Isnin, 27 November 2017

Menonton filem Justice League di Sky Avenue Mall, Resorts World Genting

Menonton filem Justice League di Sky Avenue Mall, Resorts World Genting | Filem superheros yang menggabungkan Batman, Aquaman, Superman, Cyborg, Wonder Woman dan The Flash ini sudah mula ditayangkan di pawagam sejak dari 16 November lagi tapi Alhamdulillah aku diberikan peluang untuk menonton filem yang hebat ini sehari sebelum tayangan rasmi. Yang paling best, aku dapat menonton bersama kawan kawan di Sky Avenue Mall, Resorts World Genting.
Credit to Jonny Tiew

Menikmati makanan yang lazat di Motorino Pizza sebelum tayangan

Sebelum tayangan dimulakan kitorang ke Motorino Pizza yang terletak di tingkat satu Sky Avenue Mall untuk makan malam. Di restoren ini, mereka menghidangkan pelbagai makanan yang sedap sedap. Kawan kawan yang dilahirkan pada bulan Oktober dan November juga diraikan ketika makan malam berlangsung. Sangat meriah dan kek juga sangat sedap!

Singgah di DC Superheroes Cafe untuk dessert yang awesome

Tayangan bermula jam 930 malam, jadi kitorang semua berpeluang ke DC Superheros Cafe untuk menikmati dessert yang sesuai dengan tema kitorang untuk tayangan filem Justice League. Kek Superman yang dihidangkan memang menambahkan lagi mood untuk menonton filem ini. Tak cukup dengan kek, Pihak DC Superheros Cafe dengan murah hatinya menghadiahkan kitorang Goodies bag yang mengandungi beberapa barangan menarik sebagai cenderahati.
Credit to Jonny Tiew

Tayangan Perdana Filem Justice League 

Best ke tak filem Justice League ini? Pada pandangan aku, filem ini sangat best! kenapa? First sekali, filem ini pack dengan aksi aksi yang cukup hebat. Kalau korang nak tahu filem ini berdurasi dua jam tapi langsung tak rasa macam dua jam. Selain itu, korang juga akan dapat tengok bagaimana Superman kembali hidup untuk membantu Team yang lain menyelamatkan Bumi. 

Sorry la guys! Aku tak pandai sangat nak review filem atau drama semua ini. Kang kejap lagi aku cerita dari A to Z parah pulak. hehe. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Resorts World Genting sebab sudi jemput aku ke Premier Screening filem ini. Seperti biasalah, kalau korang nak dapatkan info info menarik yang ada di Resorts World Genting, korang boleh layari www.rwgenting.com

1 ulasan: