Jumaat, 15 September 2017

Percutian di The Kabin Pantai Remis Kuala Selangor sangat menyeronokkan


Percutian di The Kabin Pantai Remis Kuala Selangor sangat menyeronokkan | The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Kuala selangor ini sememangnya menarik dan unik kerana bilik bilik disini dibina menggunakan recycled shipping container. Sekiranya korang nak buat private function, family day atau gathering, The Kabin adalah tempat yang sesuai kerana mereka menyediakan banyak kemudahan contohnya macam BBQ Alfresco, Swimming pool, bilik karaoke, multi function room, basikal, kayak dan Stand up paddling board, games room dan wifi
*Alfresco - outdoor/open air


The Kabin 
Cafe cum Reception
Perjalanan kitorang dari Kuala Lumpur ke The Kabin mengambil masa lebih kurang satu jam. Sementara nak tunggu kunci bilik aku sempat amek gambar facilities yang ada dekat sini. 

Parking lots
The Kabin menyediakan parking lots juga untuk in house guests, jadi tak perlu risau pasal parking sebab parking lots yang disediakan agak luas. 

Swimming pool 
Swimming pool
Swimming pool. Masa sampai tuh memang ramai dalam pool ini tapi gambar yang aku amek ini keesokan harinya masa nak check out sebab tuh kosong jer.

BBQ Alfresco
inilah BBQ Alfresco tuh. Masa ini tengah getting ready nak bakar ayam, ikan dan kerang.Malam tuh makan memang kenyang sebab banyak gila. 

Thank you pada korang yang tolong bakarkan sebab aku turun dari bilik terus ngap jer. haha. oklah jom kita tengok bilik pulak.

Bilik (dari luar)
Bilik (untuk 4 orang)
Bilik (antara kemudahan yang ada)
Bilik ini lengkap dengan mini fridge, TV, Astro, Coffee, Kettle, towels dan bathroom amenities. Bilik dekat sini ada beberapa kategori. Untuk maklumat berkaitan dengan jenis bilik dan harga korang boleh ke official website The Kabin. Dah tengok bilik kan. Sekarang kita pergi pantai pulak. Dekat jer dari the kabin korang boleh jalan kaki. Tak sampai 5 minit pon dah boleh sampai.

Pantai Remis 
Pantai Remis 
Terubat jugaklah rindu ini walau pon feeling dia tak sama dengan Pantai Chenang.hehe. Ingatkan tak ada orang dekat sini tapi rupa rupanya siap ade gerai jual goreng goreng, layang layang. best la jugak.

Basikal Sewa
Untuk pengetahuan korang, The Kabin ada sewakan basikal. Kalau tak silap aku RM10 sejam tapi tak pasti sebab kitorang memang tak tanya pon.


Best kan kalau petang petang lepak dekat sini. Boleh terlena ok dibuai oleh benda alah ini. Tapi sayang sebab aku discover tempat ini masa nak check  out. Tak sempat nak merasa. Kitorang check out awal dalam jam 9 pagi macam tuh sebab ada orang tuh kena kerja shift petang pulak. hehe. 


Nampaknya sampai sini sahajalah entry Edisi Travelog di The Kabin, Pantai Remis, Kuala Selangor. It was a great experience. Aku harap dapat join lagi outing yang macam nih in future. Oh yer! untuk korang yang bercadang untuk datang jangan lupa bawa mosquito repellent spray sebab dekat sini banyak blood suckers. hehe.

20 ulasan:

  1. wahh.. cantik nya tempat. siap ada swimming pool lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. nanti kalau ada masa pergi la sana.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sewanya boleh tgk dkt official website dorang.

      Padam
  3. Wah cantiknya. Boleh bawak family. Tq.

    BalasPadam
  4. pernah sampi sini,tp tak stay..sebb fully book..
    picture last yg duduk bersepah kat KABIN tu menarik,nice picture

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke..nanti try la duduk dan jgn lupa amek gambar mcm kitorang.hehe

      Padam
  5. lawa sangat aihh tempat ni.tenringin gak nak lepak tido sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. nanti kalau ada masa lapang tuh..boleh la pergi. experience sendiri. hehe

      Padam
  6. Dah lama tak gathering dengan member-member. Boleh suggest ni pergi sini. Thanks beb :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sesuai tempat nih kalau korang nak buat gathering ngn member2. welcome EM :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Oh yeke..boleh la cik la try usha2 nanti..kalau ok boleh la menginap semalam buat BBQ ke.

      Padam
  8. wah.. bestnya dapat berkumpul ramai2x buat bbq.. rindu time dulu...

    BalasPadam
  9. Wahhh dah lain dah sekarang, lagi banyak improvement. hehehe Last pergi dulu tahun 2015. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Last luqman datang sini tahun lepas 2016, iday lagi lama la..hehe..sekarang nih lagi upgrade dorang punya tempat..

      Padam