Ahad, 17 September 2017

3 Ciri penting yang perlu ada pada Hard Disk


3 Ciri penting yang perlu ada pada Hard Disk | Fungsi Hard Disk adalah untuk menyimpan data dalam kuantiti yang banyak. Jadi, sekiranya korang ada banyak data tak kiralah gambar, video atau dokumen penting yang perlu disimpan tetapi korang tak dapat nak simpan dalam laptop disebabkan oleh kapasitinya yang limited, Hard Disk boleh membantu menyelesaikan masalah korang.

Sebelum ini semua data aku simpan dalam laptop sahaja dan malangnya laptop aku mengalami masalah dan file file penting macam gambar time konvo, resume dan macam macam lagi hilang. Untuk mengelakkan masalah yang sama terjadi lagi, aku perlukan hard disk

Ada beberapa ciri penting yang perlu dititiberatkan sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Tujuan membeli hard disk adalah untuk dijadikan sebagai back up untuk menyimpan data agar ianya berada dalam keadaan selamat kan. Jadi, kita perlu pastikan hard disk yang dibeli adalah yang terbaik. Jom kita tengok apakah ciri ciri yang dimaksudkan?

Ciri Ciri penting Hard Disk

Kapasiti Hard Disk

Kapasiti Hard Disk bergantung kepada pembelinya, Sekiranya korang memerlukan hard disk untuk menyimpan file file yang bersaiz kecil seperti Microsoft word,excel atau gambar, kapasiti hard disk sebanyak 500GB sudah memadai tetapi sekiranya korang menyimpan banyak video dan gambar (bersaiz besar - contohnya gambar yang diambil menggunakan camera DSLR), korang perlu membeli hard disk yang boleh menyimpan data sekurang kurangnya 1TB.

Daya Ketahanan

Daya ketahanan hard disk perlu dititikberatkan untuk mengelakkan file file yang disimpan tidak dapat diakses. Ada tiga daya tahan yang perlu diberi perhatian iaitu kalis air, tahan lasak dan tahan habuk. Yang menjadi persoalannya, ada ke hard disk yang mempunyai daya tahan macam nih? Sudah tentu ada!

Kepantasan memproses data
File yang bersaiz besar seperti video akan mengambil masa yang agak lama untuk dpindahkan. Jadi, untuk mempercepatkan pemindahan data hard disk korang memerlukan USB 3.0 kerana ia dapat memindahkan data sepantas 5GB/second!

Ada banyak lagi ciri ciri penting yang perlu diberi perhatian, contohnya macam warranty, harga dan macam macam lagi tetapi ketiga tiga ciri yang aku share dengan korang ini adalah antara ciri yang wajib ada pada hard disk yang bakal korang beli.

21 ulasan:

  1. nice entri . jom singgah blog shahril jap .. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..nanti saya singgah sane yer.

      Padam
  2. Hana ada hardisk yang dari dalam laptop lama tu. hehehe

    Tu pun kira hardisk juga kan

    BalasPadam
  3. Menarik nie.. selalu main beli je..
    Thanks for the info..

    BalasPadam
  4. Dah beberapa kali stalker hard disk tp masih belum ksampaian utk beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. stalk betul2..lepas tuh baru buat pilihan..

      Padam
  5. Wah! stylo HD nih!
    Mujur HD Mrs. A masih okay lagi..
    My passport of WD
    Anyway thanks for sharing

    BalasPadam
  6. Mmg tahan lasak ni.. Xperlu risau dh klau tertumpah air ke.. Tp mmg menarik yg blh masuk air tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik kan..kena consider yg nih jgk kalau nak beli Hard Disk.hehe

      Padam
  7. Yes, betul tu! Lagi lagi para blogger kan, confirm perlukan hard disk nak simpan gambar dan fail lain. Kalau nak harapkan laptop je memang lembab la laptop nanti.

    Thanks for sharing a bit of info mengenai ciri-ciri hard disk yang bagus. Berguna untuk mereka yang tengah cari hard disk.

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure! hehe. Thank you for dropping by.

      Padam
  8. HD sangat berguna zmn skrg..terbaik !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer betul tuh..sekarang memang kena ada Hard disk kalau tak susah. hehe

      Padam
  9. entri yg sngt berguna luqman.. tq for sharing!

    BalasPadam