Drama Restu

Tonton Drama Restu, Pelakon Drama Restu, Sinopsis Drama Restu, Drama baru iQIYI Original,
Drama Restu | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di Online Streaming Platform tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Restu


Info Lengkap Drama Restu

Dalam Segmen Drama kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang informasi terkini berkaitan dengan drama Restu dimana peminat drama semua boleh dapatkan maklumat seperti pengarah drama, penerbit pelakon dan lain lain lagi.

Pengarah Dan Tarikh Tayangan

Drama Restu yang diarahkan oleh Heykal Hanifah ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Sabtu jam 9:00 Malam di online streaming platform iQIYI bermula 26 April 2024.

Poster Drama Melayu Baru Restu

Korang boleh download aplikasi iQIYI di apple store atau play store sekarang untuk menonton drama yang menarik di sana termasuk drama Restu yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Penerbit Dan Pelakon

Restu merupakan drama bersiri iQIYI Originals terbitan Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Remy Ishak, Wanna Ali dan Siti Elizad. Korang boleh rujuk jadual dibawah untuk senarai pelakon dan nama nama watak yang dibawakan oleh mereka.
No. Pelakon Watak
1
Remy Ishak
Razak
2 Puteri Rafasya Amy
3
Elizad Sharifuddin
Sara
4
Elizabeth Tan
Melanie
5
Wanna Ali
Aini
6
Yusuf Bahrin
Atiq
7
Danish Hazriq
Danish
8
Muntazar Ghufran
Kimi
9
Adlin Aman Ramlie
Tajul
10
Ezzaty Abdullah
Julia
11
Dian P Ramlee
Maryam
12
Junji Delfino
Datuk Maria
*Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa

Informasi Ringkas Tentang Drama Restu

Tajuk Drama : Restu
Saluran : Aplikasi iQIYI
Tarikh Tayangan : Bermula 26 April 2024
Waktu Tayangan : Setiap hari Jumaat hingga sabtu, 9:00 Malam
Pengarah : Heykal Hanifah
Terbitan : Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Pelakon : Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, Ezzaty Abdullah, Elizabeth Tan, Yusuf Bahrin, Adlin Aman Ramlee, Yusuf Bahrin, Dian P Ramlee, Adlin Aman Ramlie, Junji Delfino, Muntazar Ghufran dan ramai lagi

Sinopsis Drama Restu

Drama Restu mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Razak yang kehilangan isterinya disebabkan oleh kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun bernama Amy. Kehilangan isterinya menyebabkan keluarga mertuanya mencuba untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas Amy kerana ragu dengan kemampuannya. Pada masa yang sama Razak cuba untuk mencari calon isteri kerana Amy memerlukan seorang Ibu. Sejak dari itu Razak dikejutkan dengan beberapa orang gadis yang muncul dalam hidupnya. 
LihatTutupKomentar