Rabu, 29 Mac 2017

MUZIK VIDEO DAN LIRIK LAGU TEMA ANUGERAH MELETOP ERA 2017 NYANYIAN SYAMEL #AME17

21:51 7
Anugerah Meletop Era kembali lagi untuk tahun 2017. Ada banyak anugerah yang dipertandingkan tapi yang menarik perhatian of courselah lagu tema AME17. Lagu tema AME tahun ini dinyanyikan oleh syamel. Tahun lepas memang mehh gila kot lagu dia tapi for this year aku bagi lima bintang. sebab? first sekali lagu ini memang catchy dan upbeat dari tahun lepas dan yang keduanya syamel kot yang nyanyi mestilah sedap. Kalau tak caya boleh dengar sendiri dan boleh nyanyi sama. Gigih aku salin lirik dia untuk korang semua. Selamat mendengar dan semoga terhibur.


Lirik lagu AME 17
Sudah kedengaran sorakan tepukan
Bahangnya kembali rasakan gegaran
Artis kegemaran mencuri tumpuan
Anugerah berprestij jangan ketinggalan

Inilah masanya kemenangan dirai bersama semua
Inilah masanya saat dinanti nanti akhirnya tiba
Inilah masanya temasya gemilang paling meletop
Terasa rugi kalau tak turut serta

Angkat tangan
Angkat tangan
Angkat tangan
Meletop angkat tangan hey!
2x

Meletop
 Meletop 
Meletop
AME 17 
2x

Pelbagai pencalonan menjadi rebutan
siapa mendominasi merangkul gelaran
artis kegemaran menjadi pilihan
Semua menyaksikan dengan penuh debaran

Inilah masanya kemenangan dirai bersama semua
Inilah masanya saat dinanti nanti akhirnya tiba
Inilah masanya temasya gemilang paling meletop
Terasa rugi kalau tak turut serta

Angkat tangan
Angkat tangan
Angkat tangan
Meletop angkat tangan hey!
2x

Meletop
Meletop 
Meletop
AME 17 
2x

Bertenang angkat tangan
8x

Credit to syamel_official instagram

Rabu, 22 Mac 2017

MUZIK VIDEO DAN LIRIK LAGU TERUS MENCINTAI NYANYIAN SITI NORDIANA

21:13 21
Berita baik untuk semua peminat Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana. Penyanyi yang popular dengan lagu Memori berkasih kini kembali dengan lagu baru yang bertajuk Terus Mencintaimu. Lagu ini memang best, lagi lagi kalau korang dengar sambil tengok muzik video dia.

Credit to Seventeen Eleven Music Youtube

Lirik Lagu Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana


Oh Kasihku takkan hilang
Bila Kau ingat kepadaku
Oh Cintaku tak akan pudar
Bila Kau selalu disampingku

Rasa Rinduku melayang layang
Mengingatkan Engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan


Rasa Rinduku melayang layang
Mengingatkan Engkau seorang
Menyemai Kasih di dahan cinta
Haruskah Aku terus menangis

Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan

Sungguh Sungguh ku tak bisa
Menahan Besarnya rinduku padamu
Sungguh Sungguh ku tak bisa
Memaksa Dirimu mencintaiku

Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan
Tak Bisa seluas lautan
Credit to utaranews.com

Khamis, 16 Mac 2017

BEAUTY AND THE BEAST SONG - COVER BY KHAI BAHAR & IAMNEETA (VIDEO & LYRIC)

23:27 10
Beauty and the beast jadi perbualan hangat sekarang ini kan. Ramai yang dah tak sabar nak tunggu filem ini dimainkan di pawagam termasuklah aku. Dulu aku tak pernah tengok pon BNTB nih tapi rasa excited untuk tengok tuh still ada sebab nampak macam menarik untuk ditonton.


Untuk entry kali ini aku nak share pasal Soundtrack BNTB yang dahulunya dinyanyikan oleh Celine Dion dan Peabo Byrson. Tapi untuk filem BNTB yang sekarang ini lagu itu dibawakan oleh Ariana Grande dan John Legend. Kalau korang ke youtube memang ramai yang cover lagu ini termasuklah Khai Bahar dan Iamneeta. Jom layan kejap.


Lirik lagu Beauty and The Beast


Tale as old as time
True as it can be
Barely even friends
Then somebody bends
Unexpectedly

Just a little change
Small to say the least
Both a little scared
Neither one prepared
Beauty and the Beast

Ever just the same
Ever a surprise
Ever as before
And ever just as sure
As the sun will rise
2x

Tale as old as time
Tune as old as song
Bitter-sweet and strange
Finding you can change
Learning you were wrong

Certain as the sun
Certain as the sun
Rising in the east
Tale as old as time
Song as old as rhyme
Beauty and the Beast

Tale as old as time
Song as old as rhyme
Beauty and the Beast
*******

Rabu, 15 Mac 2017

TRUST ISSUE KL, KAFE PENGGEMAR MAKANAN FUSION

20:23 14
Dah lama rasanya tak share dengan korang semua pasal makanan. Sebelum ini memang tak ada masa nak keluar makan di tempat yang agak jauh dari rumah sebab sibuk dengan kerja dan cuti pon tak menentu. Selepas berhenti kerja shift ini, adalah juga masa untuk berehat dan beriadah. gituh.haha.

Korang pernah dengar pasal Kafe Trust Issue tak? Aku tahu pon sebab abang aku yang cerita and the way how dia cerita dekat aku tuh buatkan aku rasa excited nak try. Jadi aku ajaklah kawan kawan pergi and seriously memang tak menyesal aku travel dari setapak pergi cheras semata mata nak makan dekat Trust Issue.

Masa kitorang sampai tuh memang ramai orang. Nasib baik ada tempat duduk kalau tak terpaksa duduk luar. Masa tuh kat luar panas so kitorang redah jugak masuk dalam cari seat. Bila dah dapat seat tuh apa lagi order time! 

Aku tak tahulah sejak bila tekak aku boleh bertoleransi dengan cukup baik dengan spaghetti tapi yang pasti kalau aku nak makan spaghetti, i would go for Aglio Olio. Biasanya kalau nak makan aglio olio mesti ada seafood and i am not a fan of seafood pasta. Kalau nak makan aglio olio yang ada ayam aku akan ke Wondermama X. Memandangkan dekat Trust issue ada Aglio Olio Ayam Percik. without any doubt aku terus order yang tuh.

Aglio Olio with Ayam Percik

Korang memang patut try aglio olio ayam percik ini sebab memang sedap. Kawan kawan aku yang ikut masa ini pon cakap benda yang sama. It was soo delicious. Nak repeat balik tapi tak tahulah bila sebab jauh sangat dari rumah but sure akan ke sana lagi. Siapa siapa yang nak pergi tuh roger roger lah aku.haha.

Kalau korang tak berapa nak ada chemistry dengan pasta, boleh jer order Butter Rice with Ayam pandan atau Crispy Chicken cheese. Dua dua sedap tapi one of my friends tak suka sangat. Last last dia habiskan ayam oglio olio aku and aku plak yang habiskan makanan dia. 

Butter Rice with Ayam Pandan
Crispy Chicken Cheese

Selain main course, kawan aku ada order starter. Dia order Munchy Byte (Crispy Crab Stick). Masa tengok gambar dalam menu. aku tak rasa nak makan pon sebab nampak kurang menarik tapi sekali dah sampai meja, hmmm! mulut nih tak berhenti mengunyah sebab sodap.


Overall semuanya memang marvellous! kalau korang nak usha social media dorang sebelum pergi bolehlah klik link yang aku share dekat bawah ini. Aku letak sekali dengan alamat dan waktu operasi untuk rujukan korang. 



Lokasi 
Trust Issue KL
No. 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik,, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur 56000

Contact Number
03-91741995

Opening Hours
Monday - Thursday 1200pm - 1200am
Friday 0400pm - 0100am
Saturday & Sunday 1200pm - 0100am

Ahad, 12 Mac 2017

MUZIK VIDEO DAN LIRIK LAGU SABAR NYANYIAN ISMAIL IZZANI

22:36 6
Siapa kenal Ismail Izzani? Aku pon kurang pasti siapa penyanyi muda ini tapi yang pasti lagu sabar yang dinyanyikan oleh Ismail Izzani mendapat sambutan yang mengalakkan dari peminat beliau. First time dengar pon dah jatuh cinta dengan lagu ini. Muzik video lagu sabar ini ditonton sebanyak 700,000 kali setakat ini. 

Official Music Video with Lyric

Lirik lagu sabar - Ismail Izzani

Chorus
Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Verse 1
Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Repeat Chorus

Verse 2
Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Bridge 
Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya

DUFFLE BAG PILIHAN LELAKI MASA KINI DAN TIPS UNTUK MEMILIH DUFFLE BAG YANG SESUAI DENGAN CITARASA ANDA!

11:26 0
Apakah itu duffle bag dan adakah ia pilihan lelaki masa kini? Duffle bag merupakan beg yang menjadi pilihan lelaki masa kini yang aktif bersukan mahupun melancong. Ia bukanlah beg yang sesuai digunakan untuk aktiviti harian tetapi dengan cara penggayaan yang sesuai, korang mungkin dapat menggunakannya setiap hari tanpa mengira masa dan aktiviti. Klik bags online sekarang untuk tengok beg duffle yang ya ampun lawa nau nau. Serious tak tipu. Hehe.

Ada banyak pilihan duffle bag yang ada di pasaran, korang mungkin akan rasa terkilan sebab tidak tahu mana satu nak pilih kan. Jangan risau, teruskan membaca entri ini untuk dapatkan tips membeli duffle bag dari luqman zakaria.


Sekiranya korang membawa banyak barang ke tempat kerja atau business trip (Melancong untuk urusan kerja atau perniagaan), duffle bag yang diperbuat dari kulit sama ada tiruan atau pon asli adalah pilihan yang sesuai kerana ia dapat membuatkan korang nampak lebih profesional dan bergaya.


Untuk mereka yang kerap ke gym dan bersukan, duffle bag sukan merupakan pilihan yang tepat. duffle bag untuk aktiviti sukan selalunya diperbuat daripada bahan kain nilon yang tahan lasak dan mudah dicuci. 

Ada juga duffle bag sukan yang kalis air dan diperbuat daripada bahan jenis mudah “bernafas” supaya pakaian dan kasut sukan anda tidak mudah berbau. Jadi untuk lelaki di luar sana yang meminati sukan dan aktif ke gym, beg duffle jenis nilon adalah pilihan terbaik untuk korang.



Bagi mereka yang kerap melancong, duffle bag macam dalam gambar kat atas ini menjadi pilihan ramai. Ini adalah kerana ianya sangat bergaya dan mempunyai ruang penyimpanan yang versatil. Cukup untuk memuatkan pakaian termasuk sepasang kasut extra, beg travel jenis duffle sangat mudah dibawa dan digunakan. Jadi kalau anda mahu tampil bergaya semasa melancong, korang haruslah memilih duffle bag kacak seperti ini. Aku harap dengan tips yang aku kongsikan untuk entri kali ini dapat membantu korang semua membuat pilihan. Kalau  korang dah buat pilihan, tunggu apa lagi?Jomlah dapatkan duffle bag sekarang!

Sabtu, 4 Mac 2017

NOKIA 3310 KEMBALI DENGAN DESIGN YANG BARU DAN PILIHAN WARNA YANG MENARIK

16:34 5
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Nokia 3310 adalah antara phone yang paling awal aku gunakan dulu. Walaupon phone ini tidak segah smartphone yang ada dalam pasaran sekarang tapi ada beberapa kelebihan yang tersendiri contohnya ketahanan bateri yang sangat legend. haha.
Nokia 3310 new version
Credit to indianexpress.com
"The icon is back"
Nokia 3310 yang baru didatangkan dengan Dual Sim dan empat pilihan warna yang agak menarik iaitu warm red, warm yellow, dark blue dan grey.

Korang ingat lagi tak game Ular? Dulu kalau pakai Nokia 3310 memang main game ular jer 24 jam. Main la puas puas sampai kebas jari pon tak apa sebab bateri tak kong.haha.
Snake Game on New Nokia 3310
Credit to mashable.com
Game ular ini adalah antara game yang paling senang nak main dan kalau sekali korang main mesti addicted. Bila Nokia 3310 yang lama dah pupus semua orang rindu nak main balik game nih. Jadi, kepada budak budak 90an yang nak asah skill tuh kenalah beli Nokia 3310 yang baru nih.

Tapi lagi epik kalau dorang masukkan Space Impact sekali dalam phone Nokia 3310 yang baru ini. Game ular tuh memang la best tapi aku lebih suka main space impact. Kalau aku dah start main memang susah nak berhenti. Korang lebih suka yang mana? Snake atau Space Impact? ke bantumi? kihkih.

Spesifikasi Nokia 3310 baru
Battery Life
Max. talk time Up to 22.1 hours
Max. standby time Up to 25.3 days
Max. MP3 playback time Up to 51 hours
Display
Size and type 2.4” QVGA
Camera
Primary camera 2MP
Flash LED flash
Storage
Internal memory 16 MB4
MicroSD card slot Support for up to 32 GB, 
memory card sold separately  - Click here for more                                           Credit to www.nokia.com

   Credit to Nokia Mobile youtube channel

Jumaat, 3 Mac 2017

DAPATKAN XIAOMI REDMI 4A GOLD/ROSE GOLD DENGAN HARGA MAMPU MILIK DI LAZADA MALAYSIA SEKARANG!

23:38 12
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Light goes a long way adalah tagline yang sesuai untuk Redmi 4A sebab smartphone nih tersangat lah ringan (131.5g) dan rupa bentuknya juga sangat menarik. Redmi 4A didatangkan dengan dua pilihan warna yang menjadi pilihan ramai iaitu gold dan rose gold


At first tuh aku tak percaya sangat yang smartphone ini ringan tapi bila dah pegang barulah "eh eh ringanlah". tetiba rasa teruja pulak masa tuh.haha! Terima kasih aku ucapkan kepada InvolveAsia, MI (Redmi 4A) dan Lazada kerana memberi peluang untuk aku rasakan sendiri kehebatan Redmi 4A ini.


Menghadiri Majlis Pelancaran Redmi 4A yang diadakan di Berjaya Times Suare Hotel membolehkah aku berkongsi serba sedikit tentang Redmi 4A dengan korang semua sebab aku dapat beberapa maklumat berkaitan dengan spesikasi dan kelebihan yang ada di smartphone ini yang mungkin tiada di smartphone yang lain.


Redmi 4A
  • Gold dan Rose Gold
  • 5" Display
  • 13 MP rear camera & 5MP front camera
  • Snapdragon 425 - Processor
  • Dual Sim
  • 2GB+16GB Flash
  • 3120mAH (typ) - Battery
Apa kelebihan Redmi 4A yang tiada di Smartphone yang lain?
Redmi 4A menggunakan MIUI8. Apa kelebihan MIUI8? ianya membolehkan korang menggunakan dua aplikasi dengan akaun yang berbeza. Katakanlah korang ini ada business online dan korang gunakan dua akaun whatsapp, satu untuk personal dan satu lagi untuk business. Agak messy dan menyusahkan kalau nak ke hulu ke hilir dengan dua smartphone kan tapi dengan Redmi 4A, korang tak perlu lagi 2 smartphone sebab korang boleh create dua akaun whatsapp dalam satu handphone. Menarik kan! Korang boleh memiliki smartphone dengan harga RM459 sahaja.