Jumaat, 4 Ogos 2017

Berkunjung ke Madam Waffle dan Just Heavenly Kafe untuk dessert yang sedap | Genting Highlands


Berkunjung ke Madam Waffle dan Just Heavenly Kafe untuk dessert yang sedap | Genting Highlands | Untuk entry kali ini aku nak share tentang dua kafe yang wajib korang singgah kalau ke Sky Avenue, Genting Highlands. Kafe yang pertama adalah Madam Waffles, dekat sini korang boleh makan pelbagai jenis waffles sangat sedap dan mengenyangkan.

Madame Waffle di Sky Avenue, Genting Highlands


Di kafe nih korang boleh order classic waffles secara ala carte atau pon combo. Untuk ala carte, korang boleh pilih samaada Original, Matcha, Honey, Nutella, Cinnamon, Peanut Butter, Dark Chocolate dan Almond. Untuk combo, ia didatangkan dengan Coffee atau pon Ice Cream.



Madame Waffles Kafe ini memang syurga waffles! Banyak sangat pilihan waffles yang korang boleh order. 

Rambang mata nak pilih!aku dan kawan kawan order Seasalt Dark Chocolate Chunk Waffle dan satu lagi waffles dengan aiskrim tapi aku lupa pulak apa nama dia. sorry. hehe. 


Madame Waffle, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2-40
Level 1, Sky Avenue

Website

Facebook

Instagram

Just Heavenly Cafe di Sky Avenue, Genting Highlands


Ada banyak pilihan kek di kafe ini dan antaranya adalah carrot walnut, spiced marble, sticky dates, butter buttercup dan lain lain lagi. Aku bukanlah penggemar kek yang fancy fancy macam nih. Biasanya kalau kek ini, aku suka kek butter yang simple jer tapi kadang kadang tuh nak juga try kek yang macam ini kan. hehe

Just Heavenly Cafe, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2-19
Level 1, Sky Avenue

Website

Facebook

Instagram

3 ulasan: