannya akan penuh waktu makan tengahari tetapi walaupun ramai ianya masih dikunjungi kerana keenakannya masakannya.
Baca juga : Pilihan makanan yang sedap dan lazat di Chunburi Seafood Kampung Baru

Suraya Seafood Kampung Baru

Kalau Chunburi Seafood dipenuhi pengunjung pada waktu makan tengahari, Seafood Suraya pula menjadi tempat makan pilihan ramai untuk makan malam. Saya dan kawan kawan pernah kesini untuk makan malam dan kami menunggu lebih kurang 30 minit untuk mendapatkan tempat duduk.


Antara makanan yang menjadi pilihan di restoran ini adalah Pulut Mangga. Selain itu, anda juga boleh mencuba somtam, ikan masak tiga rasa, mee celup, mee sup, tomyam dan masakan panas lain yang sememangnya sedap. No wonderlah ada yang sanggup tunggu lama untuk dapatkan tempat duduk.
Baca juga : Suraya Seafood, Kampung Baru 
Sebenarnya ada banyak restoran dan tempat makan yang sedap dan best di area Kampung Baru ini. Jadi, kalau anda singgah ke Kampung Baru ambillah peluang tersebut untuk datang dan cuba sendiri makanan di kedua dua restoran yang saya kongsikan ini ya.

No comments:

Post a Comment