Sabtu, 19 Ogos 2017

Hidangan masakan di dapur lebih kemas dan cantik dengan Tupperware Brands | Jom beli dengan saya


Hidangan masakan di dapur lebih kemas dan cantik dengan Tupperware Brands  | Jom beli dengan saya | Tupperware Brands ini adalah salah satu jenama yang sangat dikenali terutama sekali dikalangan para ibu dan wanita diluar sana. 

Kenapa Tupperware Brands?

Ada beberapa sebab kenapa tupperware brands menjadi pilihan ramai. Kalau korang tengok katalog dorang mesti rambang mata sebab boleh dikatakan semua produk yang dikeluarkan oleh mereka sangat cantik. Pilihan warna untuk setiap barangan juga sangat menarik perhatian. 

Bukan itu jer tau, tupperware brands bukan hanya fokus kepada design sahaja tetapi mereka juga mementingkan fungsi tupperware itu sendiri. Aku akan share beberapa video dan katalog terkini untuk korang tengok ok. Kredit kepada Tupperware brands Malaysia & Singapore Youtube Channel untuk Video dibawah.



Kalau korang tonton video ini mesti korang tahu apa yang aku maksudkan. Ada pelbagai saiz untuk pelbagai kegunaan, warna pon sangat menarik, memudahkan, organize dan harga pun memang berpatutan sesuai dengan kualiti barang yang korang dapat. Kalau korang tengok gambar gambar kat bawah ini confirm nak beli punya. hehe.
















Katalog terbaru Tupperware untuk 14 Ogos 2017 sehingga 30 September 2017

Ada banyak lagi yang menarik untuk korang beli dalam katalog tupperware brands. Korang boleh klik link atau gambar dekat bawah ini untuk tengok apa lagi yang menarik dalam katalog kali ini.

Klik sini untuk tengok katalog Tupperware yang terbaru

Beli Tupperware Brands dengan Kami

Untuk dapatkan tupperware brands yang cantik ini, korang boleh hubungi aku sendiri, luqman (Luke) atau Norhidayu (Ayu) di nombor yang tertera seperti dibawah. 

Luqman Zakaria 0179542753
Norhidayu Zakaria 0189721234
*Whatsapp dan Mesej 

Aku juga ada beberapa produk tupperware brands untuk dijual dengan harga yang lebih murah (Clearance Stock), kalau berminat boleh lah contact kitorang. Jangan tunggu tunggu tau dah tak banyak yang tinggal, nak jual bagi habes sebab nanti restock yang baru pulak.hehe

Lirik Lagu Demi Kita nyanyian Ismail Izzani


Lirik Lagu Demi Kita nyanyian Ismail Izzani | Lyric video untuk single kedua Ismail Izzani akan di muatnaik di World Peace Entertainment youtube channel malam ini jam 800malam. Jadi, sebelum korang layan lyric video malam nih apa kata korang hafal dulu lirik lagu Demi Kita ini ok. Gambar - Kredit  kepada World Peace Entertainment youtube channel.


Lirik Lagu Demi Kita - Ismail Izzani

Biar waktu tentu takdir kau dan aku
Biar hati jadi saksi bersamamu
Namun aku tak sanggup merelakan
Hancur Semua namunku tahu 
Yang kau harus ku  lepaskan


Biarkanlah semua kenangan yang indah
Akan selalu ada kau dan aku bersama
Biarkanlah sayang cinta kita hilang
Walau kita tak rela tinggalkan ia
Demi kita
Demi kita

Ku doa kau
Kau terus dengan jalan yang baru
Andai itu adalah yang terbaik untukmu
Namun aku tak sanggup merelakan hancur semua
Namunku tahu yang kau harus ku lepaskan

Biarkanlah semua kenangan yang indah
Akan selalu ada kau dan aku bersama
Biarkanlah sayang cinta kita hilang
Walau kita tak rela tinggalkan ia
Demi kita
Demi kita

Lepaskanlah biarkanlah 
Cinta kita berakhir
Tak tertulis mungkin kita
kan bersama selamanya

Biarkanlah semua kenangan yang indah
Akan selalu ada kau dan aku bersama
Biarkanlah sayang cinta kita hilang
Walau kita tak rela tinggalkan ia
Demi kita
Demi kita

Jumaat, 18 Ogos 2017

Lirik lagu Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi


Lirik lagu Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi | Dengarkan single terbaru dari Sufian Suhaimi yang bertajuk Terasa Ada. Korang boleh ke youtube channel Aries Music untuk menonton. Untuk pengetahuan korang, setakat ini (18 Ogos 2017 jam 451petang) official lyric video yang di upload di youtube menerusi channel Aries Music telah mencecah 3855 tontonan (di muatnaik pada 18 Ogos 2017). Gambar - Kredit kepada Aries Music


