Sabtu, 9 September 2017

18 Restoren dan Kafe yang best di Sky Avenue, Genting Highlands | 36 hours Food Trail


18 Restoren dan Kafe yang best di Sky Avenue, Genting Highands | 36 hours Food Trail | Baru baru ini, Aku berpeluang untuk menyertai satu marathon yang sangat awesome. Marathon apa tuh? Semestinya Food Marathon la korang. Kalau running marathon tuh fikir dua tiga kali jugaklah nak join. haha. Nak kurus tapi malas. Itulah seorang luqman zakaria. 

Lupakan dulu bab kurus semua tuh sebab entry kali ini khas untuk korang yang memang kaki makan macam aku. Marathon kali ini dipanggil 36 Hours Food Trail dan ianya diadakan di Sky Avenue, Genting Highlands. 
Satu pengalaman yang best untuk aku sebab ini adalah kali pertama aku menyertai food trail dan ianya sangat mengenyangkan.haha. Kitorang ada 18 restoren dan kafe untuk dikunjungi dalam masa 36 jam. Fuh! Mana tak kenyang kan. sebelum aku membebel panjang, jom kita tengok restoren dan kafe mana yang menjadi sasaran kami.

1. Starbucks Reserve

Starbucks Reserve adalah tempat yang menjadi tumpuan penggemar kopi sebab di sini mereka dapat menikmati kopi kegemaran dengan beberapa kaedah dan cara penyediaan yang berbeza. Satu pengalaman yang menarik untuk aku sebab berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi penyediaan kopi yang sangat unik dari Certificate Coffee Master. Baca sini untuk tahu dengan lebih details berkaitan Starbuck Reserve [Starbuck Reserve menyajikan anda kopi yang lazat dengan 4 cara penyedian yang berbeza]

2. Dal.komm Coffee

Aku juga berpeluang menikmati pencuci mulut dan minuman di kafe yang menjadi buah mulut peminat fanatik drama korea. Kafe ini banyak keluar dalam drama korea, contohnya  Descendents of the sun. Aku tak pernah tengok tapi aku tahu tentang kewujudan drama tuh. Kiranya memang sangat popular la kan.Tak sangka pula yang kafe ini bukan hanya terkenal disebabkan oleh drama sahaja. Pencuci mulut dan minuman yang ada di kafe ini sememangnya sangat sedap, Kalau korang datang ke Sky Avenue di Genting Highlands, pastikan korang singgah sini ok. Baca sini jugak yer korang [dal.komm antara kafe yang paling popular dalam drama korea]

3. BMS Organics Vegetarian Cafe

Kafe ini sangat menarik tau sebab dorang menyediakan makanan menggunakan bahan bahan organik. Dekat sini, aku dihidangkan Kari Laksa dan beberapa makanan lain tapi kari laksa adalah yang paling menarik untuk dicuba. Kari laksa ini dimasak menggunakan Soy milk dan beberapa bahan organik yang lain.  Rasa kari Laksa di sini memang sedap dan yang bestnya ianya menyihatkan. Baca sini jugak [Nikmati makanan yang lazat dan hidup yang sihat dengan BMS Organics Vegetarian Cafe]

4. DC Comics Superheroes Cafe 

Kafe yang berkonsep Superheroes ini sangat menarik untuk dikunjungi oleh kanak kanak dan juga dewasa. Makanan yang dihidangkan di sini juga sangat unik, menarik dan yang penting ia juga sedap. Baca sini jugak yer [Nikmati makanan yang sedap dan unik di DC Comics Superheroes Cafe, Sky Avenue | Genting Highlands]

5. Inside Scoop

Salah satu outlet aiskrim yang korang kena singgah kalau ke genting highlands. Dekat sini ada banyak perisa aiskrim yang korang boleh cuba. Selain aiskrim, dorang juga ada jual waffles, kek dan Minuman. Singgah baca sini jugak untuk maklumat lanjut ok [Aiskrim yang sedap di Inside Scoop Sky Avenue | Genting Highlands]

6. Dome Cafe

Kalau korang ke Sky Avenue, Genting highlands jangan lupa singgah di Dome Cafe yang terletak di tingkat 1. Kafe ini menyediakan pelbagai makanan yang sedap contohnya Spaghetti Aglio Olio. Korang boleh singgah di entry ini untuk baca tentang Dome Cafe dengan lebih details [Food Tasting di Dome Cafe Sky Avenue | Genting Highlands]

7. Madame waffle  8. Just Heavenly Cafe

Dua kafe ini menyediakan dessert/pencuci mulut yang sangat sedap dan korang mesti akan rambang mata sebab ada banyak pilihan especially Madame Waffles. Ada pelbagai jenis waffles yang sangat menarik dan salah satunya, waffle Musang Durian Cream Brule.

Di Just Heavenly Cafe pulak, korang boleh makan bermacam jenis kek dan cupcakes. Baca sini kalau korang nak tahu lebih details [Berkunjung ke Madame Waffle dan Just Heavenly Cafe untuk dessert yang sedap | Genting Highlands]

9. Tampopo Delicieux

Restoren ini adalah untuk mereka yang menggemari makanan dari jepun terutamanya ramen dan udon. Antara yang menjadi tarikan di restoren ini adalah Chicken ramen dan Beef Udon. Selain itu, kalau korang nak makan creampuff yang sedap, Tampopo Delicieux adalah tempat yang korang kena singgah sedap creampuff dekat sini memang sedap. Korang nak tahu lebih details? boleh baca entry ini [Tampopo Delicieux untuk anda yang menggemari ramen dan udon | Genting Highlands]

10. Koong Woh Tong

Kedai ini sememangnya terkenal dengan Herbal jelly yang boleh membantu dan memberikan kita banyak manfaat. Aku berpeluang untuk mencuba herbal jelly ini dan tak sangka pulak yang jelly ini rasanya agak sedap. Korang pernah tak cuba sebelum ini? Baca sini jugak [Sihat dan cantik dengan herbal jelly dari Koong Woh Tong | Genting Highlands]

11. Paparich

Paparich adalah salah satu restoren yang menjadi tarikan ramai orang sebab mereka menyediakan makanan yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan tak dinafikan makanan yang dihidangkan disini sangat menyelerakan. Antara makanan yang menjadi tarikan adalah nasi lemak, kari laksa, Kuey teow, nasi ayam dan macam macam lagi. Desserts atau pencuci mulut yang sedap seperti cendol, ABC dan lain lain lagi. Baca entry ini jugak yer [Pengalaman pertama kali menikmati makanan yang sedap di Paparich | Genting Highlands]

12. Tian Ma Bird Nest

Seperti yang kita semua sedia maklum bird nest atau sarang burung ini ada banyak kelebihannya dan aku berpeluang untuk mencuba sendiri sarang burung ini di Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue. Kalau korang datang ke sini bolehlah singgah dan cuba makan sarang burung ini. Nak tahu apa yang aku makan dekat sini? korang boleh singgah dan baca entry ini ok [Hidup lebih sihat dengan Tian Ma Bird Nest | Genting Highlands]

13. I Love Yoo

Korang penggemar Cakoi macam aku tak? kalau yer memang korang kena singgah makan dekat sini sebab cakoi dekat sini memang sedap sangat. Selain cakoi, dorang juga ada jual makanan lain contohnya Sweet potato balls, butterfly buns, pulut buns, red bean buns dan macam macam lagi. Baca sini jugak untuk lebih details yer [Cakoi dan Reb Bean Bun yang sedap dan lazat di I Love Yoo | Genting Highlands]

14. Tokyo Secret

Tokyo Secret ini memang tidak asing lagi buat penggemar cheese tart, jadi kalau korang ke Sky Avenue jangan lupa untuk ke Tokyo Secret yang terletak di Level 1 untuk mencuba sendiri keenakan Hanjuku Cheese Tart dan jangan lupa untuk order minuman cheese crema series. Baca sini jugak yer korang [Cheese Tart dan Cheese Crema di Tokyo Secret | Genting Highlands]

15. Richdad  16. Babajia

Korang pernah makan di Richdad atau Babajia tak? Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke dua restoren ini. Kedua duanya berada di bawah  Only World Group. No wonderlah restoren pon berada di floor yang sama dan kedudukannya pula sebelah menyebelah. Nak tahu apa makanan yang korang boleh makan di richdad dan babajia? Korang boleh klik link ini [Jom makan di Richdad dan Babajia | Genting Highlands]


17. San Francisco Coffee

Dekat sini tak ada apa yang special sangat bagi aku tapi environment bila dapat minum kopi panas sambil ditemani cuaca sejuk tuh membuatkan korang akan singgah San Francisco Coffee di Sky Avenue sebab ianya berada di kawasan terbuka level paling atas.

18. Kyochon 1991

Kyochon adalah antara restoren favorite aku. Ayam goreng dekat sini memang superb. Kalau korang belum pernah cuba. Aku suggest korang try at least sekali la. Confirm akan jadi favorite punya la.hehe


Mengunjungi dan mencuba semua makanan dan minuman di 18 Outlet yang berbeza dalam masa 36 jam memang sangat mencabar. Lagi susah dari marathon larian. hehe. Terima kasih diucapkan kepada Resorts World Genting kerana memberi peluang kepada aku untuk turut serta dalam 36 hours Food Trail yang sangat Awesome ini. Sekiranya korang bercuti di Genting Highlands, jangan lupa untuk datang ke outlet yang aku senaraikan ini ok. Korang juga boleh layari laman sesawang www.rwgenting.com untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini dari mereka. 

16 ulasan:

  1. Kalau restoran franchise macam paparich tu, dia punya harga lebih mahal sket kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga dia tak adalah mahal sangat masih lagi affordable dan makanan pon sedap. hehe

      Padam
  2. Banyaknya restoran kalau datang sana tak ada masalah nak makan betul tak. Kita suka yang last Kyochon tu hehehe pernah makan kat KL..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuh memang ultimate Fav Maha..suka sangat makan Kyochon ini..hehe

      Padam
  3. Baru-baru ini ada turun ke Genting, rambang mata sat tak tau nak makan dekat mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rambang mata sebab banyak tempat makan yang best.

      Padam
  4. Fuhh... bagusnya artikel ni! Senang nak buat rujukan dan pilihan kalau ke sky avenue ni nanti. woohoo!

    BalasPadam
  5. Ramai gila buat artikel pasal makanan. hjahahhaahah Bal ni sini sudah pun terliur. bestlah dapat pergi tempat macam ni. Heaven. no 17 my pick

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel pasal makanan nih memang fav semua Qbal hehe. Saya punya pick 18 hehe

      Padam
  6. Herm,mesti best kalau dapat pi San Francisco Coffee tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang suka coffee memang best la pergi..

      Padam
  7. Rupanya banyak je restoran dekat sky avenue genting tu. pernah pergi sana tapi pergi mcd. hahahaha motif sangat datang jauh2. maybe nanti plan menginap sana, baru lama sikit boleh explore hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena menginap..kalau tak..tak sempat nak explore.

      Padam
  8. Pernah pergi sana, tapi tak pernah try semua restoran di atas. pergi makan mcd. sebab masa tu tak taw apa best dekat sana. hehehe nanti nak check la. hehehe thanks for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ini kalau pergi lagi..boleh la mana mana kafe atau restoren ini. hehe welcome Iday.

      Padam