Isnin, 20 November 2017

Pengalaman menjana pendapatan lumayan bersama Sushivid

Pengalaman menjana pendapatan lumayan bersama Sushivid | Peluang untuk menjana pendapatan sampingan secara online adalah sangat mudah. Semuanya bergantung pada diri sendiri samada kita nak atau pon tak. Sekarang ini ada banyak Platform yang boleh digunakan oleh netizen untuk menjana income yang lumayan. Salah satunya adalah dengan mendaftar sebagai Influencer di laman sesawang Sushivid.

Apa itu Sushivid?

Sushivid adalah platform yang menghubungkan  "brand" dan "Influencers" dalam satu website bagi memudahkan Influencers mencari dan mendapatkan kerja berbayar tanpa perlu menandatangani sebarang kontrak dan yang paling best! pendaftaran adalah percuma! 

Nama Sushivid ini sebenarnya adalah inspirasi dari hidangan makanan jepun kegemaran ramai iaitu Sushi. Mula beroperasi pada tahun 2015 sehingga kini. Dalam masa dua tahun sahaja, sushivid sudah bekerjasama dengan lebih 100 brands  dan 500 influencers dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan juga Thailand. Pada awalnya, Sushivid hanya fokus kepada youtubers sahaja tetapi sekarang ini mereka ingin mengembangkan lagi pencarian influencers yang aktif di instagram dan blog untuk menjadi sebahagian daripada keluarga sushivid.

Syarat yang diperlukan untuk mendaftar di Sushivid adalah seperti berikut.

Youtubers - 250 Subsribers
Instagrammers - 2000 Followers
Bloggers - 2000 visits every month

Melepasi salah satu syarat sahaja sudah cukup untuk melayakkan korang mendaftar di Sushivid. RM10 juga akan dimasukkan ke dalam account/wallet sushivid korang selepas mendaftar sebagai Influencers di link yang aku kongsikan di bawah ini.

REGISTER SUSHIVID HERE AND GET RM10 FOR FREE

2 Cara untuk menjana pendapatan di Sushivid

1. Join Referral Program 

Referral Program ini sangat mudah dan pulangan yang korang akan dapat juga sangat lumayan. Korang hanya perlu kongsikan "Unique referral code" yang disediakan oleh sushivid dengan kawan kawan dan juga pembaca blog korang. Jika ada antara mereka yang mendaftar dibawah link yang korang share, both of you akan dapat RM10 secara percuma! 

Ingat! Mereka yang mendaftar menggunakan unique referral code sahaja akan dapat RM10 selepas mendaftar. Kalau korang nak RM10 tuh, korang boleh tinggalkan email address di ruangan komen dibawah dan aku akan hantarkan unique referral code melalui email atau pon korang klik link di atas untuk mendaftar. 

2."Propose" Kerja berbayar di Sushivid

RM10 adalah satu permulaan sahaja. Sekarang ini aku nak kongsikan dengan semua tentang cara untuk "propose" kerja berbayar di Sushivid. Di bahagian New Campaign, Sushivid akan memaparkan kempen kempen menarik dari pelbagai  jenis brand. Sekiranya korang berminat untuk bekerjasama dengan salah satu kempen yang dipaparkan, korang hanya perlu propose sahaja dan mereka akan membuat penilaian samada proposal korang tuh sesuai atau pon tak dengan kempen yang mereka sedang jalankan. 
Kongsikan idea idea bernas untuk setiap kempen yang korang nak propose tuh. Sekiranya idea korang menarik perhatian mereka, berapa pon bayaran yang korang letak, mereka akan bayar dengan senang hati tapi make sure korang letak harga mengikut bajet yang telah ditetapkan. Kalau tak nanti sia sia jer propose. hehe.

Tapi kan, bila cakap proposal jer mesti kita rasa susah dan leceh tapi sebenarnya tak susah pon. Korang boleh baca artikel yang disediakan oleh Sushivid ini How to write a winning influencer proposal untuk  rujukan.

Pengalaman bekerja dengan Sushivid  

Aku senang bekerjasama dengan Sushivid sebab semuanya berjalan dengan lancar sejak dari hari pertama aku mendaftarkan diri sebagai influencer di laman sesawang tersebut. Proses untuk cash out duit yang ada dalam wallet pun sangat mudah sebab tiada minimum amount diperlukan. Kalau korang ada RM10 pon still boleh cash out. Awesome kan!

Team Sushivid juga sangat membantu especially Mr Firdaus. Kalau aku tak pasti dengan sebarang info tentang kempen di laman sesawang sushivid, aku akan tanya beliau. Korang pon kalau keliru dengan apa apa info tanya jer ok jangan malu malu. Lagi pon sekarang ini ada fungsi baru di website tersebut dimana korang boleh berkomunikasi dengan team mereka dengan cepat dan mudah.

Bayaran yang sangat lumayan

Bayaran minimum yang ditetapkan adalah sebanyak USD50 dan ia boleh mencecah sehingga USD500 untuk satu kempen sahaja dimana menurut aku ianya cukup lumayan. Buat masa ini pendapatan aku di Sushivid hampir mencecah RM800. Aku harap pendapatan aku melalui Sushivid akan bertambah lagi in future. Jadi, kalau korang sedang mencari Platform yang "reliable" untuk menambah pendapatan, Sushivid is the one! Sekali lagi aku nak ingatkan, kalau korang nak mendaftar, gunakan link yang aku kongsikan di awal entry ini untuk mendapatkan RM10 secara percuma!

5 ulasan:

  1. nampaknya dh ramai org buat duit dgn benda ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..dah ramai gunakan platform ini sekarang.

      Padam
  2. Aku baru dapat satu job dari SushiVid ni hehe..Ok la dari takde kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la tuh..lepas nih propose lagi. InsyaAllah dapat lagi. hehe

      Padam