Isnin, 18 September 2017

D' Sentosa Guest House Pulau Langkawi yang sangat cantik dan selasa


D' Sentosa Guest House Pulau Langkawi yang sangat cantik dan selasa | Sepanjang aku berada di Pulau Langkawi, D' Sentosa guest house adalah tempat penginapan aku bersama keluarga selama 3 hari 2 malam. Masa yang agak singkat tapi kami sangat berpuas hati dengan tempat penginapan yang kami dapat. Mulanya memang agak curious jugak. "Betul ke rumah dia cantik macam dalam gambar?" itulah soalan yang bermain dalam kepala aku tapi alhamdulillah bila aku pergi sendiri ternyata  ianya memang cantik dan selesa. Aku sempat snap beberapa keping gambar di Homestay tersebut untuk korang semua tengok.

D' Sentosa Guest House


Aku pernah update gambar ini di instagram and suprisingly ramai yang minta contact number. Ada yang aku bagi dan ada jugak yang aku terlepas pandang. Bila tengok balik komen yang dorang tinggalkan tuh dah berminggu minggu rasa macam dah terlambat sangat pulak nak bagi. Maaf ye korang.


Aku sepatutnya dah lama update pasal ini tapi gambar pulak hilang sebab terdelete dari phone nasib baik jumpa back up kalau tidak tinggal kenangan jerlah entry ini.hehe. Btw kalau korang nak follow instagram aku korang boleh klik lqmnzkria. Sempat promo.hehe. Oklah jom kita tengok gambar gambar yang aku dah captured untuk korang.


Inilah Guest House yang kitorang duduk tuh. Rumah dua tingkat, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Dua bilik di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat atas. 


Ini pulak ruang tamu. ada Sofa dan Tv 32', kalau korang takut tertinggal drama petang petang dekat astro tuh jangan gelabah ok. haha. sorry sorry! gurau jer. oh yer. dekat tepi rak pink tuh ada ruang kecil yang disediakan untuk korang korang yang nak guna seterika, Owner rumah ini ada provide Wifi jugak tapi sepanjang kitorang dekat sini Wifi tak boleh guna sebab ada masalah. pheww! Guna jerlah data sendiri lagi pon tengah bercuti kan. Lupakan sekejap wifi tuh. gituh


Dining area ala ala english style ok. Cantik kan. Kalau korang tengok sebelah kiri hujung tuh area dapur. Aku ingat aku dah amek gambar dapur tapi rupa rupanya yillek. 

Bilik atas pon aku tak sempat nak amek. Sorry yer tapi kalau korang nak tengok macam mana keadaan dapur dan bilik atas, bolehlah ke dsentosalangkawi.blogspot.my. Gambar bilik yang aku share dekat bawah ini adalah bilik yang berada di bahagian bawah. Memang betul betul cantik, selesa dan bersih.


Macam yang aku bagitahu tadi, dekat floor bawah ada dua bilik tapi aku amek gambar satu bilik sahaja sebab dua bilik yang lain tuh lebih kurang macam ini jer which is sangat cantik. Kalau korang ramai jangan risau  sebab dorang ada sediakan extra tilam dan bantal. Peralatan dapur pon lengkap, nak masak pon boleh. Jimat sikit duit belanja.hehe.

credit to www.dsentosalangkawi.blogpsot.my
Untuk lokasi D' Sentosa Langkawi Guest House, korang boleh tengok map yang aku share dekat atas ini dan sekiranya korang berminat untuk menginap di sini korang boleh contact Encik Rahim di 0194784300. Aku harap entry ini akan boleh membantu korang untuk memilih tempat penginapan yang selesa sepanjang berada di Pulau Langkawi. Selamat bercuti. hehe.

14 ulasan:

  1. alahai...memang cantik guest house ni...syok kalau bawak family besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..kalau bawak family memang senang dan selesa.

      Padam
  2. menarik .. rumah teres ke ...
    mmg owner suka deco english ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah rumah teres corner lot. memang lawa..kat luar rumah ade pondok boleh lepak2 dekat situ.hehe

      Padam
  3. Always my favourite, vintage style macam nih.

    BalasPadam
  4. rumah nampak kemas dan bersih.. deko pon cantik :)

    BalasPadam
  5. deko cantik, mcm english cottage..tiba2 nak ceduk idea deko
    haha

    BalasPadam
  6. Wah!!! Memang sangat cantik D Sentosa Guest House ni... Nanti kalau pegi langkawi lagi...boleh lah stay sini

    BalasPadam
  7. cantiknyaaa. bilik dia tuu warna soft je..

    BalasPadam