Rumah diserbu, Aku kena tangkap basah?

pengalaman buruk, rumah kena serbu, serbuan, khalwat, tangkap basah,
Rumah diserbu, Aku kena tangkap basah? | Isu kena tangkap basah atau khalwat nih memang agak sensitif untuk dikongsikan secara umum. Orang mungkin akan cakap "kau nih! aib sendiri pun nak cerita bagi satu dunia tahu ke?". Well sebelum korang judge aku macam macam biar aku cerita kisah tangkap basah ini sampai habis dulu ok?

Kejadian ini berlaku masa aku dekat KL. Masa tuh aku baru dapat kerja dekat satu syarikat yang boleh dikatakan agak terkenal dan dikenali ramai. Excited? of course tapi pada masa yang sama aku agak stress sebab dekat KL ini susah nak cari rumah sewa/bilik sewa dengan harga murah tapi alhamdulillah dalam masa yang singkat aku berjaya dapatkan bilik sewa berdekatan dengan tempat kerja dan harga pun sangat ok.

Tapi satu benda yang aku risau adalah rakan serumah sebab aku tak kenal dorang semua kan. Pada hari aku jejakkan kaki di rumah tuh ada housemate yang greet, tunjukkan bilik aku dan siap bagi pesanan lagi "Dalam rumah ini tak boleh bawa balik kawan lelaki or kawan perempuan or girlfriend yada yada yada". 

Bila dia cakap macam tuh aku pon fikir yang orang orang yang duduk dalam rumah ini mesti unproblematic which is sangat baguslah kan tapi semuanya nan hado sebab tak sampai 2 hari aku duduk situ member rumah bawak balik perempuan siap tidur terkangkang dekat living room. 

I was like what am i getting myself into? Korang sembang pung pang pung pang cakap itu ini tapi last last yang bawa balik perempuan dekat rumah member korang  jugak. Aku memang tak senang duduk dah tapi disebabkan penat sangat sangat aku biarkan jelah dorang buat kerja dorang yang penting jangan kacau privacy aku. Next time kalau jadi lagi baru aku fikir apa nak buat. 


Beberapa hari lepas tuh, aku balik kerja lambat sikit dari biasa. Sampai jer rumah aku mandi masuk bilik terus tidur. Dalam jam 1 pagi macam tuh aku tersedar sebab orang ketuk pintu bilik sambil jerit "buka pintu ini sekarang, kalau tak kami pecahkan". Gila tak cuak kan! Dengan mamainya aku buka pintu, dorang terus serbu masuk bilik aku tengok sekeliling macam aku buat jenayah.

Kalau tak silap aku masa kena serbu tuh ada beberapa orang pegawai RELA dan seorang ustaz. Dorang tanya aku, tahu tak housemate bilik depan ada bawak perempuan masuk rumah? For sure la aku tak tahu sebab untuk pengetahuan korang, Housemate bilik depan aku inilah yang bagitahu aku kat rumah sewa ini tak boleh bawak perempuan balik rumah tapi rupa rupanya dia pon sama jer perangai dengan housemate yang lagi satu tuh. 

Tak pasal pasal aku kena heret sekali pergi jais sebab nak setelkan hal ini. Ustaz tuh cakap kalau aku tak pergi jais nanti aku pon akan dikira bersubahat sekali. Nasib baik besoknya tuh aku cuti so bolehlah pergi jais. Yang paling kelakar, pagi pagi lagi housemate aku yang kena tangkap basah tuh ketuk pintu bilik sebab nak ingatkan aku pergi jais dengan muka tak bersalah langsung.

Dekat jais tuh takdelah apa sangat pon. Dorang suruh aku bagi keterangan tentang kejadian yang berlaku. Bengang jugaklah sebab hari cuti aku dihabiskan dengan benda benda macam nih. Lepas kejadian tangkap basah, aku terus pindah dan teruskan hidup di rumah sewa baru. 
LihatTutupKomentar