Rabu, 9 Ogos 2017

Bercuti bersama keluarga dan kawan kawan di Hotel On The Park, Resorts World Genting


Bercuti bersama keluarga dan kawan kawan di Hotel On The Park, Resorts World Genting | Percutian ke Genting Highlands pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas sangat menyeronokkan sebab aku berpeluang untuk bermalam di Hotel On The Park yang mempunyai dekorasi yang sangat moden dan sesuai untuk seisi keluarga.

Hotel On The Park, Resort World Genting
Korang ingat lagi tak Hotel Theme Park yang ditutup dulu? Yup! Ini adalah hotel sama yang telah diubahsuai menjadi hotel yang lebih baru, menarik dan unik

Reception
Masuk sahaja ke lobi hotel, korang akan nampak reception yang unik ini. Pakaian untuk staff di sini juga sangat menarik dan ianya bersesuaian dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Giant Tea Cups di lobi
Antara yang menarik di lobi hotel ini adalah "Giant" Tea Cups dan "Giant" Bench. Tak sempat nak snap gambar bench tuh sebab tak putus orang bergambar dekat situ. Masuk ke lobi pon dah rasa macam dalam filem alice in wonderland kan. Belum tengok bilik lagi. hehe

Trick Mirror di Lobi - Credit to Linda for this photo
Selain bench dan tea cups, trick mirror adalah salah tarikan yang menjadi tumpuan mereka yang menginap di hotel On The Park. Sebelum check in kitorang sempat bergambar ala ala memanjat dinding. Jom kita tengok bilik bilik yang ada di hotel ini pulak.

Dekorasi bilik yang menarik di Hotel On The Park, Resort World Genting

Ada dua jenis bilik untuk tetamu iaitu Quads Room dan Sixers Room. Quads room boleh menempatkan 4 orang dalam satu bilik. Ada dua tilam "queen size" yang diletakkan di dalam bilik ini. Ianya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah bathroom amenities, safebox, mini fridge, hangers, coffee & tea making set, kipas, hairdryer dan lain lain lagi.


Sixers room juga mempunyai kemudahan yang sama tetapi yang membezakan bilik ini dengan Quads room adalah ianya lebih luas dan mampu memuatkan 6 orang pelanggan/guests dalam satu bilik. Oh yer, untuk pengetahuan korang kedua dua jenis bilik ini menggunakan konsep tatami. 

Quads Room (1-4 pax)

2 tilam "Queen Size" 
Katil yang cukup besar dan luas untuk 4 orang kan. Konsep tatami yang diterapkan memang sangat menarik dan ada storage dibawah katil ini untuk korang simpan beg pakaian. Penggunaan ruang yang sangat bijak. 

Dekorasi yang sangat comel 
Salah satu benda yang menarik perhatian aku masa mula mula masuk dalam bilik ini adalah TV dan deko yang ada di dinding bilik. 

lengkap dengan face towels dan lain lain kemudahan
Bilik air yang sangat selesa
Bilik air bukan sahaja selesa tetapi ianya juga lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Jom kita tengok dengan lebih details.

Bathroom Amenities
Selain kemudahan asas seperti towel, mereka juga menyediakan shampoo, conditioner, shower gel, bath gel, soap, shaver, cotton buds, shower cap, sanitary bag dan tootbrush.

Hairdryer, kasut dan bathroom amenities
Hairdryer juga ada untuk mereka yang memerlukannya.  By the way, Comel kan in room shoes dorang. Bukan tuh jer comel, cuba korang tengok mini fridge kat bawah ini. 

Mini Fridge 

Sixers Room (1-6 pax)

Sixers Room
Ruang yang sangat luas 
Inilah kelainan yang ada di dalam Sixers Room. Siap ada bunk bed untuk memuatkan lagi 2 orang dalam bilik. Bilik ini juga lebih luas berbanding quads room. Kalau datang dengan family, anak anak boleh gunakan bunk bed dan korang plak boleh tidur dekat bawah.

 Ada dua sinki untuk bilik sixers
Toilet dan Shower room
Selain Quads room dan Sixers Room. Hotel On The Park juga menyediakan bilik untuk mereka yang kurang upaya. Jom kita tengok kemudahan yang ada dihotel ini untuk mereka.

Akses untuk tetamu kurang upaya


Bilik untuk warga kurang upaya
Bilik untuk warga kurang upaya ini sangat luas dan ianya akan memudahkan mereka untuk bergerak. 

Adjustable bed
Salah satu katil yang ada di dalam bilik ini sangat menarik sebab ianya adalah "adjustable". Dengan menggunakan remote yang disediakan, tetamu bilik kurang upaya yang menggunakan katil ini dapat mengubah kedudukan tilam mengikut keselesaan mereka.

Bilik air (dalam bilik tidur) untuk mereka yang kurang upaya
Dan ini pulak bilik air untuk kemudahan mereka. Seperti biasa ianya sangat luas, selasa dan lengkap. Antara kemudahan lain yang memberi keutamaan untuk warga kurang upaya adalah tandas awam di luar bilik yang hanya boleh di akses kepada mereka sahaja.

Tandas awam untuk warga kurang upaya
Korang yang cukup lengkap fizikal semua tuh jangan berangan nak juga bilik air ini yer sebab ada kod untuk akses. Staff di hotel akan assist dan bukakan toilet ini untuk mereka. Jadi, kalau korang ke sini memang tak akan ada yang boleh guna toilet OKU sesuka hati.

Hotel On The Park bakal dibanjiri pengunjung 

Genting Highlands adalah tempat percutian yang sangat menyeronokkan sebab ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disana. Lokasi genting highlands juga sangat strategik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting hanya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Tidak menjadi masalah untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang kesini. 

Tambahan pula, Twentieth Century Fox World Theme Park akan dibuka tak lama lagi dan lokasi theme park ini berdekatan dengan Hotel On The Park. Jadi, untuk mereka yang datang bercuti di genting bersama keluarga dan kawan kawan akan memilih hotel on the park ini sebagai tempat untuk mereka penginap. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Hotel On The Park, korang boleh refer info dekat bawah ini.

Website
Tel : 0361011118

1 ulasan:

  1. salam ziarah..

    OMGGGGG cantiknya hotel tu skrg ni..dulu pergi dah buruk2 dah..huhu.. mmg kene gi ni..hehehe..

    tq utk perkongsiannya.. :)

    BalasPadam