Khamis, 30 November 2017

Pizza Hut memperkenalkan Digital Concept Store pertama di Asia Pasifik

Pizza Hut memperkenalkan Digital Concept Store pertama di Asia Pasifik  | Baru baru ini aku ke Pizza Hut cawangan Sunway Pyramid untuk mencuba Pizza Chicken Cheesy Bites  yang menjadi kegemaran ramai. Pizza edisi terhad ini berada dipasaran sejak bulan oktober. Tak boleh tangguh tangguh yer sebab korang hanya boleh menikmati pizza yang awesome ini sehingga bulan disember sahaja. 

Pizza Chicken Cheesy Bites 

Tengok jer pon dah terliur! Pizza Chicken Cheesy Bites ini memang "rich" dengan cheddar dan Mozarella cheese. Spring cheese yang ada dalam setiap kerak pizza tuh memang marvellous. Pizza ini juga lengkap dengan peperoni ayam yang lazat, bebola daging ayam dan cebisan ayam di atas sos tomato.
Yang bestnya sekarang ini Pizza Chicken Cheesy Bites didatangkan dengan Cheesy Dip! melimpah dengan cheese lah kalau makan pizza nih! Seriously puas hati. Kalau korang teringin nak makan pizza pleasa order yang ini ok. Confirm tak menyesal lebih lebih lagi kalau korang penggemar cheese. Pizza Chicken Cheesy Bites terbaru ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa dan pilihan kombo juga boleh didapati melalui panghantaran, take away atau dine in.Untuk Dine in, Pizza Hut menawarkan kombo untuk dua dan empat orang dengan harga RM37.90 atau RM69.90 setiap satu.

Kombo Pizza Chicken Cheesy Bites untuk dua orang

  • Pizza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa
  • Dua sup krim cendawan
  • dua minuman 
  • satu hidangan pembuka selera 

Kombo Pizza Chicken Cheesy Bites untuk empat orang

  • Pizza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa
  • Empat sup krim cendawan
  • Empat minuman
  • Empat hidangan aiskrim
  • Dua Hidangan pembuka selera 
  • Tambahan satu pizza kegemaran bersaiz biasa (pan/hand-streched)

Pizza Hut Digital Concept Store di Sunway Pyramid 

Pengalaman menikmati Pizza Hut di cawangan Sunway Pyramid kali ini mesti berbeza sebab ada pelbagai pembaharuan menarik yang bakal korang rasai dari saat korang melangkah masuk ke dalam restoren. Antara yang menarik perhatian adalah robot penyambut tetamu yang sangat comel.
Kesemua pekerja di restoren konsep digital baru Pizza Hut cawangan Sunway Pyramid ini dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat. Pelanggan juga dapat menggunakan menu "Augmented Reality" dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi animasi yang menarik.

Take Away Kiosks

Sekarang ini aku nak cerita tentang take away kiosk pulak. Untuk pengetahuan semua, Pizza Hut cawangan Sunway Pyramid adalah outlet pertama yang memperkenalkan take away kiosks. Satu pembaharuan yang sangat baik untuk pelanggan setia Pizza Hut.
Dengan wujudnya take away kiosk ini aku rasa proses pembelian pizza akan menjadi lebih mudah dan senang. Yang pasti ianya akan menjimatkan masa pelanggan dan mengurangkan masa menunggu. Lepas ini tak perlu beratur panjang dah kalau nak take away pizza di Sunway Pyramid.

Download aplikasi Pizza Hut dan Nikmati ganjaran yang "melazatkan"

Kalau korang inginkan ganjaran hebat dari Pizza Hut kenalah download aplikasi mereka sekarang. Dengan setiap pesanan, korang akan diberikan poin pizza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan, minuman atau pon pizza percuma


Bagi meraikan aplikasi mudah alih ini, Pizza Hut dengan besar hatinya akan memberikan 35,000 pizza percuma melalu promosi terbaru mereka iaitu "You Download, We Belanja". Korang hanya perlu download, buat pesanan untuk satu pizza saiz biasa dan mereka akan bagi satu lagi pizza saiz biasa kepada korang secara Percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan Promosi terkini, korang boleh layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia

Kredit gambar : www.thisisreef.com | Thank you Reef!

1 ulasan: