Rabu, 2 Ogos 2017

Aiskrim yang sedap di Inside Scoop Sky Avenue | Genting Highlands

Aiskrim yang sedap di Inside Scoop Sky Avenue | Genting Highlands | Siapa dekat sini suka makan ais krim? Kalau suka mesti korang tahu tentang kewujudan Inside Scoop kan. To be honest, aku tak pernah nampak outlet Inside Scoop sebelum ini padahal dorang ada banyak cawangan di area klang valley. 


Untuk pengetahuan korang, cawangan Inside Scoop ini bukan hanya di Klang Valley sahaja tau, di Sky Avenue Genting Highlands pon ada.

Jadi, kalau korang nak menikmati aiskrim di genting, carilah Inside Scoop sebab aiskrimnya memang sedap dan banyak perisa yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing.


Korang tengoklah sendiri, panjang betul queue! Nasib baiklah kitorang sampai awal. Kalau tak terpaksalah beratur panjang untuk makan aiskrim tapi kalau beratur pon tak rugi sebab dapat makan aiskrim sedap. hehe.


Inside Scoop bukannya jual aiskrim dalam cup macam yang aku makan ini jer tau. Selain ice cream dorang juga ada jual kek aiskrim, waffles dan minuman. Memang rambang mata kalau datang sini, lebih lebih lagi kalau nak pilih flavour aiskrim. 

Inside Scoop Malaysia | Genting Highlands
T2-45,
Level 1, Sky Avenue

Facebook

Instagram

2 ulasan:

  1. Dah pernah makan...sedap..rasa nak lagi dan lagi..dan lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak! nanti nak pergi lagi la nak try perisa lain plak.

      Padam