Rabu, 2 Ogos 2017

Food Tasting di Dome Cafe Sky Avenue | Genting Highlands


Food Tasting di Dome Cafe Sky Avenue | Genting Highlands | Pernah makan dekat Dome Cafe tak? Aku pernah makan dekat cafe ini tapi dah lama dah, tuh pon sekali jer sebab teringin nak rasa fruit salad dorang. Kelas tak? nak makan fruit salad pergi Dome. Tak kisahlah kan sebab the only salad yang aku boleh makan is Fruit salad. Kalau korang bagi salad merepek macam caesar salad semua tuh memang tidaklah aku nak makan.


Aku ke Dome kali ini untuk food trail. Disini aku dan kawan kawan dihidangkan dengan Fish and Chips, Spaghetti Aglio Olio dan juga Mushroom Soup


Spahetti Aglio Olio tuh memang sedap, lepas ini kalau datang Dome lagi bolehlah order portion yang betul betul punya. tak puas makan macam ini.hehe.
Dekat sini ada banyak lagi pilihan makanan lain kalau korang tak suka Spaghetti. Mungkin korang boleh cuba Fish & Chip, Calamari & Chips, Fish Burger, Fishermen's Platter atau Sandwiches.


Kalau tak nak makan heavy, korang boleh order salad dan sup. Ada beberapa pilihan sup yang sedap dekat sini, antaranya Mushroom Soup, Minestrone Soup atau Seafood Chowder. Selain makanannya yang sedap, Dome cafe juga terkenal dengan kopi. Jadi korang boleh singgah sini untuk minum cappucino, latte, espresso dan lain lain lagi. 


Aku sukakan suasana dan dekorasi di Dome Cafe sebab ianya sangat selesa dan nampak elegen. Cafe yang berasal dari Australia ini memang terkenal dan di Malaysia jer pon dah ada lebih kurang 18 Outlets. Kalau masuk sini bolehlah feeling feeling macam dekat Perth, Australia. tak gituh?

Dome Cafe Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2B-46&47
Level 1, Sky Avenue 

Facebook

Instagram

1 ulasan: