Rabu, 27 Disember 2017

Memasak lebih mudah dengan Produk dari Pacific West Malaysia

Memasak lebih mudah dengan Produk dari Pacific West Malaysia | Baru Baru ini aku berpeluang untuk menghadiri satu rancangan masakan "Best Cook is at Home"  yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, (SACC) Shah Alam. Ada tiga orang chef yang dijemput hadir untuk menyediakan resipi menarik menggunakan produk dari Pacific West Malaysia. 
Chef pertama yang memulakan rancangan masakan pada hari tersebut adalah Chef Leong Main Choy dimana beliau berkongsi tiga resepi yang sangat menyelarakan dengan para tetamu yang hadir iaitu Cheezy Cheese, Caeser Salad Cajun Crisp Onion Flower, Cheezy fish wholemeal sandwich dan Trio Canape Cheezy Fish Fillet.
Ketiga tiga resepi yang dikongsikan oleh Chef Leong Main Choy memang cukup menarik dan senang untuk kita semua praktikkan dirumah. Resepi yang ditunjukkan oleh chef jemputan yang kedua tidak kurang hebatnya juga. Chef yang aku maksudkan adalah Chef Dr Ezani yang merupakan Juara Masterchef musim yang pertama. 
Dengan menggunakan makanan laut dari Pacific West Malaysia, Chef Dr. Izani menyediakan dua jenis masakan yang sangat ringkas dan menyenangkan. 


Untuk mereka yang tak pandai macam aku ini pon boleh masak tau. Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillet dan Salt and Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce adalah resepi yang dikongsikan oleh beliau pada hari tersebut.
Tengok gambar pon nampak sedap kan. Teringin nak try masakan air tangan Chef yang hebat hebat ini tapi sayang hari itu tak berani nak jadi volunteer sebab malu.hehe. Apa pon, jom kita tengok apa yang Chef Bryan dari Yum Yum Publication hidangkan.
Resepi yang dikongsikan oleh Chef Bryan kali ini adalah Crispy Calamari with Pickles dan juga Tempura Fish Fillets & Mixed Vege Spring Rolls.
Semua Resepi yang dikongsikan oleh ketiga tiga chef pada hari tersebut sangat best dan mudah untuk kita cuba di rumah. Sekarang ini aku nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan produk Keluaran Pacific West Malaysia.
Pacific West Malaysia keluarkan banyak rangkaian produk yang berasaskan makanan laut macam sotong, ikan dan juga udang. Ada beberapa produk yang aku sempat bawa balik untuk cuba sendiri dan antaranya adalah Black & Pepper Squids, Calamari Rings, Tempura Fish Fillets, Oven Baked Fish Fillets dan Cheesy Fish Fillets. Untuk pengetahuan semua, Cheesy Fish Fillets adalah produk terbaru keluaran Pacific West Malaysia dimana mereka meletakkan mozarella dan nacho cheese yang melazatkan bersama Fish Fillet. Rasanya memang sedap. 
Oh yer! Sekarang ini Pacific West Malaysia juga ada buat contest yang menarik untuk semua pelanggan Mereka. Hadiah hadiah yang bakal dimenangi juga sangat best. Contest ini berlangsung sehingga 15 Januari 2018. Tunggu apa lagi! Jom la join sekarang. Macam mana nak join? Korang boleh refer gambar dibawah ini.
Maklumat lanjut : LAMAN WEB FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TWITTER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan