Khamis, 14 September 2017

4 tempat menarik di Cameron Highlands


4 tempat menarik di Cameron Highlands | Setiap kali tengok drama Dendam Aurora lakonan hebat Nabila Huda mesti teringat Cameron Highlands sebab kebanyakan scene dalam drama tersebut dimainkan disana. Kalau tak salah, kali terakhir aku ke sana, tahun 2012. Teringin nak pergi lagi tapi tak tahulah bila. Jadi, kita throwback jerlah yer tempat tempat yang aku pernah pergi dekat sana. Nostalgia ini tau sebab semua gambar gambar yang aku share ini diambil 5 tahun yang lepas. haha. 

Tempat Tempat menarik di Cameron Highlands untuk dikunjungi

1. Strawberry Plantation

Ladang strawberi adalah antara  tempat yang paling menarik untuk dilawati semasa di Cameron Highlands. Dekat sini jer tau dapat feeling feeling makan strawberi sambil ditemani cuaca yang sejuk dan nyaman.


Semuanya nampak segar jer. Orang kata kalau beli strawberry dekat sini kena terus makan, kalau bawa balik nanti rasa dia dah lain dan kurang sedap. Betul ke? Kalau korang nak tahu, setiap barangan dan juga makanan yang dijual di sini semuanya berasaskan strawberi contohnya aiskrim strawberi, bantal strawberi dan macam macam lagi.

2. Tea Plantation

Selain ladang strawberry, ladang teh juga merupakan tarikan utama di Cameron Highlands. Untuk pengetahuan korang, selain Drama Dendam Aurora, Filem Ombak Rindu yang pernah popular dahulu juga pernah melakukan penggambaran disini.


Selain menikmati pemandangan yang cantik, korang juga boleh singgah di "BOH" Tea Centre dimana korang boleh beli teh, souvenir dan melawat kilang mereka untuk tengok sendiri bagaimana teh dihasilkan.

3. Butterfly Park

Butterfly park/farm juga boleh didapati di Cameron Highlands. Ada pelbagai species rama-rama yang korang boleh tengok secara live. Selain rama-rama, reptilia dan serangga lain seperti Scorpion, leaf frog dan tarantula juga menjadi tarikan di sini.


4. Cactus Point

Syurga cactus! Disini korang boleh dapatkan pelbagai jenis cactus untuk dijadikan sebagai souviner. Ramai sebenarnya yang suggest untuk ke sini sebab tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Aku tak tahu pulak kalau masuk kat tempat lain ada admission fee.


Tarikan lain yang menarik yang boleh korang kunjungi di cameron highlands adalah lavendar garden, pasar malam brinchang, 5d Art Muzium, Muzium Time Tunnel dan macam macam lagi. Jadi, Tunggu apa lagi? Jom rancang percutian korang ke Cameron Highlands sekarang! 

6 ulasan:

  1. Walau dah berkali-kali LeYa pergi Cameron... tetap suka nak pergi lagi... Udaranya yang nyaman dan sejuk, tenang dan mendamaikan... rehatkan minda

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..luqman pon dah lama sangat tak ke cameron..Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi.

      Padam
  2. tq info.. mmg belum pergi lg.. Doakan ena rezeki dpt kesana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wc ena.. amin. Insyaallah nanti dapatlah pergi sana yer :)

      Padam
  3. Rindunya nk pergi cameron. nak makan strawberry fresh2 dekat sana

    BalasPadam