Jumaat, 14 Julai 2017

Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor, OST Drama bersiri Dendam Aurora

By luqman zakaria  |  11:58 4 comments

Drama bersiri Dendam Aurora lakonan Nabila Huda, Ungku Ismail, Anzalna Nasir dan Shah Iskandar bakal ditayangkan tidak lama lagi. Tak sabar rasanya nak tunggu 25 Julai 2017. Bukan apa, korang pon tahu lakonan Nabila Huda memang meletop kan, nak nak lagi kalau pegang watak utama. Itu yang pertama, yang kedua paling tak sabar adalah OST dendam Aurora. Rasanya full version untuk OST drama ini belum keluar lagi. 

Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor bakal meletop

Siti Nordiana & Jaclyn Victor

Tak sabar nak dengar full version lagu Nisan Cinta. Teaser pon dah best kalau ada full version mesti lagi mantap kan. Nanti kalau ada yang full version aku akan share tapi sekarang ini jom kita layan teaser dulu.

Credit to youtube Jaclyn Victor Club 
Lagu ini ditulis oleh Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan. Beberapa hari yang lepas dorang ada shoot lyrics video untuk lagu ini. Jadi, jangan lupa untuk tengok youtube atau check blog arepnakbebel sebab aku akan update lirik lagu ini untuk korang. Nanti senang nak smule.haha.

*Finally! Nisan CInta Full version dah keluar, Jom dengan dan nyanyi sama sama. Updated (21/7/2017)


Lirik Lagu Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor

Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda
Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda
Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya
Cinta kita

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Cinta Kita
Selamanya

Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


latest Update on 21/7/17 at 1144PM

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

4 ulasan:

  1. Masih mengancam Siti Nordianan ni kan hehe..

    BalasPadam
  2. Macam best jee montage citer ni. hehe. nak tgk gak lah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan! mesti best punyer..jangan lupa tengok nanti..

      Padam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP