Khamis, 24 Ogos 2017

Promosi kuih bulan di Resorts World Genting | Genting Highlands


Perayaan kuih bulan atau Perayaan Musim Luruh adalah antara perayaan yang terpenting selain hari Tahun Baru Cina. Ianya disambut dengan meriah dan kuih bulan menjadi tumpuan semua orang.

Resorts Worlds Genting juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan ini dengan menyediakan pelbagai jenis perisa baru kuih bulan bagi memeriahkan lagi perayaan musim luruh. Bermula dari 18 Ogos yang lepas, penggemar boleh mendapatkan kuih bulan kegemaran mereka di Garden Courtyard (Tingkat 1, Sky Avenue) dari jam 12 tengahari hingga jam 8 malam


Selain Garden Courtyard, korang juga boleh dapatkan kuih bulan ini  di OneHub, Wisma Genting (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tour) bermula 11 - 29 september (Kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Perisa baru untuk penggemar kuih bulan

Pelbagai perisa baru yang dikeluarkan untuk memeriahkan lagi perayaan kuih bulan. Jom kita tengok kuih bulan perisa apa yang menarik untuk korang semua beli.


Atas (dari kiri)

普洱陈皮蛋沙 (NEW)
Pu Er Lotus Paste with Dry Mandarin Orange Jingsa
RM 19.00 nett per no

单黄金蜀蓉 (NEW)
Sweet Corn  Paste with Single Yolk
RM 19.00 nett per no

龍果椰皇金沙 (NEW)
Dragon Fruit Lotus Paste With Coconut Jingsa
RM 19.00 nett per no

Bawah (dari kiri)

白玉奶皇金翡翠 (NEW)
White Pandan Jade With Buttermilk Custard
RM 19.00 nett per no

黑芝麻绿茶蓉 (NEW)                                                                                                  
Green Tea  Paste with Black Sesame Jingsa
RM 19.00 nett per no 
           
冰皮果仁蓝莓蓉 (NEW)
Snow Skin Blueberry Paste
RM 19.00 nett per no

Diskaun 30% untuk pembelian Kuih bulan dewa kekayaan

Dapatkan 30% diskaun dengan pembelian 50 kotak (satu kotak ada 4 biji) kuih bulan dewa kekayaan dan pelanggan juga boleh dapatkan kotak perhiasan secara percuma dengan setiap pembelian 4 biji kuih bulan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan