Selasa, 4 Julai 2017

Melancong ke Penang pada bila bila masa dengan promosi hebat dari Traveloka app

By luqman zakaria  |  23:39 4 comments

Melancong ke Penang pada bila bila masa dengan promosi hebat dari Traveloka app | Tahun ini korang tak plan untuk pergi bercuti dekat mana mana ke? Kalau ada plan tapi masih tak tahu nak pergi mana, apa kata korang ke penang. Korang pon tahu yang penang sememangnya terkenal dengan tempat makan yang sedap sedap kan tetapi selain tempat makan yang sedap, penang juga dikenali dengan sejarahnya yang menarik dan senibina bangunan yang sangat cantik. 

Antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Penang

Ada banyak tempat yang korang boleh pergi kalau ke penang. Ada banyak kuil kuil yang dibina dengan senibina yang sangat menakjubkan contohnya Penang Snake Temple, Hang Jiang Ancestral Temple dan Ninth Emperor God Temple. Korang juga boleh berkunjung ke muzium dan  galeri di penang untuk mempelajari tentang sejarah dan asal usul negeri tersebut. Antara muzium/galeri yang korang boleh kunjungi adalah Yahong Art GalleryPenang War Museum dan Penang Islamic Museum.

Senibina kuil kuil yang menakjubkan


Muzium dan Galeri yang penuh dengan tarikan dan sejarah yang tersendiri

Kenali Penang dan budayanya

Georgetown adalah salah satu tempat yang boleh dikunjungi sebab ada pelbagai tarikan contohnya Cheong Fatt Tze Mansion, Penang Hill, St George's Church, The Queen Victoria Memorial Clock Tower dan lain lain lagi. Di Georgetown sahaja pon dah banyak tempat korang dapat cover. Kalau korang perasan lokasi lokasi pelancongan di Georgetown ini sangat unik sebab ada pengaruh timur dan barat di satu tempat yang sama. Jadi, kalau ke penang, jangan lepaskan peluang ke georgetown. Disana korang boleh mengenali penang dan pengaruh budayanya dengan lebih mendalam lagi.

Dah lama tak bercuti di penang. Last pergi penang masa keja dengan travel agency dulu. Dua hari di penang, satu hari dekat Batu feringhi, satu hari dekat georgetown tapi still tak sempat nak cover semua tempat. Rasanya kena buat plan bercuti dekat penang nih. Lagipon tak lama lagi traveloka akan buat promosi untuk mereka yang merancang percutian ke penang. 

Promosi hebat oleh traveloka bermula 7 hingga 9 julai 2017 untuk mereka yang merancang percutian ke Penang

Pada 7 hingga 9 Julai akan datang, traveloka akan mengadakan promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan melalui traveloka apps. Jadi, Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun hebat dari mereka. 

Syarat syarat untuk dapatkan potongan harga dari traveloka
  • Hanya penerbangan ke penang melalui Traveloka App sahaja
  • Korang perlu membuat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 dengan menggunakan kod ini SEAFLYPEN (Kod ini hanya valid semasa promosi ini dijalankan iaitu pada 7 hingga 9 julai). Kemudian selepas pengesahan tiket, email akan dihantar untuk kupon potongan harga sebanyak RM138. Perbelanjaan minimum untuk flight (RM150) dan hotel (RM300 untuk 2 malam)
  • Booking period untuk Flight : 7,8 & 9 Julai 2017
  • Booking period untuk Hotel : Selepas menerima email pembelian tiket penerbangan (Sah Sehinga 31 Julai 2017) 
  • Travel period : Anytime
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi ini korang boleh klik > Promosi Hebat Traveloka < Selamat bercuti korang!

Traveloka

Untuk korang yang masih belum familiar dengan traveloka. meh aku nak share serba sedikit tentang traveloka dengan korang semua. Untuk pengetahuan semua, traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia dan tawaran yang ditawarkan oleh mereka lebih lebat dari Matta Fair.

Muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini 
Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara. Kalau korang nak tahu, traveloka app ini telah di muat turun sebanyak 15 Juta tau dan harga terakhir yang di ditunjukkan di traveloka app adalah harga termasuk tax (tiada harga tersembunyi). Jadi jangan lepas peluang untuk menjadi salah seorang pengguna traveloka app. Dengan traveloka, korang boleh melancong ke mana sahaja dengan harga yang sangat murah. Jom layari laman sesawang traveloka sekarang untuk lihat destinasi lain yang boleh dikunjungi. 

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

4 ulasan:

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP