Khamis, 27 Julai 2017

Nikmati makanan yang lazat dan hidup yang sihat dengan BMS Organics Vegetarian Cafe


Nikmati makanan yang lazat dan hidup yang sihat dengan BMS Organics Vegetarian Cafe  | Seorang luqman zakaria ini memang tak makan sayur, jadi sejujurnya aku tak pernah dengar pon pasal BMS Organic Vegetarian Cafe ini. Korang pernah makan dekat sini tak? walau pon aku tak makan sayur and all, aku tetap ke sini untuk completekan 36 hours food trail di genting higlands baru baru ini tapi serious aku cakap korang, tak menyesal langsung masuk cafe ini sebab ada satu makanan ini memang sedap. Jom kita tengok apa yang aku makan dekat cafe ini.

BMS Organics Vegetarian Cafe | Sky Avenue | Genting Highlands
Sebelum aku share pasal makanan, korang tengoklah deko dalam cafe ini, cantik kan, siap ada tumbuh tumbuhan hijau. Sesuailah dengan konsep yang dorang nak komersialkan "Eat Clean, Live Green". Lets move on dengan makanan pulak. 

BMS Soy Milk Curry Laksa | Homemade Noodles
Inilah yang aku makan dekat BMS Organics Vegetarian Cafe, Kari Laksa. Ini kari laksa yang menyihatkan yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Cafe ini menggunakan bahan bahan yang organik dalam masakan dorang contohnya minyak biji anggur, minyak zaitun, garam laut, sayur sayuran organik dan macam macam lagi. Untuk pengetahuan korang, ada 5 "No"s yang diamalkan oleh cafe ini.

5 "NO"s yang dititiberatkan oleh BMS Organics Vegetarian Cafe.

  • No MSG 
  • No GMO - Genetically Modified Organism
  • No artificial colouring
  • No chemical preservative
  • No microwave cooking

The Organic Harvest | Signature Salad
Ok! yang ini pulak, signature salad dorang. Aku tak makan yang ini tapi kawan kawan aku cakap salad ini sangat sedap lebih lebih lagi kalau makan salad ini dengan Japanese sesame dan Passion fruit dressing. Ada banyak lagi makanan menarik yang korang boleh cuba kalau datang sini. Mungkin lepas ini aku akan cuba Nasi Lemak Vegetarian pulak. 

BMS Organics Vegetarian Cafe
Sky Avenue - Genting Highlands

Alamat
Lot No. T2-19, Level T2,
Sky Avenue, Genting Highlands Resort,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia
0104000249

Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad - 10 pagi hingga 10 malam
Selective Public Holiday - OFF

Website/Facebook/instagram

8 ulasan:

  1. ruginya oii tak makan sayur! hahahaha..pernah je dgr pasal cafe ini...even kat Ampang ada satu kalau tak silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. takleh nak telan oiii..haha. banyak cawangan dia..kat mne2 pon ada.

      Padam
  2. Bestnya ada cafe macam ni.. Boleh la jaga kesihatan hari-hari kalau makan kat sini..

    BalasPadam