Khamis, 19 Oktober 2017

The Bed KLCC menawarkan pelbagai jenis bilik yang selesa dan cantik dengan harga murah

Untuk blog post kali ini, aku nak kongsikan dengan korang semua tentang hotel yang sangat cantik, selesa dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Dekat mana lagi kalau bukan The Bed KLCC. Selain cantik, selesa dan murah, hotel ini juga berada di tengah tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik dan memudahkan pengguna atau pelanggan bergerak kemana sahaja. Tanpa melengahkan masa korang, jom kita tengok apa yang menarik di hotel ini.

The Bed KLCC 

Alamat 
The Bed KLCC
G1 Vortex KLCC (Next to 7 Eleven)
12 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia

Website

Facebook

Instagram

Nombor Telefon
+60327152413
Ini adalah entrance The Bed KLCC. Ianya sangat simple dan mudah untuk dicari kerana ianya berada betul betul menghadap laluan pejalan kaki. Untuk pengetahuan korang, harga untuk bilik di hotel ini bermula dengan harga RM69 tetapi Sempena "Soft Opening", The Bed KLCC menawarkan harga pengenalan yang sangat berpatutan iaitu RM49nett termasuk breakfast

Antara bilik bilik yang ada di The Bed KLCC

The Bed KLCC adalah hotel kapsul. Jadi, mengikut pemahaman aku, hotel kapsul ini adalah hotel yang berkonsepkan "dorm" dan selalunya akan didiami oleh backpackers atau travellers yang mencari tempat penginapan yang menawarkan harga mampu milik. Tetapi dengan The Bed KLCC, korang bukan hanya membayar bilik dengan harga yang murah, korang juga dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh mereka.

Single POD Side Entry

Single POD Side entry
Pengalaman aku bermalam di single POD side entry ini sangat mengujakan juga sebenarnya sebab aku tak sangka yang setiap POD yang ada di setiap bilik sangat luas dan selesa. Kemudahan asas seperti towel, hanger, international charging points, USB port, LED light, foldable table, mirror, privacy blind dan locker disediakan untuk kemudahan tetamu.

Single POD Suite

Single POD Suite
Sekiranya korang inginkan lebih privacy atau inginkan ruang bekerja yang lebih selesa, aku cadangkan korang tempah single POD suite ini. Ianya lebih privacy, lebih selesa dan korang hanya perlu berkongsi bilik air dengan beberapa tetamu lain sahaja. Tak perlu ke tandas awam yang berada diluar.

Queen POD Suite

Queen POD Suite
Menariknya lagi tentang The Bed KLCC ini, mereka juga menyediakan bilik yang sesuai untuk didiami oleh pasangan yang sudah berkahwin. Bilik ini sangat luas dan katilnya juga sangat selesa. 

Family POD Suite

Family POD Suite
Family POD suite ini sangat sesuai untuk korang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Suite ini dapat memuatkan 4 orang tetamu pada satu satu masa. 

Kemudahan yang ada di tandas awam untuk kegunaan tetamu The Bed KLCC

Tandas awam yang disediakan untuk kegunaan tetamu sangat selesa dan bersih. Staff The Bed KLCC akan bertugas 24 jam untuk memastikan bilik air dan tandas berada dalam keadaan selesa dan bersih. Jom kita tengok keadaan bilik air di hotel ini.
Semuanya disediakan untuk kemudahan tetamu. Ada kipas, hairdryer, Iron, Iron board, bench dan lain lain lagi. Kalau korang perasan, dalam bilik hanya ada shower cap dan dental kit sahaja. Jangan risau sebab Shampoo dan Shower gel ada diletakkan di bilik mandi.

Lounge area dan Mini cafeteria di The Bed KLCC

Lounge area dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 12 malam. Disini korang boleh lepak lepak tengok tv atau berborak borak dengan tetamu lain yang menginap di sini. Kalau backpackers dan travellers mesti banyak benda dan cerita yang boleh diborakkan. Korang juga boleh gunakan lounge untuk buat kerja sambil minum kopi atau teh. Ianya complimentary tau.hehe. 
Lounge area akan dibuka sehingga 12 malam tetapi untuk breakfast, ianya bermula dari jam 6 pagi sehingga jam 10 pagi sahaja. Ingat tuh korang. Lewat kang nanti takda makanan pulak. Korang boleh pilih samada nak roti canai, nasi lemak or roti bakar untuk sarapan. 
Seperti biasa, check out time jam 12 tengahari, jadi lepas sarapan tuh korang still ada masa untuk lepak and hang out dekat lounge area atau rest dekat bilik sementara nak tunggu waktu check out. Satu pengalaman yang best tapi sebelum aku tamatkan review tentang hotel ini. Aku nak share beberapa informasi yang penting dengan korang semua. Jom teruskan membaca. hehe

Kemudahan yang ada berdekatan dengan The Bed KLCC

Seperti yang aku cakap pada awal awal post, lokasi atau kedudukan hotel ini sangat strategik. Aku harap dengan perkongsian aku ini dapat membantu korang untuk membuat pilihan samada korang perlu menginap di hotel ini atau pon tidak.

Pengangkutan awam untuk ke The Bed KLCC

  • Monorel Bukit Nanas - 5 minutes walking distance
  • LRT Dang Wangi - 10 minutes walking distance
  • Bas Go KL (Boleh naik Bas Go KL, berhenti di bus stop depan Renaissance hotel dan jalan kaki ke The Bed KLCC - 5 minutes walking distance dari bas stop ke hotel)
  • Uber/Grabcar

Antara tempat tempat yang menarik di sekitar The Bed KLCC

  • KL Tower - 10-15 minutes walking distance (atau korang boleh guna Grabcar/Uber untuk kesana)
  • KLCC - 10-15 minutes walking distance (atau korang boleh guna Grabcar/Uber/LRT Dang Wangi untuk kesana)
  • KL Sentral (Guna perkhidmatan LRT Dang Wangi untuk kesana)
  • Bukit Bintang (Guna perkhidmatan Monorel Bukit Nanas untuk kesana)
  • Times Square (Guna perkhidmatan Monorel Bukit Nanas untuk kesana)

46 ulasan:

  1. bw tengah malam ke sini

    wow menarik la, klu jln2 kl bleh la p situ,.. harganya pun harga mampu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank singgah sini :)

      Memang menarik Cikgu Za sebab harga murah lepas tuh dekat dengan macam macam tempat.

      Padam
  2. Menarik...skrg makin banyak capsule hotel khas utk backpackers...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. sekarang ini memang byk hotel yang gunakan konsep ini dan sesuai untuk backpackers.

      Padam
  3. Wahhhh... Memang menarik dan murah... Bolehlah LeYa tempah untuk rasa tidur semalam di Queen Pod Suite tu bersama Otomen Taro...hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempah jangan tak tempah leya..sekali sekala kan. apa salahnya..hehe

      Padam
  4. Balasan
    1. Memang menarik kak .nanti boleh la try

      Padam
  5. wah menarik tu.. lag2 bed family pod tu.. teringinlah nak cuba.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la Neeza..environment dia best. even tengah2 kl yg busy tuh pon still boleh relax.

      Padam
  6. ruginya tak pergi hari tu. besttt ! cantik pon cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe :) best momi. tengok dia memang lawa.

      Padam
  7. Menarik ni untuk geng back packer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..memang sesuai untuk backpackers.

      Padam
  8. Wow....bestnyer..harga pulak berpatutan sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. memang best LS. harga macam nih susah nak dapat kt tengah tengah KL.hehe

      Padam
  9. Macam konsep asrama lah ni dorm ramai tapi ni lebih cantik dan lebih kemas menarik juga ni harap harga ok lah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul maha. versi yang ini memang lebih cantik dan kemas. yang paling penting selesa dan harga torbaik..hehe

      Padam
  10. menariknya! dulu mula mula tau yang pasal capsule hotel ni dalam jalan jalan makan angin, sekarang selalu dah nampak. murah pulak tu harga dia kalau dengan tempat yang cantik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ini banyak jugak dah guna konsep ini.

      Padam
  11. Simple and nice. Suitable for back packers.

    BalasPadam
  12. Memang cantik hotel ni. Memang kene Pod yg ada toilet. Tak mo kongsi hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik kan. Pod untuk suite pon kena share cuma lebih privacy la sikit sebab tak ramai yang share hehe

      Padam
  13. bagusnyaaaa lain kali i pi KL nak try jugak!

    4D3N Star Cruise 2017

    BalasPadam
  14. terkasima baca entri ni...harga pengenalan kenapa sangat berbaloi...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..murah betul hehe memang berbaloi

      Padam
  15. walaupun memang duduk KL, tapi teringin juga getaway in the city gituhh. boleh cuba ni. rate dia not bad la juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh Nisa. Sekali sekala apa salahnya..hehe

      Padam
  16. Kalau gi Kl boleh lah stay sini. Dekat nak gi mana dalam town.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh Lia sebab tempat ini memang dekat ngn public transport. nak g mana mana dalam kl senang.

      Padam
  17. antara hotel kapsul yang terbaik, cantik dan harga pon reasonable. nanti nak pergi lagi. hehe

    BalasPadam
  18. Hebatnya..lawa..terima kasih infor ni ya ..

    BalasPadam
  19. Hi Lokman, biasanya konsep kapsul ini ada di kota-kota Metropolitan terutamanya Jepun. Tak sangka pula konsep begini telah dibawa ke Kuala Lumpur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh akak. konsep macam nih memang byk kat sana tapi sekarang dah meluas sampai ke malaysia pon ada gunakan konsep yang mcm nih. baguskan.

      Padam
  20. Wahhh... Menarik sangat The Bed KLCC ni. Cantik dan kemas. Ada jugak Family POD Suite. Harga pon berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh! konsep yang menarik. nanti kalau nak jalan jalan KL boleh la stay sini hehe

      Padam
  21. Nampak gaya sis akan cuba yg Jepun punya dulu lah sb nov ni akan ke jepun dan akan duduk mcm The Bed ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak gayanya gituh la kak..haha..nanti jgn lupa share pengalaman kat sana kak.

      Padam