Lirik Lagu Terasa Ada - Sufian Suhaimi

Kamu telah membuatku
tersenyum dan memandangmu
Kau hadir menemani 
disampingku

Kamu yang mewarnakan cinta
yang menghidupkan rasa 
Bersamamu ku bahagia

Tiada yang mampu 
memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu
Melenyapkan perasaan ini

Biar diuji
Tak akan ku berhenti
Akan ku pertahankan 
Hingga nafas terakhir

Kamu telah membuatku
tersenyum dan memandangmu
Kau hadir menemani 
disampingku

Tiada yang mampu 
memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu
Melenyapkan perasaan ini

Biar diuji
Tak akan ku berhenti
Akan ku pertahankan 
Hingga nafas terakhir

Benar engkau adalah pengakhirannya
Yang ditakdirkan bersama diriku
Jika masih ada rasa yang tertinggal
Aku kan mengambilnya kembali
kerna terasa ada

Tiada yang mampu 
memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu
Melenyapkan perasaan ini
Kerna terasa ada

Selasa, 15 Ogos 2017

ATIEHILMI.COM First giveaway ukhwah kita kerana Allah


ATIEHILMI.COM First giveaway ukhwah kita kerana Allah | Sekarang ini dah masuk bulan Ogos, tinggal beberapa bulan lagi nak tamatkan tahun 2017 dan secara rasminya aku nak cakap inilah Giveaway yang pertama aku join untuk tahun 2017. Sebelum ini adalah buat giveaway tapi join yang blogger lain buat belum lagi. *Hint untuk dapat hadiah tanpa perlu buat cabutan.haha.

Klik banner untuk join
As usual, kalau nak join giveaway, aku akan join yang paling senang sekali sebab malas nak fikir buat ayat, kreativiti apa semua kan. Giveaway dari blog www.atiehelmi.com ini ya ampun mudah nau nau nak join. Syarat yang dikenakan pon yang basic basic jer. Tak perlu nak perah otak lama lama..kihkih.

Giveaway ini berlangsung sehingga 22 Ogos 2017 (Selasa). Banyak masa lagi untuk korang fikir tapi ingat yer jangan lama lama sangat fikir nanti terlepas kang peluang untuk dapatkan hadiah kat bawah ini. - Kredit kepada www.atiehelmi.com untuk semua gambar dalam entry ini.

Ahad, 13 Ogos 2017

Cheese Tart dan Cheese Crema di Tokyo Secret Sky Avenue | Genting Highlands


Tokyo Secret ini memang terkenal dengan Cheese Tart yang cukup sedap tapi aku tak pernah try pon sebelum ini. Thanks to 36 Hours Food Trail sebab bagi peluang untuk aku terjah Tokyo Secret di Sky Avenue Genting Highlands and mencuba sendiri cheese tart yang menjadi fenomena di Malaysia.

Tokyo Secret Sky Avenue, Genting Highlands
Aku sempat mencuba Hanjuku cheese tart, cheese cake dan minuman cheese crema

Cheese Tart
Tak dinafikan ianya memang sedap especially Cheesecake. Tapi yang menarik perhatian aku adalah minuman Cheese Crema series

Ada empat jenis Cheese Crema yang boleh dipilih dan antaranya adalah black tea, green tea, japanese matcha dan juga Osmanthus Oolong.

Cheese Tart, Cheese Cake dan Osmanthus Oolong Cheese Crema

Tokyo Secret, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2-42
Level 1, Sky Avenue

Facebook
www.facebook.com/tokyosecretmalaysia

Instagram
www.instagram.com/tokyosecretmy

Website
www.tokyosecret.com

Lirik lagu Rintihan Rindu nyanyian Wany Hasrita


Lirik lagu Rintihan Rindu nyanyian Wany Hasrita | Dengarkan single terbaru dari Wany Hasrita yang berjudul Rintihan Rindu. Korang boleh ke youtube FMC Music untuk menonton dan untuk pengetahuan korang jugak, setakat ini (13 Ogos 2017 Jam 0301pagi) official lyric video yang di muatnaik menerusi youtube channel FMC Music telah mencecah 493,911 tontonan (dimuatnaik pada 10 Ogos 2017). Gambar - Kredit kepada FMC Music


Lirik lagu Rintihan Rindu - Wany Hasrita

Tirai malam melabuhkan
kenangan kita bersama
Dan bersaksikan 
gerimis yang memilukan

Sungguh lintuh hati ini
Bagai dihiris sembilu
dan menarilah
irama yang menyedihkan

Walau hatiku menangis
Walau jiwa ku merintih
Rindu yang bertamu
Meruntun ragaku

Dalam beribuan bintang
Yang sering bergemerlapan
Tanpa ku sedari
Rembulan pon menyuram

Andai takdir menyuratkan
Kisah terhenti disini
Akanku abadikan
Segala memori

Untukmu kekasihku

Walau hatiku menangis
Walau jiwa ku merintih
Rindu yang bertamu
Meruntun ragaku

Dalam beribuan bintang
Yang sering bergemerlapan
Tanpa ku sedari
Rembulan pon menyuram

Andai takdir menyuratkan
Kisah terhenti disini
Akanku abadikan
Segala memori

Untukmu kekasihku

Jika ini sebuah pengakhiran sempurna

Sabtu, 12 Ogos 2017

Cakoi dan Red Bean Bun yang sedap dan lazat di I Love Yoo | Genting Highlands

Aku suka makan cakoi! kalau dekat kampung, ada satu gerai cakoi yang sedap tapi takdelah selalu beli sebab gerai tuh agak jauh dari rumah. I Love Yoo mengingatkan aku dekat gerai cakoi tuh. Rasa dia memang sedap. Aku discover pasal I Love Yoo nih pon sebab 36 hours Food Trail di Genting Highlands baru baru ini.

I Love Yoo Sky Venue, Genting Highlands
Ada banyak lagi makanan best yang ada di I Love Yoo, antaranya red bun been, butterfly bun, pulut bun, sweet potato balls, yam balls, tapioca balls, sesame balls, karipap pusing, porridge dan macam macam lagi. 


Semuanya nampak sedap tapi on that day kitorang makan cakoi, porridge, red bun bean, soy milk dan juga taufufa.

cakoi, porridge, red bun bean, soy milk dan taufufa
 Cakoi 
 Red Bun Bean
Porridge
Masa ini memang kenyang sangat tak dapat nak habiskan semua tapi jujur aku cakap cakoi dia memang sedap dan satu lagi personal favourite aku red bean bun. Lepas ini aku nak try butterfly bun dengan sweet potato balls pulak sebab bila tengok gambar dekat website dia tuh dua dua nampak menyelerakan. hehe.

I Love Yoo, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2C-02B
Level 4, Sky Avenue

Facebook 

Website

Hidup lebih sihat dengan Tian Ma Bird Nest | Genting Highlands


Berkunjung ke Genting Highlands untuk 36 hours food trail memberi peluang untuk aku mencuba sarang burung di Tian Ma Bird Nest. Satu pengalaman yang cukup aku hargai sebab ini adalah kali pertama aku makan sarang burung dan ianya tidaklah seteruk yang aku sangka.

Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue Genting Highlands


Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari sarang burung dan antaranya adalah menguatkan paru parumelancarkan sistem aliran darah,

mengandungi callogen yang tinggi dimana ianya bagus untuk kulitmenyihatkan mata dan macam macam lagi.

Signature Double Boiled Bird's Nest RM93.30
Bird's Nest with Ginseng Tea RM23.90
Bird's Nest With Pear RM29.70
Personal favourite? would be Signature Double Boiled Bird's Nest. At first memang aku tak nak makan tapi bila fikir balik, kalau aku tak cuba sekarang, sampai bila bila pon tak akan dapat rasa. Tengoklah harga dia. fuh! Mahal tapi worth it to try sebab sarang burung memang bagus untuk kesihatan. 

Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2C-05B
Level 4, Sky Avenue

Facebook

Jumaat, 11 Ogos 2017

Pengalaman pertama kali menikmati makanan yang sedap di Paparich | Genting Highlands


Pengalaman pertama kali menikmati makanan yang sedap di Paparich | Genting Highlands | To be honest, ini adalah kali pertama aku makan di Paparich. Selalu jer nampak kedai ini kat mana mana tapi tak pernah terasa nak masuk. Well, pengalaman pertama kali makan dekat sini not bad jugak sebab makanan yang dihidangkan memang sedap terutama sekali kari laksa.


Aku ke Paparich pada waktu pagi dan keadaan waktu macam ini memang pack dengan orang. First impression yang cukup bagus untuk aku kan. Aku ke sini dengan kawan kawan blogger dan kitorang order Kari Laksa, Kuey Teow goreng, 3 Layer Tea dan Stevia White Coffee

Paling exticed untuk try adalah stevia white coffee. Seperti yang kita tahu stevia adalah pengganti gula dan bagus guna stevia ini kalau nak diet. Aku wonder jugaklah macam mana rasa coffee kalau guna stevia and ternyata rasa dia memang sedap walau pon tanpa gula.

Kari Laksa yang menyelerakan. Nampak sedap kan.
Kuey Teow Goreng 
3 Layer Tea
Stevia White Coffee
Paparich ini adalah restoren yang menghidangkan banyak makanan kegemaran rakyat malaysia. Antaranya mee goreng mamak, nasi lemak, asam laksa, mee udang dan lain lain lagi. Makanan barat seperti chicken chop dan Fish and Chip pon ada di paparich. Tuh belum cerita pasal dessert lagi, kat sini ada ABC, cendol, sagu & gula melaka, rojak buah dan macam macam lagi. terliur pulak. Lepas ini kena pergi lagi sebab nak try makan Kek stim yang dihidangkan dengan gula melaka. mesti sedap. hehe.

Paparich, Sky Avenue | Genting Highlands
Level 4, Sky Avenue

Facebook

Instagram

Website

Sihat dan cantik dengan Herbal Jelly dari Koong Woh Tong | Genting Highlands


Sihat dan cantik dengan Herbal Jelly dari Koong Woh Tong | Genting Highlands | Korang pernah makan dekat Koong Woh Tong tak? Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke kedai yang menjual makanan yang berasaskan herbal. Koong Woh Tong ini ada banyak cawangan dan ianya memang terkenal dengan Herbal Jelly.


Pada awalnya aku ingat herbal jelly yang dijual disini rasanya pahit tapi aku salah sebab bila makan herbal jelly rasa dia memang sedap. Lagi pon banyak manfaat yang boleh kita dapat kalau makan herbal jelly ini.

Kebaikan Herbal Jelly

Antara kebaikan herbal jelly adalah ianya melembabkan kulit, sejukkan badan, menguatkan limpa, mengurangkan masalah jerawat dan mengelakkan sembelit


Dah la sedap lepas tuh baik untuk kesihatan. Kalau macam ini, hari hari makan pon tak kisah. 


Satu mangkuk kecil herbal jelly berharga RM11 dan RM14 untuk mangkuk besar. Aku tak sure yang aku makan tuh yang besar atau kecil. Selain Herbal Jelly, Koong Woh Tong juga ada menjual Herbal Tea yang boleh melegakan batuk, demam dan sebagainya.

Koong Woh Tong, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2C-05A
Level 4, Sky Avenue

Facebook

Khamis, 10 Ogos 2017

Tampopo Delicieux untuk anda yang menggemari Ramen dan Udon | Genting Highlands


Tampopo Delicieux untuk anda yang menggemari Ramen dan Udon | Genting Highlands | Journey di Genting Highlands belum habis lagi tau korang, ada banyak lagi tempat makan yang best di Sky Avenue yang belum aku share dengan korang semua. Hari ini kita teruskan dengan Tampopo Delicieux. Restoren ini menyediakan makan jepun seperti ramen dan udon. Korang penggemar ramen? Kalau yer, maknanya restoren ini memang wajib korang singgah.

Tampopo Delicieux
Dekorasi adalah benda pertama yang akan menarik minat aku untuk masuk ke sesebuah restoren atau kafe. Makanan tuh for sure kita tak tahu sedap atau pon tak sebab tak pernah cuba tapi first impression tuh penting untuk attract customer/pelanggan datang. betul tak? 

Tampopo Delicieux
Dan Restoren ini berjaya menarik minat aku sebab deko yang ada disini sangat santai dan modern. Sekarang kita tengok makanan pulak. Adakah ianya betul betul sedap atau sekadar so so jer. hehe.Aku bukanlah penggemar ramen tapi tak salah kalau sekali sekala tukar angin kan.

Antara yang menarik di Tampopo Delicieux
Ini adalah antara makanan yang menarik untuk di order sekiranya korang datang ke Tampopo Delicieux. Kita ada Mini Beef  Udon, Mini Chicken Ramen, Chicken Rice Curry dan Tempura Set.

Mini beef Udon
Mini Chicken Ramen
Chicken Rice Curry
Curry
Tempura Set
Macam mana korang? Nampak sedap kan. Aku suka Chicken Rice Curry tuh! Ayam dia sedap tapi yang paling aku suka, dorang punya creampuff dan green tea. 


Dua dua tuh memang sedap. Lebih lebih lagi green tea. Susah nak cari green tea yang sedap. Dah macam macam aku try dan green tea dekat Tampopo ini adalah antara yang paling aku suka selain Sushi King. hehe.

Green Tea
Creampuff

Tampopo Delicieux, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2-20&21
Level 1, Sky Avenue

Facebook

Instagram