arepnakbebel dalam Majalah Remaja - Lifestyle, Event, Review, Travel, Info | Blog Arepnakbebel

Thursday, 4 October 2018

arepnakbebel dalam Majalah Remaja

arepnakbebel dalam Majalah Remaja | Assalamualaikum! Ehem ehem. Tajuk entry tak nak kalah. Alhamdulillah rezeki. Tak sangka pulak cepat jer Majalah REMAJA review blog aku. Ingatkan makan masa yang lama sebab aku yakin ramai lagi blogger blogger kat luar sana inginkan blog mereka di review dalam Majalah ini.Untuk Akak Nurul Huda. Terima kasih yer sebab luangkan masa membaca email dan explanation tentang blog yang panjang lebar tuh. 


30 tahun berada dipasaran. REMAJA decide untuk melakukan perubahan pada Majalah mereka. dan Yup! Aku suka sebab nampak lebih REMAJA! dan fresh. Honestly, bila akak Nurul Huda bagitau blog aku akan direview, aku berharap sangat blog aku direview dalam majalah REMAJA keluaran 1 November dan sekali lagi Alhamdulillah ianya berlaku. Bak kata orang, Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu..kan?


Keluaran 1 November 
Ok. sekarang nak share pasal Blog arepnakbebel.com dalam segmen  Siber blogger pulak. Yesterday, aku ada training kat Renaissance Kuala Lumpur. Training untuk probation staff kat situ. Disebabkan sampai awal aku online dulu. Then, Deno bagitau blog aku masuk REMAJA keluaran terbaru. apa lagi aku..senyum bertingket tingketlah. Habis jer training terus pergi beli.hehe.


Seronok bila ramai kawan kawan yang ucap tahniah


Header blog yang dimasukkan dalam ruangan nih sebenarnya header yang lepas..but its okay..yang penting ada tertempek muka sendiri.muahaha. Apa apa pon terima kasih sekali lagi untuk Remaja. Sehingga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang..Happy blogging semua.

No comments:

Post a Comment