Blogger business card untuk arepnakbebel.com - Lifestyle, Event, Review, Travel, Info | Blog Arepnakbebel

Thursday, 4 October 2018

Blogger business card untuk arepnakbebel.com

Blogger business card untuk arepnakbebel.com | Dalam entry sebelum ini aku pernah kongsikan dengan korang semua satu entry berkenaan dengan BLOGGER DAN BUSINESS CARD . Masa itu design untuk business card memang dah ada cuma nak print kan jer tapi tak tahulah kenapa aku tak buat. Sekarang ini bila tengok balik design tuh bersyukur jugalah tak print.haha


Untuk design yang baru aku prefer warna putih untuk background sebab ianya lebih simple and clean. Not as perfect as i want it to be but i love it so much especially tulisan "Luqmanzakaria" dan logo. Kudos to my brother sebab buatkan logo yang awesome tuh.


Design untuk card ini memang penting. kita cuba sebaik mungkin untuk design business card kita supaya nampak cantek dan kemas tapi selain dari itu font yang dipilih untuk card pon memainkan peranan penting juga sebab kita nak maklumat yang disampaikan tuh senang untuk difahami oleh semua orang.


Lepas jer siap aku cepat cepat hantarkan design untuk perinting. Kalau aku pendingkan lagi maknanya sampai bila bila pon business card ini takkan wujud. Alhamdulillah sekarang printed business card dah ada dekat aku.


Dah lama nak buat kad tapi baru sekarang jadi realiti. Sebelum ini banyak idea tapi tak buat. sabar jerlah dengan perangai sendiri. Berbalik pada kad yang aku buat ini, ianya memang simple gila. Blogger yang belum buat kad tuh dah boleh start plan sekarang yer. 

No comments:

Post a Comment