Khamis, 3 Ogos 2017

Street Churros kini berada di Empire Shopping Gallery | Outlet ke 6 di Malaysia

Street Churros kini berada di Empire Shopping Gallery | Outlet ke 6 di Malaysia | Street Churros yang berasal dari Korea sekarang ini berada di Malaysia dan Empire Shopping Gallery adalah outlet mereka yang ke enam. Wah! Hebat kan fenomena Street Churros ini. 

Empire Shopping Gallery | Subang Jaya
Menariknya disini, Churros hanya akan disediakan selepas pesanan diterima dari pelanggan supaya mereka dapat menikmati rasa churros yang masih panas, enak dan ranggup. No wonder-lah street churros dapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sehingga mereka mampu untuk membuka 6 outlet Street Churros dalam jarak masa yang sangat singkat. 

Street Churros | Menu
Churros yang disediakan di sini sangat ranggup diluar dan lembut didalam. Ianya sangat diminati oleh semua orang termasuk aku sendiri. Pengalaman pertama menikmati churros memang sangat menarik sebab Street churros bukan hanya menyediakan Original churros yang berbentuk seperti "ladam kuda" tetapi mereka juga mempunyai pelbagai jenis churros yang lain seperti Stick Churros, Ice Cream Churros, Filling Churros dan Churros fries

Nikmati Churros yang enak dan ranggup  hanya di Street Churros 

  • Original Churros - RM5.90
Original Churros atau dikenali dengan nama Street Churros didatangkan dengan 3 flavours atau perasa yang berlainan iaitu Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Ketiga tiga Churros ini sememangnya sangat enak dan untuk pengetahuan korang, original churros berperisa cinnamon adalah yang paling laris antara semua. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba original churros pilihan ramai ini.


Original churros ini kalau makan macam tuh jer memang dah cukup sedap tapi kalau korang nak tambahkan lagi kesedapan churros ini, mungkin boleh add on dipping sauce dengan harga RM1.90. Ada empat dipping sauces yang boleh korang pilih - Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Butterscotch.

  • Stick Churros - RM9.90
Stick churros ini lebih kurang original churros jer tapi ianya bukan dalam bentuk ladam kuda. Istimewanya stick churros ini, korang boleh pilih dua flavours dalam satu order. Masih mengekalkan perisa/flavours yang sama iaitu cinnamon, chocolate dan cheese. Pilih dua perisa kesukaan korang and you are good to go!


  • Ice Cream Churros - 7.90 (Plain) + topping RM1 (Choco, Choco berry & Mango)  
Makan ais krim dengan churros is the best feeling ever. Tak menyesal order! Ada tiga topping yang korang boleh pilih dan ianya adalah mango, choco berry dan choco choco. At first tuh memang nak order mango sebab it is my fav choice tapi why not kita try something new kan. Jadi, aku order ice cream churros with the choco berry topping. Memang sedap! Kalau korang tengok gambar kat bawah ini mesti terliur punya.hehe.


  • Filling/Filled Churros - RM7.90
Filling Churros ini memang berbeza dengan original dan stick churros sebab churros ini ada inti didalamnya. As usual, street churros menyediakan 3 pilihan filling yang berbeza untuk pelanggan mereka. Korang boleh pilih samaada nak filling berperisa chocolate, cream cheese atau pon custard.


  • Churros Fries
Korang pernah makan churros fries sebelum ini? mesti tak pernah kan. Jadi, street churros memperkenalkan churros fries ini untuk korang semua rasa. Aku dah try makan churros yang berperisa seaweed and it was really good lebih lebih lagi kalau makan time panas. Selain seaweed, churros fries berperisa tomato dan sour cream juga ada untuk dinikmati. Oh yer, seperti aku bagitahu korang, selain churros, Street Churros juga menyediakan minuman untuk pelanggan mereka. Jom kita tengok apa minuman yang menarik sini. 

Rasai minuman yang sedap dan segar hanya di Street Churros

Tak lengkap rasanya kalau makan tanpa minuman kan. Di street chorus ini ada pelbagai jenis pilihan minuman. Untuk penggemar kopi, caramel macchiato dan spanish latte menjadi pilihan pelanggan. Korang tak suka minum kopi? Jangan risau sebab street churros juga menyediakan minuman lain seperti green tea(hot/cold), milk tea(hot/cold), chocolate(hot/cold), O'My Mango dan O'My Coconut.


Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba minuman fresh (Fruit - Ade) seperti lemon, passionfruit dan juga Korean citrus dengan harga RM7.90 setiap satu.


Jom ramai ramai kita serbu outlet street churros di Empire Shopping Gallery. Sebab apa? 20 percent discount menanti korang tapi kena dapatkan kupon dengan aku dulu la. Kalau korang nak ke area sana atau memang tinggal berdekatan dengan tempat tuh bolehlah contact aku. Nanti aku bagi kupon untuk dapatkan 20 percent diskaun di Street Churros Empire Shopping Gallery. Kupon tak banyak ini. Siapa cepat dia dapat. hehe.


Selain Empire Shopping Gallery, dekat mana lagi korang boleh dapatkan Street Churros ini? Bawah ini aku list kan kesemua Street Churros Outlet yang ada di Malaysia. Jadi, kepada korang yang nak dapatkan churros yang awesome ini bolehlah berkunjung ke outlet mereka yang berdekatan ok.

Street Churros | Empire Shopping Gallery | Subang Jaya
Alamat
Lot No. LK02A, Lower Ground Floor, Jalan SS 16/1,SS 16,
Empire Shopping Gallery,
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56121055

Street Churros | IOI City Mall | Putrajaya
Alamat
LG-66A Lower Ground Floor,
IOI City Mall, IOI Resort City,
Lebuhraya Lembah Klang Selatan 62500
Putrajaya Selangor
Tel : 03-89592110

Street Churros | One Utama Mall | Petaling Jaya
Alamat
Lot LG319A, Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre,
1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Urama City Centre
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-76810710

Street Churros | Sky Avenue | Genting Highlands
Alamat
Lot No T2-12, Level T2,
Sky Avenue, Genting Highlands Resorts,
6900 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur
Tel : 03-61013110

Street Churros | Berjaya Times Square | Kuala Lumpur
Alamat
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square,
No 1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21106210

Street Churros | MyTOWN Shopping Centre | Cheras
Alamat
Lot no. B1-046,
Basement 1, MyTown Shopping Centre,
No. 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Website

Facebook

Instagram

2 ulasan:

  1. Haha...Memang favourite LeYa churros ni...
    Tapi.. LeYa dah pegi yag IOI City Mall je sebab dekat dengan rumah...

    BalasPadam