Jumaat, 11 Ogos 2017

Sihat dan cantik dengan Herbal Jelly dari Koong Woh Tong | Genting Highlands


Sihat dan cantik dengan Herbal Jelly dari Koong Woh Tong | Genting Highlands | Korang pernah makan dekat Koong Woh Tong tak? Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke kedai yang menjual makanan yang berasaskan herbal. Koong Woh Tong ini ada banyak cawangan dan ianya memang terkenal dengan Herbal Jelly.


Pada awalnya aku ingat herbal jelly yang dijual disini rasanya pahit tapi aku salah sebab bila makan herbal jelly rasa dia memang sedap. Lagi pon banyak manfaat yang boleh kita dapat kalau makan herbal jelly ini.

Kebaikan Herbal Jelly

Antara kebaikan herbal jelly adalah ianya melembabkan kulit, sejukkan badan, menguatkan limpa, mengurangkan masalah jerawat dan mengelakkan sembelit


Dah la sedap lepas tuh baik untuk kesihatan. Kalau macam ini, hari hari makan pon tak kisah. 


Satu mangkuk kecil herbal jelly berharga RM11 dan RM14 untuk mangkuk besar. Aku tak sure yang aku makan tuh yang besar atau kecil. Selain Herbal Jelly, Koong Woh Tong juga ada menjual Herbal Tea yang boleh melegakan batuk, demam dan sebagainya.

Koong Woh Tong, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2C-05A
Level 4, Sky Avenue

Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan