Jumaat, 11 Ogos 2017

Pengalaman pertama kali menikmati makanan yang sedap di Paparich | Genting Highlands


Pengalaman pertama kali menikmati makanan yang sedap di Paparich | Genting Highlands | To be honest, ini adalah kali pertama aku makan di Paparich. Selalu jer nampak kedai ini kat mana mana tapi tak pernah terasa nak masuk. Well, pengalaman pertama kali makan dekat sini not bad jugak sebab makanan yang dihidangkan memang sedap terutama sekali kari laksa.


Aku ke Paparich pada waktu pagi dan keadaan waktu macam ini memang pack dengan orang. First impression yang cukup bagus untuk aku kan. Aku ke sini dengan kawan kawan blogger dan kitorang order Kari Laksa, Kuey Teow goreng, 3 Layer Tea dan Stevia White Coffee


Paling exticed untuk try adalah stevia white coffee. Seperti yang kita tahu stevia adalah pengganti gula dan bagus guna stevia ini kalau nak diet. Aku wonder jugaklah macam mana rasa coffee kalau guna stevia and ternyata rasa dia memang sedap walau pon tanpa gula.

Kari Laksa yang menyelerakan. Nampak sedap kan.
Kuey Teow Goreng 
3 Layer Tea
Stevia White Coffee
Paparich ini adalah restoren yang menghidangkan banyak makanan kegemaran rakyat malaysia. Antaranya mee goreng mamak, nasi lemak, asam laksa, mee udang dan lain lain lagi. Makanan barat seperti chicken chop dan Fish and Chip pon ada di paparich. Tuh belum cerita pasal dessert lagi, kat sini ada ABC, cendol, sagu & gula melaka, rojak buah dan macam macam lagi. terliur pulak. Lepas ini kena pergi lagi sebab nak try makan Kek stim yang dihidangkan dengan gula melaka. mesti sedap. hehe.

Paparich, Sky Avenue | Genting Highlands
Level 4, Sky Avenue

Facebook

Instagram

Website

3 ulasan:

  1. Wah...nengok gambar pun dah terliur. Kali pertama and terakhir mkn kat sini Masa study Kat JB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..terliur tengok!rasa macam nak pergi lagi hehe

      Padam
  2. Dah lama sangat tak pergi paparich... Dulu time duk semenanjung slalu la... Dah kawin duk sabah ni... Nak nampak signboard paparich pun jarang... Ke tak pernah 🤔

    BalasPadam