Rabu, 13 September 2017

Produk penjagaan diri yang pelbagai dari brand yang dikenali ramai | Himalaya Herbals


Produk penjagaan diri yang pelbagai dari brand yang dikenali ramai | Himalaya Herbals | Sebelum ini aku pernah share tentang produk himalaya herbals tapi aku hanya share pasal shampoo, toner dan mask sahaja. Korang boleh baca artikel tuh di link ini Rawat kulit wajah dan kurangkan masalah rambut gugur dengan Himalaya Herbals. Aku ada gunakan beberapa produk lain jugak selain shampoo, toner dan mask. Jadi aku ambil peluang ini untuk share dengan lebih details tentang semua produk yang aku ada.


Himalaya Herbals mengeluarkan banyak produk penjagaan diri dan kesemua produk yang aku ada dalam entry ini cuma sebahagian kecil sahaja. Korang boleh berkunjung ke outlet Himalaya Herbals di KLCC atau dimana sahaja cawangan mereka untuk tengok produk produk lain yang sememangnya akan membuatkan korang tergamam sekejap sebab seriously banyak sangat.

7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals 

1. Anti Hair Fall Shampoo

Aku mempunyai masalah keguguran rambut yang agak teruk. Banyak jenama shampoo yang aku gunakan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut ini tetapi ianya tidak berkesan. Setiap kali aku mandi mesti rambut akan gugur dalam 7-10 helai tapi selepas aku gunakan Anti Hair Fall Shampoo keluaran Himalaya Herbals, masalah rambut gugur semakin berkurangan. Sejujurnya rambut masih gugur tetapi kuantiti helaian rambut gugur berkurang dari 10 helai ke 2-3 helai sahaja dan kadang kadang tuh memang tak ada langsung. 


Ada beberapa bahan penting yang digunakan dalam produk ini untuk membantu masalah keguguran rambut dan salah satunya adalah Butea Frondosa. Ianya digunakan untuk menguatkan rambut. Sekiranya korang mengalami masalah yang sama dan berminat untuk mencuba, aku nasihatkan korang untuk beli shampoo ini dalam packaging yang lebih kecil dahulu untuk tengok samada ianya sesuai atau tidak dengan rambut korang. 

2. Protein Conditioner

Selain Shampoo, conditioner juga adalah antara produk penjagaan rambut yang  korang perlu ada sebab ia dapat membantu untuk mengubah texture dan appearance rambut korang. Conditioner akan membuatkan rambut korang lebih lembut dan sihat
Hair conditioner is  a hair product that changes the texture and appearance of hair. Hair conditioner is ofter a viscous liquid that is applied and massaged into hair. Hair conditioner is usually used after washing the hair with shampoo. Hair conditioners may contain moisturizers, oils and sunscreen, among other ingredients - Credit to Wikipedia

Kebiasaannya selepas menggunakan shampoo, rambut akan menjadi kering. Tak bagus sebenarnya untuk jangka masa yang panjang sebab nanti rambut akan rosak. Jadi, conditioner ini boleh membantu untuk melembapkan rambut. Korang akan rasa perubahan dia kalau korang cuba. Protein conditioner dari Himalaya Herbals adalah antara conditioner yang terbaik sebab ianya berfungsi untuk melembutkan, menguatkan dan melembapkan rambut serta melindungi rambut daripada rosak. All in one!

3. Neem 

Ok, seterusnya adalah supplement untuk rambut dan kulit yang diberi nama Neem. Supplement ini didatangkan dalam bentuk capsules untuk kegunaan selama satu bulan. Sebenarnya agak sukar untuk aku pastikan samada ianya berkesan atau tidak sebab ini adalah kali pertama aku consume.


Aku masih lagi consume Neem sebab kandungan bahan di dalam capsules adalah 100% Sayuran dimana ianya sangat bagus untuk aku yang tak makan sayur. Mungkin ada dikalangan membaca yang sudah pon menggunakan Neem untuk rutin harian dan boleh share keberkesanan supplement ini? Kalau ada , boleh tinggalkan komen di entry ini yer.


4. Almond and Cucumber Peel Off Mask 

Sekarang ini kita beralih kepada produk penjagaan wajah pulak. Peel off mask adalah produk yang paling digemari oleh pengguna, samada lelaki atau perempuan. Banyak jenama produk penjagaan wajah mengeluarkan peel off mask untuk kegunaan mereka yang memerlukan termasuk Himalaya Herbals sendiri. Almond and Cucumber Peel Off Mask menjadi taruhan mereka. 


Almond and Cucumber Peel off mask ini berfungsi untuk menghilangkan "Blemishes". Apa itu blemishes? Ianya adalah kecacatan yang ada diwajah seperti tona kulit tidak sekata, parut, jerawat dan lain lain. Blemishes di wajah aku masih lagi ada sepanjang aku menggunakan peel off mask ini tetapi aku masih menggunakannya sebab ia membuatkan kulit muka aku menjadi lebih lembut dan bersih

5. Moisturizing Aloe Vera Face Wash

Bercakap tentang face wash atau apa apa produk penjagaan diri, kita mesti "investigate" dulu apa masalah yang kita hadapi sebelum beli apa apa produk. Contohnya kulit muka, kita kena tahu apa masalah kulit kita ini, adakah ianya kering? berminyak? semua ini penting kalau tak sia sia nanti beli produk tapi tak serasi pulak.


Sekiranya korang mengalami masalah kulit kering, face wash ini sangat sesuai digunakan sebab ianya mengandungi Aloe Vera dimana tumbuhan ini berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit wajah. Timun juga digunakan dalam produk ini untuk menjadikan kulit wajah lebih segar.

6. Nourishing Skin Cream

Ini adalah kali pertama aku mengunakan Nourishing Skin Cream dari Himalaya Herbals. Pada pendapat aku ianya sangat best. Krim ini berfungsi untuk melembapkan dan melindungi kulit dari kotoran/pencemaran. Sesuai digunakan pada seluruh anggota badan.


Untuk pengetahuan korang, krim ini tidak berminyak dan menyerap dengan cepat. Itu adalah benda yang paling menarik perhatian. Aku tak suka pakai krim yang lambat menyerap sebab kulit akan jadi kurang selasa. Aku recommend produk ini untuk korang yang kerja dalam aircond sebab kulit cepat kering kalau terdedah dengan aircond terlalu lama.

7. Refreshing and Clariyfing toner

Aku jarang gunakan toner ini tapi apa yang boleh aku share adalah ianya dapat membantu mengurangkan kotoran yang ada pada wajah kita dan bau toner ini juga menyenangkan. 


Berikut adalah produk produk keluaran Himalaya Herbals yang aku gunakan buat masa sekarang dan sekiranya korang adalah pengguna Himalaya Herbals macam aku, jom kongsikan dengan semua pembaca arepnakbebel, produk apa yang paling korang suka. Aku harap entry/blogpost ini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang membacanya. Teruskan menyokong www.arepnakbebel.com dan nantikan post seterusnya dari aku. Thank you guys.

23 ulasan:

  1. Syampu anti hair fall tu selalu guna..beli kat guardian.byk pkai wax rambut gugur ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang jarang pakai wax sebab takut gugur tapi kalau x pakai x best jgk sebab serabut rambut hehe.

      Padam
  2. Produk Himalaya ni memang bagus. Kalau jenis kulit sensitive dan kulit kepala berkerak tu. Elok lah pakai Himalaya ni. Selain tu ubat kurus pun ada tau. Sebelum nikah dulu akak ada makan. Hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu ingat Himalaya ini ada shampoo jer tak tahu plak banyak benda lain lagi..hehe

      Padam
  3. Cantik lah gambar lokman capture. btw, produk Himalaya ni wajib pakai. Sekarang pakai syampu tu hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you momi. Memang wajib pakai..shampoo tuh luqman guna dah setahun lebih dah..

      Padam
  4. hey! great content, very interesting and i love this brand for facial products. goob job!

    BalasPadam
  5. Patut lah gebu gebas hehehe guna Himalaya. Kita nak guna juga lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la maha..kalau ok boleh teruskan guna sebab produk nih memang bagus.

      Padam
  6. guna jugak pencuci muka himalaya tapi xpernah nmpk yg aloe vera so bli yg jnis lain utk kulit kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin lepas nih awk boleh try yang Aloe Vera ini pulak..hehe

      Padam
  7. Semua produk dari Himalaya Aten ada. Memang best! Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe :) best kan..kebanyakan produk dia luqman suka.

      Padam
  8. Tak pernah pakai lagi produk ni..ramai cakap produk ni bagus kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke.. Try la..mana tahu sesuai dengan RA. boleh terus guna kalau ok.

      Padam
  9. Gambar tu yang win,nampak aestetik sangat!

    BalasPadam
  10. Antara banyak2 jenis produk tu, 2 je yang Iday pakai. Tapi memang best produk diorang ni. berkualiti. hehehe

    BalasPadam
  11. ooohh seem like a good product and very natural for the skin too..i shall try one day...

    BalasPadam
  12. Produk himalay memang bagus. Bebas dari kimia. Ika pakai lip balam dia. Ok

    BalasPadam
  13. The Body wash and the facial wash us good. I like their product but price a bit pricey.

    BalasPadam
  14. Dok nampak orang share - terus terpengaruh nak try gak. Hurm... mana satu pilihan hati nie?

    BalasPadam