Ahad, 23 Julai 2017

Muzik Video lagu luluh nyanyian khai bahar menyentuh hati netizen

Muzik Video lagu luluh nyanyian khai bahar menyentuh hati netizen | Single untuk kali ini agak menarik untuk dikongsikan dengan korang semua sebab lagu luluh ini adalah ciptaan Khai Bahar sendiri dan ianya cukup menyentuh hati netizen. Muzik video luluh dimuat naik pada 14 Julai 2017 dan sehingga kini (23 Julai 2017 jam 1256 pagi) tontonannya telah pon mencecah 700,000++ ribu. 

Ramai netizen mengambil peluang untuk memberi komen tentang lagu ini dan kebanyakannya memberikan maklum balas yang positif.  Satu lagi perkara yang menarik tentang lagu ini adalah ianya bukan berkisarkan tentang cinta tetapi tentang seseorang yang pernah mengalami kejatuhan atau kekecewaan dalam hidup dan berusaha untuk bangkit semula. 

Kalau korang baca lirik lagu  mesti korang akan faham apa yang aku cakap. Lepas tuh korang tengok muzik video ini confirm emosi tuh akan lagi sampai. Pada pendapat aku, lagu macam ini boleh relate dengan semua orang sebab aku yakin ramai yang pernah/masih/sedang mengalami kekecewaan dan kejatuhan dalam hidup kan. Apa pon jom layan muzik video dan lirik yang aku share ini.

Lirik lagu Luluh - Khai Bahar

Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun ku kan tetap bisa bertahan


Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
oh sakitnya..hati ini

Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku

Secebis kasih yang telah kau beri
Kan ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir

Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
oh sakitnya..hati ini

Jika kau tak mampu memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupku dengan caraku

Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku terus berjalan mencari sinar baru

0 comments:

Catat Ulasan