Rabu, 18 Oktober 2017

Brooklyn Day Out di Sky Avenue Genting Highlands sangat menyeronokkan

Brooklyn adalah salah satu kota di New York yang terkenal dengan tempat makan yang sedap sedap especially masakan Itali seperti Pizza dan Spaghetti. Kalau tengok di Tripadvisor pon memang kedua dua makanan ini mudah didapati di Brooklyn dan sambutan dari pelanggan juga sangat mengalakkan. 

Teringin pulak nak ke sana untuk mencuba makanan yang menjadi tumpuan ramai ini tapi sekarang dah tak perlu ke sana lagi sebab Resort World Genting baru baru ini menganjurkan satu festival yang cukup menarik iaitu Brooklyn Day Out di Sky Avenue Mall, Genting Highland. 
Tujuan festival ini diadakan adalah untuk merasmikan restoren yang menjual pelbagai jenis pizza yang diberi nama Motorino Pizza. Yes! Restoren pizza ini berasal dari Brooklyn, jadi aku dah tak perlu sana lagi untuk makan pizza yang sedap ini. 
Selain pizza, pengunjung yang datang ke Brooklyn Day Out boleh mencuba makanan lain, melakukan beberapa aktiviti yang disediakan dan menikmati live performance dari Radio 3000, Aina Abdul, Zamaera, Kyoto Protocol dan ramai lagi. Festival ini berlangsung pada 30 September 2017 yang lepas bermula jam 12 tengahari sehingga 10 malam.
Terliur pulak tengok meatballs ini sebab hari itu tak sempat nak try sebab ramai sangat orang beratur untuk dapatkan meatballs ini. Kalau ramai yang line up memang confirm sedap. Tak apa next time boleh cuba sebab Motorino Pizza kan dah ada di Sky Avenue Mall, Genting Highlands. Lepas ini kalau ke sana boleh makan puas puas.

Skysymphony Winch Show di Sky Avenue

Aku juga sempat menyaksikan Skysmphony Winch Show yang diadakan di tingkat 1, Sky Avenue. Satu pengalaman yang cukup menarik bagi aku sebab tak pernah tengok sebelum ini. 
Ini adalah sebahagian sahaja tau. Kalau korang tengok secara live mesti lagi mengujakan. Untuk pengetahuan korang, tiada bayaran dikenakan untuk menyaksikan Skysymphony Winch Show ini. Ianya dibuat ditempat terbuka dimana semua pengunjung dapat menontonnya.

Terima kasih diucapkan kepada Resort World Genting kerana memberi peluang kepada aku untuk bersama sama memeriahkan Brooklyn Day Out dan Skysymphony Winch Show di Sky Avenue Mall. Untuk korang yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Resort World Genting, korang boleh layari laman sesawang ini www.rwgenting.com.

3 ulasan:

  1. Ada ni sky world saja ye...kenalah ke genting kalau nak try

    BalasPadam
  2. Terbaiklah... Menarik dan tertarik betul tengok.

    BalasPadam
  3. menarik...gambar berdua ngan awek tu pun menarik...eh..semua menarik la dik

    BalasPadam