Sabtu, 16 September 2017

Ayam goreng Korea yang sedap di Kyochon 1991


Ayam goreng Korea yang sedap di Kyochon 1991 | Pernah makan di Kyochon tak? Kalau korang adalah salah seorang  penggemar makanan korea, Kyochon adalah salah satu restoren yang boleh dikunjungi untuk memenuhi citarasa antarabangsa korang tuh.hehe. Sebelum ini aku tak pernah pon dengar pasal Kyochon mungkin sebab lokasi restoren yang ada di Malaysia ini tak banyak sangat. 


Restoren Kyochon yang aku pergi ini terletak di Pavillion tapi kalau jauh dengan tempat korang, maybe boleh ke outlet yang terletak di 1 Utama Shopping Centre , Sunway Pyramid, Pearl Shopping Gallery atau Menara Hap Seng.


Keadaan masa ini agak sesak jugak, customer pon memang ramai tapi kira oklah sebab tak payah tunggu lama untuk dapatkan table. Masa masuk tuh memang zero knowledge pasal restoren ini. Aku tak tahu sangat pasal menu. Datang sini pon sebab kawan yang ajak tapi seriously tak rugi sebab memang sedap.


Red Pepper and Soy Garlic Wingette/Drumette 


Sal Sal Chicken Strips

Kalau korang datang ke restoren ini and order Spicy Wingette and Drumette bersiap sedialah yer sebab spicy dia tuh boleh buat keluar air mata. 


Untuk aku, ayam tuh memang pedas gila. Makan dua ketul jer tapi air mineral satu botol aku habiskan. Selain dari ini korang juga boleh cuba TteokbokkiChicken BulgogiDakgalbi Grilled Chicken dan macam macam lagi


Tak lama lagi makanan di Kyochon boleh di order secara online, jadi kalau teringin nak makan tuh tak payah susah susah nak keluar! order online jer. Tapi buat masa ini kalau nak makan korang kena ke outlet yang aku mentioned tadi la yer. InshaAllah akan ke sini lagi in future untuk try makanan yang lain pulak. 

Beli ayam goreng sedap di Kyochon 1991 secara online

Sebelum ini aku pernah visit website kyochon dan aku perasan ada butang online order tapi masa tuh butang untuk pembelian secara online masih belum berfungsi lagi tapi nampaknya sekarang ini, penggemar ayam goreng korea yang sedap ini dah tak perlu susah susah nak line up atau queue untuk dapatkan seat sebab selalunya kyochon ini ramai orang.


Pada pendapat aku, pembelian secara online ini sangat memudahkan pelanggan walaupon kita sendiri yang kena pick up makanan sebab bila kita dah sampai restoren, aku cuma perlu pick up sahaja tanpa perlu menunggu. Ada tak pembaca blog arepnakbebel ini pernah beli ayam goreng dekat kyochon secara online? kalau pernah share la pengalaman korang dekat ruangan komen.
Dikemaskini pada 16/9/17

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang sedap RC. Nanti kalau ada masa boleh la try.hehe

      Padam
  2. best gila kan? that's why la sally selalu promote kyochon kat FB..hahaha...kalah duta dia promo tauuu..kekeke...

    mana ada pedas laa...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best Sally. Nanti nak pergi lagi. haha.
      Tak pedas? tabik spring lah. saya makan dua ketul pon dah tak tahan tapi dalam tak tahan tuh pon makan jgk sebab sedap.hehe

      Padam
  3. Best.. nanti nk pi mkn lagi...sapa nak banje akak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best! hehe. Jom pergi kak. Nanti Sally belanja. EH! heheehe

      Padam
  4. Wah! menarik ini.
    Kalau ada kat Seremban mesti gang lunch Mrs. A dah terjah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuh la. dia punya Restoren tak banyak cawangan. dekat area kl jer byk and ada satu dekat penang kalau tak silap.

      Padam
  5. Bestnya! Hwritu pergi sunway tak perasan pun. why why T_T lepasni kena p san semata nk try sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. la yeke..next time pergi boleh la try..hehe

      Padam
  6. Sedapnyaaa ! Kena try gak ni nanti tapi outlets dia semua dekat tempat yang jarang jarang pergi. Hahah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap.Lepas nih kena pergi selalu la sbb nak makan situh..hehe

      Padam
  7. Boleh try lepas ni ;)
    Biasa makan kat 4fingers je

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke.. 4fingers dekat mana jer ade?

      Padam
  8. Bila kita nak gi?
    Jgn lupa ajak sy..

    BalasPadam
  9. mcm takut je tgk sal sal tu..ehehhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..jgn takut..ayam tuh..kita ngap jer..hehe

      Padam
  10. Terliur pula tengok ayam goreng ni. Malam ni nak mencari jugalah.

    BalasPadam
  11. ayam goreng korea lain skit kan.. ada sambal kat luar kulit ayamm kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah! dah rasa belum? sedap nih..hehehe

      Padam